Bagaimana Membina Lebih Satu Blog Dalam 1 Akaun?
July 22, 2008
Panduan ini lebih sesuai untuk dipraktikkan jika anda menggunakan platform blogger.com. Contoh yang diberikan juga adalah dari blogger.com
Baiklah,
Jika anda ingin membina blog percuma, salah satu platform terbaik yang anda boleh cuba ialah blogger.com.
Mengapa blogger.com?
Dengan memiliki blog disini, anda boleh membina lebih dari satu blog tanpa perlu mendaftar sebarang akaun blog baru. Boleh dikatakan kebanyakkan blogger yang memiliki laman blog adsense pasti akan memiliki lebih dari satu blog. Anda boleh tanya Syed Ikhwan, Munawar, Syam dan ramai lagi. Mereka pasti akan memberi jawapan YA!
Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa untuk mentadbir dan membuat kemaskini. Blog yang anda bina itu pula tidak semestinya dari topik yang sama. Anda mungkin boleh menulis mengenai sesuatu perkara yang berbeza sebagai contoh, kisah gossip artis, politik, hobi atau apa sahaja yang berkaitan dengan kesesuaian anda.
Dibawah ini, saya tunjukkan satu contoh imej yang saya petik dari laman blog saudara Munawar dan anda mungkin boleh menjadikan topik ini sebagai satu rujukan untuk anda membina blog tambahan, jika perlu.
Apabila anda masuk ke laman blog anda (blogger.com), anda boleh lihat terdapat satu panel yang disediakan untuk anda.
Apabila anda login ke akaun Blogger.com anda akan dapat melihat panel seperti ini:-

Apabila anda mahu membina blog baru, anda hanya perlu klik pada “Create a Blog”, kemudian anda diminta untuk memasukkan maklumat yang diperlukan dan isikan maklumat tersebut sehingga selesai.
Apabila berjaya, anda boleh lihat semulapada panel Dashboard untuk melihat secara keseluruhan jumlah blog yang anda miliki.
Jika anda mahu membina lebih dari satu blog, apa kata anda mulakan pendaftaran hari ini dan fikirkan nama yang sesuai untuk blog anda. Dan bertindak cepat, sebelum ada orang lain ambil nama blog yang anda inginkan!
P.s: Jika anda seorang yang komited untuk menghasilkan pendapatan melalui blog, apakata anda dapatkan panduan adsense dari saudara Munawar sementara stok masih ada!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related ContentEbay: USB Mini Vacuum Used For Laptop/PC keyboard Mainboard
July 22, 2008
Komputer atau laptop anda berhabuk? Kotor? Berdebu? Anda cintakan kebersihan?
Di Ebay anda boleh membeli alat penyedut (vacuum) untuk membersihkan debu-debu yang terdapat di komputer, laptop, meja study atau apa sahaja. USB mini vacuum mudah untuk dipasang melalui USB port di laptop atau komputer anda.
Produk ini dilengkapi 2 pembersih vakum iaitu 1 bristle brush dan 1 flexible rubber.
Harga jualan di pasaran antarabangsa ialah RM64++ tetapi istimewa untuk anda yang berada di blog noorizamshah.com, anda boleh mendapatkan Mini Vacuum ini bermula pada RM30++ sahaja. Stok adalah terhad. Berminat, sila ikut arahan ini:
Daftar nama anda di sini www.ebay.com.my
Selepas berjaya mendaftar, sila kembali ke post ini dan klik pada link ini untuk membeli.
Pilih mana-mana harga yang anda inginkan dan ikut arahan selanjutnya untuk proses pembayaran.
P.s: Nak belajar berbisnes di laman web Ebay? Dapatkan panduan disini
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related ContentMemahami Maksud Program Affiliate
July 17, 2008
Saya ingin menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada saya mengenai bagaimana anda boleh menjana pendapatan di internet.
Salah satu cara yang dipraktikkan ialah menyertai program-program affiliate di internet.
Bagi saya, inilah cara paling mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bermula. Antara program affiliate terawal yang saya sertai ialah program dari bayar2u.com, maskahwin.com dan rahsiainternet.com.
Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.
Bagaimana anda boleh menjadi wakil pemasaran (affiliate marketer)?
Di internet, banyak laman web atau penganjur program menawarkan peluang ini. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.
Program affiliate yang berbayar memerlukan anda membeli produk mereka terlebih dahulu, kemudian anda ditawarkan menjadi agen mereka.
Program affiliate percuma pula, anda tidak perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka dan anda dibenarkan menyertai program ini tanpa sebarang caj.
