Barang Apa Yang Paling Best Jual di Ebay?

September 11, 2008

Ok, hari ini tips ringkas untuk anda. Jika anda bercadang untuk menjual produk di laman web ebay, pastikan anda mengambil kira 2 perkara penting ini:

1. Buat kajian di laman web Ebay dan lihat produk apa yang paling ramai penjual. Jika anda lihat terlalu ramai penjual tetapi jualan kurang, ELAKKAN anda menjual produk yang sama.

2. Sentiasa rajin membuat kajian dan lihat produk apakah yang menghasilkan keuntungan yang tinggi. Apabila anda mengetahuinya, carilah pembekal produk tersebut dan dapatkan pada harga yang murah untuk dijual semula di eBay.

Apakah produk-produk tersebut?

Anda boleh guna “advance search untuk membuat perbandingan.

P.s: Kepada penjual kain pasang, baju melayu, baju kurung, cadar bilik tidur, barang hiasan dalaman dan apa juga produk berkaitan dengan hari raya Aidilfitri, inilah masa yang sesuai untuk anda menjual dan mempromosikan produk anda di laman web ebay.

Mula menjual pada kos minima RM00.00!*

*Anda boleh membuat listing secara percuma di laman web eBay Malaysia

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

New Ebook Cover KuasaLelong.com

August 24, 2008


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.

.

.

.

.
.
.
.

.

.

Ecover baru ini baru sahaja disiapkan. Content baru juga akan ditambah dan dikemaskini. Harga baru juga bakal diperkenalkan.Bagi yang belum lagi memiliki ebook bermaklumat ini, jangan lupa dapatkan segera di http://kuasalelong.com

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Panduan Add Kad Debit & Keluarkan Wang Dari Paypal

August 1, 2008

Jika sebelum ini anda telah verifiedkan akaun paypal selain dari kad debit Public Bank Visa Electron, kini saya ingin kongsikan panduan bagaimana anda boleh add kad debit anda di dalam akaun paypal seterusnya membuat pengeluaran wang.

So, boleh ikut arahan ni:

1. login ke www.paypal.com
2. click profile
3. pilih Add or Edit Credit Card
4. Klik Add Card
5. Masukkan maklumat kad debit public bank
6. Klik Add Card

Selepas itu, jika ingin keluarkan fund dalam akaun paypal boleh ikut arahan ini;

1. Klik My Account
2. Klik Withdraw
3. Klik Withdraw fund to your card
4. Caj USD5.00 akan ditolak setiap kali pengeluaran di buat.
5. Masukkan akaun Amount yang ingin dikeluarkan.
6. Click continue
7. Selesai, wang akan dimasukkan ke dalam kad debit anda dalam masa 7 hari bekerja.

Tips: Kalau nak keluarkan wang dari paypal, sebaiknya, biarlah duit dalam paypal tu banyak sket. sebab setiap kali keluar akan dicaj USD5.00. So nak elakkan rugi dengan caj ni.. better tunggu duit dalam paypal lebih dari USD50.00 atau USD100.00 ke atas.

P.s: Saya ingin ucapkan tahniah kepada semua pembaca ebook kuasalelong.com yang telah berjaya menghasilkan jualan di laman web eBay. Percayalah, jika anda menghargai ilmu yang saya kongsikan ini, insya-Allah, anda tidak akan berasa sedikit pun kekecewaan kerana inilah pengalaman yang berharga buat anda!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Belajar Berniaga Di Ebay? Cukupkah Sekadar Membaca?

July 15, 2008

Adakah dengan hanya membaca sahaja sudah cukup untuk anda menghasilkan pendapatan di internet? Adakah dengan hanya membaca setiap info yang disampaikan sudah memadai buat anda untuk memulakan perniagaan di internet?

Nak berniaga di laman web ebay, bukan sahaja menuntut masa anda untuk membaca dan menelaah ilmu. Anda juga perlu melaksanakan apa yang telah dikongsikan.

Ramai usahawan internet tahu, internet adalah peluang mereka menghasilkan pendapatan. Berapa jumlah keuntungan yang mereka perolehi, itu kita ketepikan. Tetapi berapa ramai yang mendapat manfaat hasil dari perniagaan ini?

Andai anda seorang yang mempunyai minat di dalam perniagaan internet, terutamanya memasarkan produk-produk fizikal di laman web Ebay, anda perlu belajar bagaimana hendak menjual produk-produk tersebut. Anda perlu betul-betul bersedia untuk memasuki pasaran tersebut.

Apabila anda membaca, pastikan anda mempraktikkannya. Sebagai contoh, apabila saya katakan anda perlu memiliki kad debit, maka anda perlu memohon kad debit.

Apabila saya syorkan hanya memohon kad debit public bank visa electron, jangan pula anda pohon kad debit lain.

Saya cuba memudahkan anda, tetapi apabila anda tidak praktikkan apa yang disyorkan, ia pastinya membazirkan masa anda.

Kad debit berkait rapat dengan akaun eBay dan Paypal. Jadi, tanpa kad debit ini, anda perlu melakukan 2 atau 3 perkara lagi.

Kenapa saya berkata begitu?

Mereka yang telah berjaya mengikuti langkah di dalam ebook kuasalelong.com lebih mengetahuinya.

Nak berjaya, bukan sekadar membaca sahaja…

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Beli Produk di Ebay Guna Paypal

July 4, 2008

Baru-baru ini saya telah terima email dari seorang pelanggan saya dan beliau amat berminat untuk menjalankan perniagaan di laman web Ebay. Berikut ada kemusyiklannya.

Assalamualikum…

Saya ingin bertanya mengenai paypal…saya mempunyai akaun paypal atas nama
isteri saya dan menggunakan kad debit isteri saya…boleh tak saya nak add
satu lagi akaun kad debit menggunakan kad debit saya.

Soalan kedua…jika ingin membeli menggunakan paypal dalam ebay..perlukan
saya add akaun kad debit…dan macam mana nak add akaun paypal dalam ebay

Jawapan:

1. Anda boleh add kad debit di dalam akaun paypal anda.
2. Sebagai seorang pembeli, anda tidak perlu addkan kad debit. Jika anda mempunyai akaun paypal, itu sudah memadai. Andai anda membeli produk dari penjual Malaysia, anda juga boleh membayar menggunakan perbankan internet atau deposit tunai.
3. Untuk addkan akaun paypal anda di dalam akaun ebay, anda boleh gunakan arahan ini:

a. click www.ebay.com.my
b. klik My Ebay >> Summary
c. klik my account
d. klik link my paypal account.

Ikut arahan sehingga selesai.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Contoh Bayaran Fee Ebay

April 9, 2008

Hari ini saya tunjukan sedikit contoh pembayaran yuran yang dikenakan oleh eBay kepada saya. akaun diatas menunjukan statement akaun Public Bank Visa Electron milik saya. Sekali buat bayaran tidaklah mahal mana kerana keuntungan yang saya perolehi lebih dari caj-caj tersebut.

Cara yang biasa saya lakukan, saya tidak akan tunggakkan bil terlalu lama. Jika boleh, saya akan selesaikan dengan segera.

Diatas adalah contoh fee yang dikenakan oleh eBay dan balance menunjukkan saya membayar kesemua jumlah tunggakan tersebut.

Bagi mereka yang belum lagi mengetahui bagaimana untuk berniaga di laman eBay, sila dapatkan ebook panduan menjana pendapatan lumayan di Ebay yang terhangat dipasaran internet hari ini! Dapatkan >>DISINI<<

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »