Benarkah Manusia Ini Hebat Meniru?
September 28, 2008
Pernah atau tidak anda melihat atau alami masa zaman kanak-kanak, anda suka melihat apa yang orang dewasa buat. Kemudian anda akan meniru aksi yang anda lihat.
Kalau zaman sekolah lagi lah banyak aksi meniru. Contoh meniru dalam peperiksaan (anda pernah buat ke? ;P)
Waktu kecil, kita telah belajar meniru sesuatu perkara itu tanpa kita sedari. Ini realiti. Lihat budak-budak sekarang.
Contoh, kalau kat kampung, perbuatan main meriam besi buluh ini umpama di’warisi’ turun temurun. Kanak-kanak akan bermain mercun buatan sendiri. Memang kita tak sedar, dari siapa mereka tiru. Tapi itulah bakat yang tak pernah kita sedari. (contoh tak baik tu)
Bayi sekarang lagi lah cerdik. Mereka akan cuba meniru gaya bahasa kita. Cara kita makan, cara kita minum, cara kita berjalan dan cara kita bercakap. Kemudian kita berkata, “Wahhhh cerdiknya anak ini!”
Saya petik qoute ini;
“Kanak-kanak tidak pernah dapat mengikut arahan orang dewasa dengan baik, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru orang dewasa” - James Baldwin
Kesimpulannya, jika anda hebat meniru, kenapa tidak kita meniru kejayaan usahawan internet yang lain? Ada juga meniru untuk memberi kebaikkan kepada diri kita sendiri.
Jumpa lagi
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana DropShipping Berfungsi?
September 27, 2008

Anda ingin menjual produk di laman web eBay menggunakan kaedah dropshipping. Kaedah Dropshipping bermaksud, anda tidak pegang atau sentuh produk, tidak simpan stok, produk-produk ini berada di pihak lain, anda menjual produk-produk ini dan pihak lain akan uruskan pembungkusan dan penghantarannya.
Tahukah anda bagaimana drop shipping ini berfungsi?
Cuba anda lihat carta aliran disini.
1. Anda menjual/melelong produk anda di laman web eBay.
2. Pembeli/pembida membeli produk anda.
3. Pembeli bayar wang kepada anda.
4. Anda bayar kepada dropshipper pada harga kos.
5. Dropshipper membungkus produk dan hantar kepada pembeli.
Dibawah adalah contoh produk dari dropshipper yang berjaya saya jual beberapa hari lalu di laman web eBay.

Jika anda berminat untuk mempelajari bisnes eBay, dapatkan panduan-panduan hebat ini segera. Jangan bimbang, kami bersedia memberi bimbingan kepada anda. Yang penting, anda praktikkan (bukan sekadar berkata-kata) dan rasai pengalaman sebenar berbisnes di sana.
1. http://kuasalelong.com
2. Rahsia Dropshipping
Jumpa lagi. ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentRahsia Berfikir Dan Bersemangat Besar
September 26, 2008
Saya ingin petik satu perenggan ayat yang terdapat dalam buku Rahsia Minda Jutawan tulisan Amar Mahmood.
“Ramai antara kita orang-orang berjiwa kecil, merasa selesa dengan kekecilan kita sendiri. Berbelas dan berpuluh tahun hidup dalam kekecilan, dikelilingi komuniti orang kecil, berkawan dan bermasyarakat dengan kekecilan itu sehingga tidak dapat melihat lagi yang besar-besar dan tidak termimpikan yang besar-besar dan tidak teringinkan yang besar-besar… kerana yang besar-besar itu bukan hak orang kecil, tapi hak orang besar.”