Ada juga sesetengah laman web menyediakan program affliate tertutup. Walaupun program ini disediakan secara percuma, hanya mereka yang dijemput sahaja dibenarkan untuk menyertai program ini. Sebagai contoh affliate dari jomseminar.com dan rahsiainternet.com
Seperti yang dinyatakan mengenai program tertutup ini, pihak penganjur kebiasaannya akan memilih mereka yang memiliki jumlah prospek yang ramai. Contohnya, saya memiliki senarai prospek dari mailing list saya dan saya telah ditawarkan menyertai program affliate mereka. Dengan memiiliki prospek yang berpotensi untuk membeli produk, pihak penganjur tidak ragu-ragu menawarkan program ini kepada anda. Komisyen yang diberikan juga adalah tinggi.
Mengenai pendapatan yang diperolehi dari penyertaan program affliate, ianya bergantung kepada perjanjian perkongsian hasil keuntungan antara penganjur dan agen. Antara produk yang popular dan sering menawarkan komisyen yang tinggi ialah produk digital. Purata jumlah peratus pembahagian keuntungan ialah antara 30% hingga 70%.
Berbeza pula jika anda menyertai program affliate untuk produk-produk fizikal. Komisyen yang ditawarkan adalah antara 5% hingga 15% sahaja. Faktor utama kenapa produk fizikal ini tidak menawarkan komisyen yang tinggi adalah kerana kos-kos produk ini adalah lebih banyak berbanding produk digital.
Anda perlu bijak memilih program-program affliate di internet dan jangan mudah terpedaya, jika anda ditawarkan menjadi jutawan atau orang kaya baru hanya menyertai program affliate! Dapatkan panduan yang betul dan minta pandangan dengan mereka yang lebih berpengalaman sebelum anda terjebak dengan aktiviti spam, scam atau skim cepat kaya!
Jumpa lagi
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentBelajar Berniaga Di Ebay? Cukupkah Sekadar Membaca?
July 15, 2008
Adakah dengan hanya membaca sahaja sudah cukup untuk anda menghasilkan pendapatan di internet? Adakah dengan hanya membaca setiap info yang disampaikan sudah memadai buat anda untuk memulakan perniagaan di internet?
Nak berniaga di laman web ebay, bukan sahaja menuntut masa anda untuk membaca dan menelaah ilmu. Anda juga perlu melaksanakan apa yang telah dikongsikan.
Ramai usahawan internet tahu, internet adalah peluang mereka menghasilkan pendapatan. Berapa jumlah keuntungan yang mereka perolehi, itu kita ketepikan. Tetapi berapa ramai yang mendapat manfaat hasil dari perniagaan ini?
Andai anda seorang yang mempunyai minat di dalam perniagaan internet, terutamanya memasarkan produk-produk fizikal di laman web Ebay, anda perlu belajar bagaimana hendak menjual produk-produk tersebut. Anda perlu betul-betul bersedia untuk memasuki pasaran tersebut.
Apabila anda membaca, pastikan anda mempraktikkannya. Sebagai contoh, apabila saya katakan anda perlu memiliki kad debit, maka anda perlu memohon kad debit.
Apabila saya syorkan hanya memohon kad debit public bank visa electron, jangan pula anda pohon kad debit lain.
Saya cuba memudahkan anda, tetapi apabila anda tidak praktikkan apa yang disyorkan, ia pastinya membazirkan masa anda.
Kad debit berkait rapat dengan akaun eBay dan Paypal. Jadi, tanpa kad debit ini, anda perlu melakukan 2 atau 3 perkara lagi.
Kenapa saya berkata begitu?
Mereka yang telah berjaya mengikuti langkah di dalam ebook kuasalelong.com lebih mengetahuinya.
Nak berjaya, bukan sekadar membaca sahaja…
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentKeyword Noorizam & Shah Di Top Rank Google
July 14, 2008
Saya ingat lagi, sewaktu saya mula membina blog ini, amat sukar untuk melihat keyword noorizam atau shah berada di top ranking dalam enjin pencari google.com.my.
Hari ini saya test result dan saya dapati keyword Noorizam & Shah berada di top ranking tersebut.
Buktinya, keyword shah berada di tangga ke 10 diantara 29,100,000 carian ini. Manakala keyword noorizam berada di tangga pertama diantara 17,700 carian.
Berapa lama kedudukan ini mampu bertahan? Ianya bergantung kepada cara saya bermain dengan SEO.
P.s: saya pernah bermain dengan keyword Ebay dan hasilnya sama, ia mampu bertahan di top ranking dalam masa seminggu. Kira boleh dibanggakan jika dari 1,110,000,000 carian, laman blog ini berada di top rank! ![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentPanduan Percuma Nuffnang Terus Mendapat Sambutan + