Panduan Percuma Nuffnang Terus Mendapat Sambutan + Dapat Cek Lagi…

July 12, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membaca dan mempraktikkan ilmu yang saya kongsikan di dalam laporan percuma “panduan langkah demi langkah menjana pendapatan dengan Nuffnang”.

Nampaknya, sambutan dari pembaca memang menggalakkan dan setiap hari, ramai yang membuat muaturun laporan percuma ini. Sekarang terpulang kepada anda samada ingin mempraktikkan atau tidak.

Jika anda tidak ada ilmu, anda perlu tuntutnya. Cari ilmu jika ingin berjaya. Kita tidak boleh selalu disuap. Sebab itu ramai yang gagal kerana semangat mereka hanya panas sekejap sahaja. Pabila gagal mengikut panduan yang diberikan, mula pelbagai andaian diberikan.

Janganlah mudah kecewa atau putus asa. Jika anda gagal, pasti ada sebabnya. Jika anda berjaya, itu semua adalah usaha anda. Buktinya, saya masih lagi menerima cek dari Nuffnang.

Diingatkan, saya bukanlah seorang yang hebat seperti x5mom, Liew CF, HongKiat dan ramai lagi. Tetapi saya juga bukanlah seorang yang langsung tidak mendapat apa-apa pulangan dari aktiviti blogging.

Minggu ini, saya terima lagi earning dari Nuffnang, so far, belum ada lagi cek saya tidak dapat ditunaikan. Kepada anda yang masih ragu-ragu atau belum lagi membaca laporan percuma saya ini, dijemput untuk mendapatkannya di muka utama laman ini.

Hanya masukkan nama dan emel sah anda. Semak emel anda dan buat pengesahan emel dengan segera. Akhir sekali tunggu emel dari saya untuk dapatkan link download tersebut.

Diharap anda terus setia dengan subscribe mailing tersebut kerana banyak lagi perkara-perkara menarik yang bakal saya kongsikan. Buktinya sekali lagi, ramai kawan-kawan yang menghantar emel kepada saya berpuas hati dengan laporan ini dan berjaya mempraktikkannya.

Jumpa lagi!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Siapa Yang Sedang Melihat Anda?

July 1, 2008

Jika anda mempunyai akaun Nuffnang, anda boleh memasukkan gambar dan infomasi mengenai diri anda. Widget ini biasa kita lihat di Mybloglog.com dan widget dari Mybloglog boleh dipasang di laman blog kita.Tetapi widget yang disediakan Nuffnang ni lebih berciri peribadi dan tidak dipaparkan secara umum. Walau apapun, anda boleh ketahui rakan-rakan lain yang memiliki akaun Nuffnang. Dan jika anda suka dengan mereka anda boleh say hi!

Macam mana nak tengok siapa yang sedang melihat anda?

1. Login ke akaun Nuffnang anda.
2. Klik Analytics
3. Community *NEW!

Jika anda mempunyai lebih dari satu blog, anda boleh klik pada list of blog. Selamat mencuba!

.

.

.

.

.

.

.

.

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Dah Boleh Pasang Iklan Nuffnang Di Blog Anda?

June 28, 2008

Bertemu lagi.

Macam mana laporan yang saya berikan kepada anda? Adakah ianya
membantu?

Bagi anda yang telah berjaya mengikuti langkah saya kongsikan,
tahniah diucapkan. Kepada yang belum lagi bermula.. sila mulakan
segera!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sehari dua ini, saya telah mendapat emel dan pertanyaan dari
rakan-rakan yang mempunyai blog.

Antara soalan yang diajukan kepada saya ialah:

1. Kenapa iklan Nuffnang tidak keluar di blog saya?
2. Kenapa pendapatan saya sedikit?

Cukup dengan 2 pertanyaan ini dulu. Ok, saya jawab untuk anda.

Kenapa iklan Nuffnang tidak keluar, boleh jadi ada 2 sebab.

1. Iklan adalah random dan akan dipaparkan mengikut kiraan yang
ditetapkan oleh Nuffnang. Saya tidak pasti bagaimana kiraan
Nuffnang. Jadi jangan gelabah jika anda lihat belum ada iklan
dipaparkan diblog anda.

2. Jika anda membuat setting yang tidak betul dalam akaun Nuffnang
anda, ianya pasti tidak akan memaparkan tag iklan Nuffnang (iklan
juga tidak akan dipaparkan)

Mengenai soalan mengapa pendapatan anda sedikit adalah kerana
mungkin blog anda tidak mencapai kualiti yang diinginkan oleh
Nuffnang.




Nuffnang mengharapkan blog berkualiti. Berkualiti bermaksud, anda
memiliki jumlah pelawat yang ramai dalam sehari.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Saya ada teknik yang boleh saya kongsikan dengan anda. Itupun kalau
anda mahu. Bagaimana anda boleh menarik traffik ke blog anda
menggunakan kaedah yang akan saya dedahkan.

