Belajar Berniaga Di Ebay? Cukupkah Sekadar Membaca?
July 15, 2008
Adakah dengan hanya membaca sahaja sudah cukup untuk anda menghasilkan pendapatan di internet? Adakah dengan hanya membaca setiap info yang disampaikan sudah memadai buat anda untuk memulakan perniagaan di internet?
Nak berniaga di laman web ebay, bukan sahaja menuntut masa anda untuk membaca dan menelaah ilmu. Anda juga perlu melaksanakan apa yang telah dikongsikan.
Ramai usahawan internet tahu, internet adalah peluang mereka menghasilkan pendapatan. Berapa jumlah keuntungan yang mereka perolehi, itu kita ketepikan. Tetapi berapa ramai yang mendapat manfaat hasil dari perniagaan ini?
Andai anda seorang yang mempunyai minat di dalam perniagaan internet, terutamanya memasarkan produk-produk fizikal di laman web Ebay, anda perlu belajar bagaimana hendak menjual produk-produk tersebut. Anda perlu betul-betul bersedia untuk memasuki pasaran tersebut.
Apabila anda membaca, pastikan anda mempraktikkannya. Sebagai contoh, apabila saya katakan anda perlu memiliki kad debit, maka anda perlu memohon kad debit.
Apabila saya syorkan hanya memohon kad debit public bank visa electron, jangan pula anda pohon kad debit lain.
Saya cuba memudahkan anda, tetapi apabila anda tidak praktikkan apa yang disyorkan, ia pastinya membazirkan masa anda.
Kad debit berkait rapat dengan akaun eBay dan Paypal. Jadi, tanpa kad debit ini, anda perlu melakukan 2 atau 3 perkara lagi.
Kenapa saya berkata begitu?
Mereka yang telah berjaya mengikuti langkah di dalam ebook kuasalelong.com lebih mengetahuinya.
Nak berjaya, bukan sekadar membaca sahaja…
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentBeli Produk di Ebay Guna Paypal
July 4, 2008
Baru-baru ini saya telah terima email dari seorang pelanggan saya dan beliau amat berminat untuk menjalankan perniagaan di laman web Ebay. Berikut ada kemusyiklannya.
Assalamualikum…
Saya ingin bertanya mengenai paypal…saya mempunyai akaun paypal atas nama
isteri saya dan menggunakan kad debit isteri saya…boleh tak saya nak add
satu lagi akaun kad debit menggunakan kad debit saya.Soalan kedua…jika ingin membeli menggunakan paypal dalam ebay..perlukan
saya add akaun kad debit…dan macam mana nak add akaun paypal dalam ebay
Jawapan:
1. Anda boleh add kad debit di dalam akaun paypal anda.
2. Sebagai seorang pembeli, anda tidak perlu addkan kad debit. Jika anda mempunyai akaun paypal, itu sudah memadai. Andai anda membeli produk dari penjual Malaysia, anda juga boleh membayar menggunakan perbankan internet atau deposit tunai.
3. Untuk addkan akaun paypal anda di dalam akaun ebay, anda boleh gunakan arahan ini:
a. click www.ebay.com.my
b. klik My Ebay >> Summary
c. klik my account
d. klik link my paypal account.
Ikut arahan sehingga selesai.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentMembuka Akaun Paypal
May 17, 2008
Jika anda sudah memiliki sebarang akaun email, anda sudah layak menggunakan Paypal untuk menghantar atau menerima matawang asing.
Ada 3 jenis akaun yang boleh digunakan.
1. Akaun Perseorangan
2. Akaun Premier
3. Akaun Perniagaan
Bagaimana anda boleh membuka akaun Paypal tersebut dan bagaimana anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk menjana pendapatan internet anda? Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak perniagaan internet yang menggunakan kemudahan transaksi melalui paypal. Umpama berasa janggal jika anda tidak memilikinya.
Setiap hari, terdapat ramai pelawat baru yang memasuki blog saya dan merek sentiasa mencari ilmu dan maklumat. Diatas permintaan ini, saya telah bersetuju untuk menulis sebuah Ebook mengenai faedah memiliki akaun paypal dan perbankan internet.
Dahulu saya juga seperti anda, tidak punya ilmu yang banyak mengenai perniagaan internet. Diharap dengan terbitnya Ebook edisi khas ini (diedarkan secara percuma), ianya dapat membantu anda memahami kepentingan memiliki akaun paypal dan perbankan internet.
Anda juga akan pelajari bagaimana usahawan-usahawan internet menjana pendapatan beribu-ribu ringgit setiap bulan (termasuklah saya) menggunakan semua kaedah yang saya terangkan ini.
