Jual HandBag Terpakai Anda di EBAY
April 23, 2008
Salah satu produk yang boleh anda jual di laman eBay ialah produk-produk terpakai di rumah anda yang masih berkeadaan baik dan berkualiti. Ramai pembaca ebook saya, sudah pun meraih pendapatan sampingan hanya menjual produk-produk terpakai dari rumah.
Mari belajar untuk mendapatkan ringgit pertama anda di laman eBay.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentMembungkus Produk Menggunakan Bahan Kitar Semula
April 11, 2008
Kelmarin saya, salah satu produk saya telah dibida oleh pembeli dari United Kingdom. Selepas terima bayaran, saya mula membungkus produk untuk dihantar ke luar negara.
Memandangkan barangan yang hendak dihantar adalah bersaiz kecil, jadi saya menggunakan bahan kitar semula untuk membungkus produk.

Untuk membungkus, bukanlah satu perkara yang rumit bagi saya, kerana saya sudah biasa dengan kerja ini. Lebih-lebih lagi saya menggunakan EBAY sebagai platform menjual produk-produk yang saya suka untuk menghasilkan pendapatan sampingan.

Antara bahan kitar semula yang saya gunakan ialah, kertas keras dan “buble wrap”. Kebiasaannya, apabila saya membeli apa-apa produk, kotak-kotak yang masih elok, saya tidak akan buang begitu sahaja. Ini kerana, ianya mungkin boleh menjimatkan kos-kos seperti kes di atas.

Jadi, jika anda ada kotak-kotak yang masih elok, bolehlah asingkan. Mungkin ada gunakan nanti. Contoh, kalau nak pindah rumah!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentEBAY: 5 Semakan Utama Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Menjual…
April 2, 2008
Apabila anda ingin memulakan senaraian, pastikan beberapa perkara perlu anda ambil kira.
1. Membuat keputusan sama ada ingin menjual di pasaran Malaysia atau pasaran luar negara.
2. Fikirkan tajuk yang sesuai, nama dan maklumat produk sebelum membuat senaraian.
3. Pilih kategori sesuai! (salah pilih kategori dianggap melanggar polisi eBay)
4. Sediakan gambar yang menarik dan jelas (sebaiknya, minima 3 keping gambar dari sudut pandangan berlainan)
5. Tentukan harga produk, buat kajian berkenaan harga produk sebelum melakukan senaraian. (ramai yang gagal menjual kerana tidak mengkaji pasaran).
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentRahsia Produk “Hot Item”
March 16, 2008
Pisang panas! Pisang panas! mari-mari dapatkan segera sebelum kehabisan!
Berpusu-pusu orang datang beratur mendapatkan pisang panas di sebuah gerai di Shah Alam ini.
.
.
.
Itu kisah pisang panas. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda topik mengenai bagaimana anda boleh mengambil peluang dari produk-produk panas atau hot.fm hot item ini.
Berikut adalah salah satu rahsia yang terdapat di eBay yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan pendapatan.
Taraaaaaaaaaa!!!!!
Pengunjung yang sedang mencari produk ABCDE mungkin juga sanggup membayar berapa sahaja untuk ABCDE.
Faham ke?
Oklah, jika anda melihat di eBay, banyak sungguh produk-produk yang laris. Anda tidak perlu meniru penjual lain dengan cara menjual produk yang sama kerana untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan, anda boleh menjual barangan yang belum lagi dijual oleh mana-mana penjual yang lain.
Macam mana tu?
Yelah, dengan cara menjual produk-produk yang tidak lagi dijual oleh penjual yang lain, anda berpotensi untuk melipatgandakan keuntungan kerana kurangnya persaingan.
Ada cara sebenarnya untuk anda mengenal pasti produk-produk hot item di laman eBay. Jika anda perasan, dimuka utama laman ebay (tak kisahlah ebay mana satu pun), akan terdapat iklan-iklan atau produk yang mendapat permintaan besar di sana.
Sebagai contoh, jenama Coach sekarang telah top di laman eBay. Ramai sungguh orang di laman eBay menjual produk-produk berjenama Coach. Jadi, tanpa perlu bersaing dengan mereka (lebih-lebih lagi powerseller), anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri berasaskan barangan atau jenama yang top ini.
Bagaimana Noorizam? Tunjuklah sket.
Baiklah,
Berikut adalah beberapa contoh yang mana anda boleh gunakan atau kaitkan dengan jenama Coach ini.
Pengunjung yang sedang mencari produk Coach mungkin juga sanggup membayar berapa sahaja untuk…
- keychain berjenama Coach
- Handbag berjenama Coach
- Ebook panduan membeli belah produk Coach
- Ebook senarai katalog produk Coach
- Cermin mata berjenama Coach.
- Dan lain-lain…
Cuba anda fikirkan, apa yang saya kongsikan diatas tidak akan habis begitu sahaja. Banyak lagi yang boleh anda kaitkan dengan jenama ini.
Kepada pembeli ebook KuasaLelong, cuba anda fikir dan senaraikan produk-produk panas di Ebay kemudian kaitkan dengan produk yang tidak lagi dijual oleh penjual lain di eBay.
Semoga anda berjaya.
Popularity: 13% [?]
Sphere: Related Content








