Sesuatu Yang Happy Telah Berlaku Antara Saya, Blalang Dan Ramai Nuffnanger

July 21, 2008

Sudah banyak kali saya ceritakan kepada pembaca semua bahawa saya telah pun memperolehi pendapatan dengan memaparkan iklan dari Nuffnang.

Saya rasa, tidak perlulah setiap minggu nak paparkan berapa jumlah earning yang saya perolehi dan berapa banyak campaign yang ditawarkan kepada saya.

Malah ramai rakan-rakan saya juga turut menerima ‘nasib’ yang saya dan ditawarkan campaign-campaign yang menarik.

Saya ingin ingatkan anda terutama mereka yang telah membaca laporan percuma saya ini. Laporan ini memberi panduan kepada anda bagaimana anda boleh menyertai program secara percuma kemudian terima pulangannya dalam bentuk wang tunai.

Laporan ini tidak mengajar anda untuk duduk diam-diam sahaja. Buat blog kemudian tinggalkan. Tiada kemaskini, tiada promosi dan sebagainya.

Jika anda mahu wang, berusaha lah. Jangan ‘percuma’ telah diberi kepada anda. Langkah seterusnya anda perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan earning tersebut.

Ada beribu-ribu sumber yang boleh anda sertai untuk meraih pendapatan. Semua ini terletak kepada kebijaksanaan anda memilih dan fokus.

Jika saya, Blalang dan Nuffnanger lain boleh menghasilkan pendapatan dengan Nuffnang. Takkan anda tidak boleh? Kan?

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Nuffnang Perkenal Sistem Klik Rating

April 10, 2008

 

Sejak Nuffnang memperkenalkan keahlian Glitterati dan bukan Glitterati, ramai yang mula memonyokkan diri kerana banyak komen-komen yang berbeza mengenainya.

Sejak ia keahlian ini berkuatkuasa, saya juga terkena tempias bila mana pembayaran komisyen menjadi lebih lewat dari kebiasaan. Saya hanya terima cek pembayaran lebih sebulan kerana status saya bukan ahli Glitterati.

Kemudian, saya mengambil langkah membuang mana-mana ads network tempatan yang lain dari blog saya seperti Advertlets, GrabMyAds dan GoKita.

Hasilnya dalam masa beberapa hari, status saya dinaiktaraf ke Glitterati dan pendapatan saya dengan Nuffnang semakin baik.

Tapi ada juga yang komplen, kenapa setiap blog terima iklan yang berbeza-beza. Ada pula yang terima satu iklan sahaja dan tak pernah tukar-tukar iklan.

Ada pula yang dapat iklan yang sama berulang-ulang. Mula-mula iklan dari syarikat A, kemudian syarikat B, kemudian kembali semula iklan syarikat A.. dan begitulah tak habis-habis.

Lagi yang mengecewakan, ada yang dapat iklan tahun lepas. Ada ke yang dapat iklan tahun lepas? ;)

Memang sedikit sukar pihak Nuffnang untuk memilih satu-satu blog itu jika iklan itu adalah Cost-Per Unique Visitor, alasannya adalah kerana terdapatnya blog Glitterati dan bukan Glitterati.

Jadi sekarang, Nuffnang hari ini perkenalkan satu sistem yang membantu pemilik blog untuk mengetahui tahap persembahan blog masing-masing iaitu sistem yang dikenali sebagai click-rating. (Saya suka sistem ini)

Contoh macam mana nak faham sistem Click-Rating ini, anda boleh layari blog Nuffnang di sini.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Cek Dari Nuffnang

March 14, 2008

Dah lama saya tak update pasal perkembangan ads network tempatan dan hari ini saya akan berkongsi dengan cek yang saya terima dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Mungkin tidak banyak jika dibandingkan dengan pendapatan internet saya yang lain, setidak-tidaknya cek ini dapat membuktikan kepada anda, dengan meletakkan iklan dari ads network tempatan di blog, ianya dapat memberi anda sedikit atau lebih pendapatan sampingan.

Jadi kepada blogger ‘newbies’ yang lain, sila ambil motivasi ini untuk membuka minda dan mata kalian dengan hanya berblog, banyak peluang yang boleh kita peroleh dengan mencari sumber dan peluang menjana pendapatan sampingan di internet.

Anda perlu sedar kuasa blog hari ini mempunyai kuasanya tersendiri sehinggakan blog menjadi debat ahli politik mengenai peranan dan pengaruh blog. Blog sudah mula menjadi trend rakyat Malaysia mendapatkan infomasi. Jika anda masih lagi tidak mempunyai blog, syor saya hari ini, mulakan langkah awal anda dengan bina blog anda sendiri.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content