Jika anda seorang yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, saya menjemput anda untuk muaturun ebook ini disini. Anda akan terima mesej penting dari saya terus ke email anda tidak sampai 5 minit selepas anda mengisi nama dan email anda disana. Apakah mesej penting dah berharga itu? Klik sini segera
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentKhidmat Penerimaan Bayaran Kad Kredit Yang Biasa Digunakan…
April 14, 2008
Apakah khidmat penerimaan bayaran kad kredit yang biasa digunakan oleh usahawan di internet?
Jika ditanya kepada usahawan-usahawan di internet, mereka pasti akan mensyorkan kepada anda beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit berikut:
* 2Checkout.com - Jika anda menggunakan servis ini, anda hanya perlu membayar yuran USD$49 sekali sahaja. Tak perlu modal beribu-ribu ringgit. Mengguna servis ini, anda boleh menjual produk atau barangan fizikal atau digital menggunakan servis ini. Malah servis ini turut menyediakan sistem affiliate sendiri. Walaubagaimana pun, jika anda membuat jualan menggunakan servis ini, caj yang dikenakan kepada anda adalah rendah iaitu 5.5% + 0.45USD sahaja.
* Satu lagi servis yang biasa digunakan oleh usahawan internet seperti Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan ialah ClickBank.com. Servis ini juga mengenakan caj sebanyak USD$49.95 untuk sekali sahaja. Sama seperti 2checkout.com, servis ini juga ada menyediakan affiliate untuk anda menjana pendapatan sampingan. Caj pula hanya dikenakan sebanyak 7.5% + $1 USD sahaja bagi setiap jualan yang dilakukan.
*Servis yang paling ramai digunakan oleh usahawan internet ialah PayPal.com. Ia menjadi pilihan kerana servis ini tidak mengenakan sebarang caj untuk membuka akaun sebaliknya hanya mengenakan fee yang amat rendah jika ingin verified akaun. Malah rakyat Malaysia sudah boleh mengeluarkan wang dari akaun paypal terus ke kad debit Visa.
* Dan terakhir, anda boleh guna servis dari syarikat tempatan iaitu di Netbuilder. maklumat lengkap rujuk sini
Jika anda mempunyai perniagaan di internet, mungkin anda boleh pertimbangkan servis-servis di atas untuk digunapakai.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content60% off The Contender Asia Finale Tickets with PayPal
April 4, 2008
Dear All,
PayPal has teamed up with The Contender Asia to bring you an exclusive ticket package for the night of the finale fight on 12 April - a value worth more than S$100 for only S$25.
The Contender Asia is a reality television series that follows 16 aspiring Muay Thai middleweight fighters from 12 countries, competing for a chance to win USD$250,000 in total prize money - USD$150,000 cash awarded to the winner’s PayPal account. Learn more
The PayPal Zone offer includes:
1. 50% off on the Finale tickets*
2. Limited edition official The Contender Asia Finale PayPal T-shirt - free
3. Entry into the post event party at Brewerkz
4. Win an exclusive photo session with The Contender Asia fighters. Learn more
Finale Details:
Date: Saturday, 12 April 2008 starting at 7pm
Venue: Singapore Indoor Stadium
Get The Contender Asia boxing memorabilia here!
Be a part of history for one of the hottest shows on TV and get in the Zone - The PayPal Zone!
See you at the finale on 12 April! Seats are limited.
Buy your tickets before they’re gone.
Sincerely,
PayPal
* Based on ticket price of S$50. Tickets must be purchased between 1 - 9 April 2008 only.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Siapa yang nak ke Singapore bulan ni, bolehlah beli tiket nih. Kot-kot dapat Baju Thai Boxing atau Boxer ke, boleh jual kat eBay. ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentKad Debit Al-Rahji - Alternatif Keluarkan Wang Dari Paypal
March 31, 2008
Topik ini sesuai untuk mereka yang sudah verified akaun paypal dan EBay serta ingin mencari alternatif untuk keluarkan duit dari paypal ke Malaysia.
Gambar: Kredit untuk Azwan
Selain dari Debit Card PB Visa Electron, anda juga boleh menggunakan kad debit dari Bank Al-Rahji. Untuk mendapatkan kad debit ini, anda boleh ke bank Al-Rahji yang berdekatan. Ramai yang mengatakan untuk mendapatkan kad debit ini adalah cepat dan pantas. Tidak perlu menunggu berminggu-minggu. Dalam sehari anda sudah boleh aktifkan kad debit ini dan terus buat pengeluaran wang dari paypal.
Antara topik yang anda boleh rujuk ialah:
Blog AzmanZainal
Blog Azwan Hadzree
Blog 5XMom
Kepada anda yang masih lagi belum mendapatkan tawaran panduan eBay, sila dapatkan di web kuasalelong.com. Kouta bulan ini semakin habis!
P.s: Ramai juga pelanggan saya sudah mula tersenyum, pabila mereka dah boleh keluarkan duit dari paypal ke mesin ATM.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content







