Pabila Chedet Mula Meramal…

June 18, 2008

 

Walaupun Chedet dah keluar UMNO, pandangan Chedet ni ada masanya tak terjangkau di fikiran kita.

Seperti terbinanya Putrajaya dan Cyberjaya, tak semua orang sangka Malaysia akan ada pusat pentadbiran kerajaan seperti itu.

Kali ini, Chedet mula meramal meneka.

Berikut adalah antara catatan yang ditulis di blog Chedet.com

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

Adakah benar telahan Chedet? Kita nantikan…

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

“Perang Sambutan” Paklah Vs. Dr. M

May 28, 2008

Macam-macam dah Malaysia ni,

Ingatkan perang pilihanraya dah habis, rupanya masih ada lagi bahang-bahangnya..

Kemelut dalam UMNO masih lagi tidak nampak kesudahannya. Semalam sewaktu Tun Dr. Mahathir tiba di Malaysia, beliau telah disambut oleh penyokong-penyokongnya. Ramai, memang ramai. Dengar kisah dari Jerlun pun sanggup turun untuk beri sokongan kepada Tun Dr. Mahathir.

Kesempatan ini diambil Tun, untuk terus mengkritik PakLah walaupun beliau bukan lagi ahli UMNO.

Semangat lagi Chedet ni!

Sebelah malamnya pula, penyokong-penyokong Paklah sudah siap sedia di Lapangan Terbang Tentera Udara Subang dan dianggarkan 1000 orang yang menanti dengan penuh setia. Kot-kot sokong ni dapat projek, manalah tau :D

La ni, nampak dah kenapa tiba-tiba sahaja ada aktiviti perang sambutan ini. Asal ada isu panas kat Malaysia ni, pasti akan ada acara “menunggu ketibaan” beramai-ramai. Siap gantung kain rentang lagi.

Entah bila dah habis isu ni tak taulah… Ada sesiapa boleh jawab?

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Gambar Pilihan Kempen PilihanRaya II

March 2, 2008


Ada satu blog ahli-ahli UMNO menentang penguasaan Khairi Jamaludin dalam kancah politik di Rembau.

Gambar ini dirakam semalam dalam keadaan cuaca hujan di Kuala Selangor

Gambar ini pula dirakam semasa saya melalui kawasan di Sabak Bernam


Perang poster dan bendera di Manjung amat hangat sekali, umpama kita sedang memasuki kubu kuat pembangkang.

Popularity: 13% [?]

Sphere: Related Content

Parlimen Malaysia di Bubar, Selamat Melobi Jadi Wakil Rakyat!

February 13, 2008

Seperti yang dicanangkan, 13hb adalah hari bersejarah negara apabila PakLah mengumumkan pembubaran parlimen ada tengahari tadi. Dijangkakan pada 1hb Mac nanti har pengundian bakal dijalankan. Bagi yang tidak tahu atau yang tak ambil tahu pasal politik, parti Barisan Nasional telah pun menjangka dengan lebih awal bahawa hari ini adalah tarikh pembubaran. So, tidak ada sebarang suspen pun.

“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata beliau tidak gentar atau berasa terkejut dengan pembubaran parlimen hari ini malah bersedia untuk mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan.

Dato Seri Anwar Ibrahim pula berkata, parti Keadilan bakal berkempen sekuat-kuatnya walaupun parlimen diumumkan awal sebulan sebelum beliau layak bertanding pada pilihanraya umum kelak.

Nampaknya peti undi kat Pulau Pinang mesti meriah pasal Jeff Oii (blogger) bakal bertanding atas tiket DAP. Apa-apapun, korang yang layak mengundi dah fikir-fikir ke parti apa yang korang nak pangkah?

Opsss.. Khairi Jamaluddin ada can ke jadi wakil rakyat kali ini? Ada siapa boleh teka?

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content