Sidang Media Yang Tidak Disiarkan di Kaca TV Tempatan

March 10, 2008

Kita berehat sebentar dari membincangkan topik mengenai eBay dan jom kita ikuti perkembangan keputusan pilihanraya umum ke-12. Buka hati, buka minda.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Telahan Ramai Mula Mengena…

March 9, 2008

Sejak beberapa minggu lalu, selepas media-media arus perdana melakukan kempen berat sebelah (lebih berpihak kepada kerajaan), akhirnya, kerajaan sekarang telah ditunjukkan suara sebenar rakyat apabila beberapa negeri di kuasai pembangkang.

Semalam saya pulang ke kampung untuk menjemput orang tua saya pulang mengundi ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Saya diminta untuk memakai baju berlambang dacing. Saya menolak untuk itu. Orang tua saya tidak berpuas hati dan mula mempertikaikan.

Dalam hati saya hanya mampu berkata, undi yang akan saya pangkah bukanlah undi tradisi yang perlu diwarisi turun temurun. Saya tidak lagi boleh menolak kata hati untuk membuat perubahan. Saya tahu, orang tua saya tidak didedahkan dengan media-media alternatif dan mungkin mereka telah pun habis disogok dengan pelbagai kata-kata manis yang hampir sama seperti tahun-tahun lalu.

Perubahan kali ini pasti akan banyak berlaku di pusat mengundi saluran 2 dan 3. Disinilah undi penentu. Saya tahu, keadaan pasti tidak akan berubah seperti mana-mana tahun dahulu. Calon dulu masih menang lagi. Setidak-tidaknya majoriti lalu dikurangkan.

Apabila keputusan pilihanraya mula diumumkan seawal 7 malam. Skrin televisyen mula menunjukkan beberapa kerusi dimenangi oleh parti kerajaan dan kerusi pertama yang dimenangi pembangkang adalah di Parlimen Kuching oleh DAP.

Seterusnya perkara yang membuka mata saya adalah keadaan politik di Negeri Sembilan juga ditunjukkan dengan gelombang suara rakyat apabila banyak kerusi-kerusi bandar seperti Nilai, Seremban, Ampangan, Paroi, Bukit Kepayang, Rasah, Temiang, Sikamat, Teluk Kemang dan beberapa kerusi lagi dimenangi pembangkang.

Ini suatu yang memeranjatkan. Lebih-lebih lagi, parti PAS perolehi satu kerusi di Paroi. Itu di negeri saya. Di Selangor (tempat saya menetap) dijangka, seorang Menteri Besar dari parti Keadilan Rakyat bakal mengangkat sumpah dan menubuhkan kerajaan baru. Ini betul-betul membuka mata ramai orang kampung yang selama ini beranggapan pembangkang tiada tempat di negeri maju.

Pada saya, bila kerajaan sudah ditunjukkan dengan keputusan seteruk ini, maka ambillah bebanan dan tanggungjawab ini dan pikul secara gentleman. Jangan lagi gunakan media arus perdana sebagai alat untuk memuaskan nafsu, khuatir rakyat semua akan terus jelak, mual dan gelombang besar politik sekali lagi terus melanda Malaysia.

jangan tidur lagi

“Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno pada ketika itu.

“Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,”

kata Tun Mahathir Mohamad seperti dipetik Bernama

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content