Memahami Maksud Perniagaan Internet

June 20, 2008

Nota: Topik ini ditulis oleh seorang usahawan internet.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sangat-sangat baik. Tahukah anda bahawa saya sering mendapat emel yang bertanyakan bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet. Mereka ini sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu bagaimana ingin memulakanya. Pelbagai soalan bermain difikiran mereka…

Adakah anda salah seorang daripadanya?

Jika ya, maka saya akan cuba membantu anda. Jika anda sudah memiliki perniagaan Internet anggaplah emel pada kali ini dan beberapa emel selepas ini adalah sebagai ulangkaji kepada anda.

Baiklah kita mulakan dengan persoalan… Apakah itu perniagaan Internet?

Saya cuba ringkaskan seperti dibawah:

PERNIAGAAN - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan untung.

PERNIAGAAN INTERNET - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan untung menerusi Internet.

Sangat mudah bukan?

Kemudian anda pasti bertanya “Kenapa Aku Perlu Menceburi Perniagaan Internet?”

Baiklah saya cuba terangkan secara ringkas beberapa kelebihan perniagaan Internet:

- Anda memiliki bakal pelanggan yang sangat ramai. Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 ialah seramai 1,018,057,389 orang!

- Modal permulaan yang agak rendah berbanding mana-mana perniagaan lain. Oh, anda tidak perlukan modal berjuta-juta untuk memulakan perniagaan Internet.

- Tiada sempadan untuk berniaga. Saya sendiri pernah menjual kain batik ke Jepun!

- Kos pemasaran ada yang percuma.

- Mudah untuk dijalankan secara automatik.

- Kos pekerja dan operasi yang amat rendah. Oh, anda tidak perlukan sampai beratus-ratus staff semata-mata untuk memiliki sebuah perniagaan Internet yang memberikan anda keuntungan ribuan ringgit sebulan.

- Risiko rendah. Modal yang rendah, kos pemasaran yang rendah dan semuanya rendah kecuali untungnya jer tinggi maka secara tidak langsung risiko anda untuk gagal juga rendah. Anda tidak akan rugi beratus-ratus ribu ringgit walaupun anda gagal dalam perniagaan Internet. Jadi jangalah jadi pengecut untuk memulakan perniagaan Internet!

dan banyak lagi!

Baiklah ayuh kita masuki komponen-komponen perniagaan Internet.

Terdapat 4 komponen utama dalam perniagaan Internet dimana jika anda tidak miliki keempat-empat komponen tersebut maka anda tidak akan dapat memulukan perniagaan Internet.

1) Produk/ Perkhidmatan
2) Laman Web
3) Sistem Bayaran
4) Pemasaran

Anda perlu pelajari empat komponen di atas sebelum anda dapat memulakan perniagaan Internet anda sendiri. Oh, anda ingin mengetahui empat komponen di atas dengan lebih lanjut? Tunggu emel saya yang akan datang…

Oh ada soalan tentang pelajaran kita pada hari ini? Anda hanya perlu reply emel ini dengan soalan anda tentang topik pada kali ini.

================
Tawaran terkini
================

Anda kini tidak perlu takut lagi untuk memiliki blog sendiri. Walaupun anda sudah lanjut usia anda tidak perlu gusar untuk memiliki blog sendiri. Ataupun anda masih seorang pelajar anda tetap memerlukan sebuah blog untuk berkongsi pendapat anda dengan pengguna Internet lain. Sambil-sambil berkongsi idea anda sebenarnya boleh membuat wang melalui blog.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Anda Mahu Bonus Percuma $900 & Kaut 100% Keuntungan?

June 10, 2008

 

Bertemu lagi,

Semua orang tahu, hari ini adalah hari bertuah untuk rakyat Malaysia memahami perniagaan internet sebenar.

Tiada lagi penyertaan dalam skim cepat kaya, pelaburan internet, program mengarut dan merugikan.

Sejak pendedahan demi pendedahan semakin ramai yang celik mata dan mula percaya memperolehi RM10k di internet menggunakan kaedah yang betul dan sah bukanlah satu perkara yang mustahil.

Bermula hari ini 10 orang yang terawal bertindak, saya akan berikan bonus percuma bernilai $900 untuk anda!

Bonus-bonus ini anda boleh jual semula dan kaut keuntungan 100% darinya.

Anda mahu lepaskan peluang ini? Mungkin tidak bagi orang lain.

Saya pernah buka tawaran seperti ini sedikit masa lalu dan ya! Ianya mendapat permintaan seperti goreng pisang panas!

Anda cuma ada masa 1 minggu sahaja untuk bertindak pantas sebelum saya tutupkan tawaran pemberian bonus percuma ini tanpa prejudis.

Jadi tunggu apa lagi,

lihat bonus-bonus lumayan ini disini;

http://www.formulaebook.com/recommend/rahsia10k

Salam Usahawan!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Tawaran Istimewa Untuk Squidoo Player!

June 8, 2008

Jika anda seorang yang ingin menjana pendapatan melalui Squidoo. Ini adalah info yang boleh membantu anda.

Squidoo Profits adalah Ebook yang memberi panduan kepada anda bagaimana hendak menjana pendapatan sampingan di internet menggunakan 100% Pengiklanan Percuma!

Sebenarnya memang banyak laman percuma yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan pendapatan di internet. Saya sendiri mempraktikkan kaedah-kaedah ini.

Tahukah anda, kebanyakkan usahawan internet dunia mendominasi kaedah Squidoo untuk membuat promosi produk-produk mereka di EzineArticles?

Malah ramai juga yang menggunakan kaedah Squidoo ini untuk mendapatkan dan membina list!

Penulis ebook ini iaitu JP Schoeffel telah bermurah hati untuk memberi lesen kepada anda menjual semula produk ini dan kaut keuntungan 100% darinya.

Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk mendapatkan produk ini dan anda bebas meletak sebarang harga untuk produk ini dan jadikan dia sebagai salah satu sumber pendapatan internet anda!

Maklumat lanjut klik sini!

P.s: Lekas! Tawaran ini hanya untuk tempoh 7 hari sahaja!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Lagi Tahniah Untuk Alang!

April 7, 2008

 

Tahniah! tahniah! Tahniah kepada Alang kerana tersiarnya cerita anda di akhbar Kosmo. Sebenarnya kisah Alang telah beberapa kali disiarkan oleh akhbar tempatan. Mungkin nama Alang tidak sehebat IK (Dr. Irfan Khairi) atau Mawi, tetapi bagi saya dan usahawan internet yang lain, nama Alang bukanlah suatu yang asing bagi kami.

Beliau menjadi inspirasi golongan muda yang lain untuk berkecimpung di internet, mencari peluang-peluang menjana pendapatan internet yang sebenar.

Alang bukan seorang ‘pemain’ skim cepat kaya, pelabur program pelaburan internet, peserta program wang masuk atau wang mengalir dan bukan juga peniaga internet yang mempunyai landloard yang memerlukan RM50,000 satu penyertaan.

Alang menjadikan blog dan internet sebagai medium menjana pendapatan pada kos yang minima, bukannya kos pelaburan yang mencecah RM10,000 atau RM50,000.

Jika anda inginkan pendapatan 4-6 angka sebulan, anda perlulah belajar dengan mereka yang benar-benar mempraktikkannya. Bukanya mendengar janji manis dan puitis semata-mata. Takkan nak gadaikan tanah bendang, kampung halaman sekali lagi?

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet

March 20, 2008

 

Berikut adalah beberapa tanda soal yang sentiasa menjadi persoalan ramai orang.

Saya berminat untuk menjana pendapatan di internet.

Saya bercita-cita menceburkan diri dalam perniagaan internet tetapi saya tidak tahu bagaiman untuk memulakannya.

Perlukah saya memiliki laman web sendiri untuk tujuan perniagaan internet?

Ini realiti,

Ramai pembaca blog ini walaupun dah baca banyak maklumat mengenai perniagaan internet (mungkin), masih lagi bertanyakan masalah mereka untuk memulakan perniagaan pertama mereka di internet.

Beginilah, jika anda belum lagi mendapatkan ebook kuasalelong.com, saya syorkan dapatkan hari ini. Ebook ini akan menerangkan kepada anda bagaimana tanpa memiliki laman web peribadi pun, anda masih lagi boleh memulakan perniagaan internet pertama anda.

Laman web eBay, adalah platform yang sesuai bagi mereka yang ingin merasai pengalaman pertama mereka menjalankan perniagaan internet. Secara asasnya, ramai usahawan-usahawan internet yang berjaya, menggunakan platform di eBay sebagai langkah mengembangkan perniagaan-perniagaan internet mereka.

Di Ebay, semua yang melibatkan urusan jual beli, boleh dipelajari disini. Dengan mempraktikkan kemahiran di laman eBay, anda dapat mengutip pengalaman bagaimana menggunakan sistem penerimaan dan pembayaran melalui internet.

Anda juga bakal mempelajari bagaimana anda boleh berurusan dengan pelanggan atau penjual melalui e-mel seterusnya mempelajari bagaimana menyediakan data-data untuk pelanggan anda.

Jika anda sudah bersedia untuk mengorak langkah menjadi seorang usahawan internet yang berjaya seperti mereka yang lain, apakata anda dapatkan panduan menjual dan menghasilkan pendapatan di eBay dengan memesan ebook KuasaLelong.com hari ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Selamat datang ke dunia perniagaan internet!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content