Apa Yang Perlu Dilakukan Pabila Produk Anda Terjual Di Ebay?
June 29, 2008
Apa yang anda perlu lakukan apabila produk anda terjual?
1. Bungkus sebaik mungkin. Kalau buat cincai je.
2. Sertakan nota atau invoice dalam pembungkusan anda.
3. Tulis nama penerima dengan jelas di kotak pembungkusan dan dalam borang kiriman.
4. Hantar produk menggunakan pos laju, pos ekspress atau perkhidmatan kurier.
5. Selepas produk dihantar, sila beritahu pelanggan anda status produk tersebut.

Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentCara Membeli Belah di Laman Ebay
June 28, 2008
Antara soalan yang diajukan ke kotak emel saya ialah:
Bagaimana hendak membeli produk di laman web Ebay? Susah ke stepnya?
Sebenarnya, membeli di laman web Ebay adalah mudah dan selamat. Sistem checkoutnya memang mesra pengguna dan anda akan melihat setiap langkah demi langkah yang perlu anda lakukan apabila anda mula membuat pembelian produk di laman web Ebay.
Saya juga seorang pembeli produk di laman web Ebay. Jika ada benda yang nak cari, saya akan memilih laman Ebay sebagai destinasi mendapatkan produk. Jika tidak ada, baru saya rujuk di laman web lain.
Bagaimana anda boleh melihat produk-produk yang tersenarai di laman Ebay?

Apabila anda pergi ke laman web Ebay, di laman utamanya anda akan dapati beberapa kategori pilihan. Disini anda boleh memilih produk yang anda inginkan.
Anda boleh klik pada link Buy yang terdapat di bahagian atas laman web atau memilih kategori yang disediakan di bahagian sebelah kiri laman web.

Klik pada link tersebut dan anda akan dibawah kepada beberapa sub kategori sehingga anda menjumpai produk yang anda inginkan.
Untuk membeli produk-produk ini, anda mestilah membuka satu akaun di laman web Ebay. Bagi anda yang ingin membuka akaun sebagai seorang pembeli, pendaftaran adalah PERCUMA!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentKomik Iron Man Mencecah Harga Ratusan Dollar Amerika!
June 2, 2008
Di dalam ebook kuasa lelong turut menceritakan pengalaman bagaimana saya menggunakan produk-produk terpakai kemudian dijual pada harga yang berkali ganda pada harga asal.
Keyword IronMan adalah satu keyword terpanas di laman web Ebay dan jika anda menggunakan keyword ini dan masuk ke pasaran antarabangsa, InsyaAllah anda akan berjaya.
Kuasa lelongan di Ebay mengatasi laman lelongan tempatan kerana traffik dan bakal pembeli anda lebih besar dan luas. Dengan modal yang minima, sesiapa sahaja boleh melakukannya secara separuh masa. Tidak ada kekangan masa untuk menyertai dan berbisnes di laman web Ebay.
Orang kata, kalau dah minat sangat, jika buat bersungguh-sungguh pasti ada hasilnya! Pelajari dan dapatkan panduan berbisnes di laman web Ebay hari ini di sini!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentJual HandBag Terpakai Anda di EBAY
April 23, 2008
Salah satu produk yang boleh anda jual di laman eBay ialah produk-produk terpakai di rumah anda yang masih berkeadaan baik dan berkualiti. Ramai pembaca ebook saya, sudah pun meraih pendapatan sampingan hanya menjual produk-produk terpakai dari rumah.
Mari belajar untuk mendapatkan ringgit pertama anda di laman eBay.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentMembungkus Produk Menggunakan Bahan Kitar Semula
April 11, 2008
Kelmarin saya, salah satu produk saya telah dibida oleh pembeli dari United Kingdom. Selepas terima bayaran, saya mula membungkus produk untuk dihantar ke luar negara.
Memandangkan barangan yang hendak dihantar adalah bersaiz kecil, jadi saya menggunakan bahan kitar semula untuk membungkus produk.

Untuk membungkus, bukanlah satu perkara yang rumit bagi saya, kerana saya sudah biasa dengan kerja ini. Lebih-lebih lagi saya menggunakan EBAY sebagai platform menjual produk-produk yang saya suka untuk menghasilkan pendapatan sampingan.

Antara bahan kitar semula yang saya gunakan ialah, kertas keras dan “buble wrap”. Kebiasaannya, apabila saya membeli apa-apa produk, kotak-kotak yang masih elok, saya tidak akan buang begitu sahaja. Ini kerana, ianya mungkin boleh menjimatkan kos-kos seperti kes di atas.

Jadi, jika anda ada kotak-kotak yang masih elok, bolehlah asingkan. Mungkin ada gunakan nanti. Contoh, kalau nak pindah rumah!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentEBAY: 5 Semakan Utama Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Menjual…
April 2, 2008
Apabila anda ingin memulakan senaraian, pastikan beberapa perkara perlu anda ambil kira.
1. Membuat keputusan sama ada ingin menjual di pasaran Malaysia atau pasaran luar negara.
2. Fikirkan tajuk yang sesuai, nama dan maklumat produk sebelum membuat senaraian.
3. Pilih kategori sesuai! (salah pilih kategori dianggap melanggar polisi eBay)
4. Sediakan gambar yang menarik dan jelas (sebaiknya, minima 3 keping gambar dari sudut pandangan berlainan)
5. Tentukan harga produk, buat kajian berkenaan harga produk sebelum melakukan senaraian. (ramai yang gagal menjual kerana tidak mengkaji pasaran).
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content