- Chef Li
Penulis Jutawan Senyap
Ada perkara tersirat di sebalik kata-kata diatas. Saya ambil contoh diri saya sendiri, jika saya tidak belajar untuk berdikari dan keluar dari cara pemikiran lama, pastinya saya tidak akan berada disini.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentBerikan Maklumbalas
September 24, 2008
Memberi maklumbalas adalah satu perkara penting dalam membina kepercayaan pelanggan. Jika anda memiliki akaun eBay, biasanya sebagai seorang penjual akan memberi maklumbalas sebaik sahaja mereka menerima bayaran untuk produk mereka.
Manakala pembeli pula akan memberi maklumbalas sebaik sahaja mereka menerima barang yang mereka beli.
Saya pula lebih suka memberi maklumbalas sebaik sahaja pembeli terima produk saya dan mereka terlebih dahulu meletakkan testimonial. Alasannya adalah supaya saya dapat memastikan pelanggan saya berpuashati dengan produk saya dan saya juga ingin pastikan pelanggan saya memberi maklumbalas yang betul dan jujur.
Ada salah satu ID (saya ada lebih dari satu akaun) saya terima feedback yang salah dengan apa yang mereka maksudkan. Ini kerana pelanggan saya adalah newbie dan tidak berapa faham bagaimana untuk menggunakan fungsi feedback.
Dalam kes lain, jika anda mempunyai sebarang masalah dengan pelanggan anda, sebaiknya anda berhubung antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan memberi maklumbalas.
Ingat, maklumbalas yang anda berikan adalah tetap dan tidak boleh diubah lagi. Jika tersalah memberi maklumbalas, ia mungkin akan menjejaskan reputasi anda sebagai seorang penjual di laman web eBay.
P.s: Dapatkan tawaran one-time offer kuasalelong disini.
Jumpa lagi!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentEbay News: Bid Assistant To Be Removed
September 21, 2008
Berikut saya pastekan info terkini dari laman web ebay.
September 11, 2008 | 05:19PM a SGT
As part of the ongoing efforts to simplify the site and remove features that have very low usage, eBay will be removing the Bid Assistant tool (which allowed buyers to bid on multiple similar items in succession) in the next few weeks.
The removal plan
Starting in late September, the links to Bid Assistant will be removed from item pages and from My eBay, and buyers will no longer be able to create new groups of items within the tool. If you have used the Bid Assistant tool recently, or will be using it in late September, here is how you will be affected:If you have an active Bid Assistant group in late September: You will still see the link to Bid Assistant in My eBay, and will be able to view your groups of items within the tool. The Bid Assistant tool will also continue to bid on the items within each group as scheduled. However, you will not be able to add or remove items from a group, or alter your maximum bids. Since these groups will essentially be “locked” by late September, please make sure that you do not change anything within your Bid Assistant groups beforehand.
If you have a closed Bid Assistant group in late September: You will still be able to view your closed groups via the link in My eBay.The Bid Assistant tool will then be removed from the site entirely in late September.
Regards,
The eBay Team
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentSaya Amat Berterima Kasih…
September 20, 2008
Alhamdullilah, syukur..
Saya baru sahaja pulang dari sesi perjumpaan (gathering) bersama dengan rakan-rakan sekolej dulu. Terima kasih pada yang hadir. Bob Fendi, Bob Bakhtiar, Nakib, Paksu Syahmi, Rin, Mann n melya, Enal, Apiz n rina, erma, Koyo, Abu, Maccoo dan keluarga kawan-kawan yang lain.
Sedap menu di Restoran Rasa Sayang tadi. Insya-Allah tahun depan kita buat gath lagi dan pastinya lebih ramai yang boleh hadir.
P.s: Koyo jangan lupa send gambar aku dengan wife!
Hari ini topik hujung minggu, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi backlink dalam post-post mereka, samada diblog, forum atau dimana sahaja.
Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan dan tempat persinggahan anda. Diharap kita dapat berkongsi pendapat dan pandangan. Jangan malu untuk turunkan komen-komen anda disini.
Berikut adalah senarai backlinks yang saya terima untuk 1 minggu terakhir:
Terima kasih kalian!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content