Untuk tawaran ini, saya ingin buka kepada newbie atau blogger yang
masih lagi tercari-cari jumlah traffik unik ke blog.

Tetapi laporan menarik traffik ke blog anda ini bukanlah satu yang
percuma. Jangan bimbang, tawaran yang saya berikan ini pun bukanlah
satu yang membebankan anda.

Saya bercadang untuk memberikan laporan ini secara percuma,

dan kali ini saya hanya akan berikan kepada 50 orang bertuah sahaja
yang dipilih secara rawak.

Caranya mudah sahaja.

Tulisa satu review di blog anda mengenai laporan percuma Nuffnang
yang telah anda baca. Berikan pendapat positif anda mengenai laporan
ini. Kemudian berikan backlink ke blog www.noorizamshah.com.

Bagaimana cara anda menulis review ini, bergantung kepada kreativiti
anda.

Tempoh anda utk menulis review ini ialah bermula pada 28hb JUN
hingga 30hb JUN 2008.

Saya akan umumkan 50 pemenang tersebut dan mereka ini bakal
menerima laporan istimewa dari saya, bagaimana anda boleh
menarik traffik ke blog anda. Laporan ini adalah terhad dan saya
tidak edarkan kepada umum.

Jadi rebutlah peluang ini. ok!

Mulakan review anda hari ini!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

X5mom Perolehi RM10K Pendapatan Dengan Nuffnang?

June 24, 2008

Fu-yoh!

Macam mana kalau anda yang dapat RM10,000 dari Nuffnang? Apa yang akan anda buat, jika anda dapat duit ni hasil dari ber’blog?
Blogger macam x5mom bukan lagi menjadi pelik jika beliau perolehi ribu-riban setiap bulan di internet.

Contoh John Chow sendiri, hasilkan pendapatan di internet purata USD30k! USD tu.. bukan Ringgit Malaysia! kalau tukarkan kepada matawang kita, mau dekat RM100k!

Anda boleh buat ke tak macam diorg ni? Kalau kurang mampu tak apa.. target aje minima RM50 sebulan. Cuba dapatkan cek pertama anda dari Nuffnang.

Tak dapat banyak, kita target sket-sket dulu. Dah dapat sket.. cuba target lebih sket.. Bila dah dapat lebih sket.. target lagi.. dan lagi..




Apapun, semua ini perlukan panduan dan ilmu. Jika lambat nak faham tak apa.. slow-slow..

Usaha tu kan tangga kejayaan?

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Laporan Percuma Buat Duit Dengan Nuffnang Kini Diedarkan

June 24, 2008

Dengan ini, saya umumkan laporan percuma ini mula diedarkan kepada umum! Dari maklumbalas yang diterima, ramai juga yang berpuashati dengan terbitnya laporan ini.




Kepada anda yang telah membacanya. Sila beri komen anda.. jangan lupa berikan undian anda di ruangan pool di sidebar sebelah kanan ini!

Ayuh Malaysia dan Singapura, jom buat duit dengan Nuffnang!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Laporan Percuma Buat Duit Dengan Nuffnang Bakal Terbit…

June 21, 2008

Nantikan pada 24hb Jun 2008 ini. Masukkan email anda hari ini dah jadi antara 1000 orang terawal! Ketahui bagaimana saya menghasilkan pendapatan di internet menggunakan iklan-iklan dari Nuffnang. Ketahui bagaimana saya elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang merugikan saya.

Edisi ini adalah khas bagi mereka yang tidak pernah lagi menerima sebarang cek dari Nuffnang!

Edisi ini adalah khas untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan peluang pendapatan di internet!

Edisi ini adalah khas untuk mereka yang baru berkecimpung dalam penulisan blog!

Edisi ini adalah percuma! Anda tidak perlu bayar sesen pun kepada saya!

Edisi ini boleh diedarkan!

Edisi ini boleh dijadikan bonus percuma untuk produk berbayar anda!

Edisi ini pasti tidak akan mengecewakan anda! Buka minda anda! Dengan berblog pun anda boleh terima pendapatan!

Dah cukup.. ikut arahan bergambar ini, pergi ke laman utama blog. Lihat disebelah kiri anda, masukkan nama dan alamat email anda. Laporan ini hanya akan dihantar ke email anda. Pastikan anda menggunakan email yang sah! Saya tidak akan bertanggungjawab jika anda tidak menerima apa-apa laporan percuma ini jika anda menggunakan email yang salah dan tidak sah!

Tunggu update seterusnya dari saya!

Apakata mereka yang dah baca laporan ini?

1. Szab.net/blog

2. Mohdsuhaimy.comĀ 

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »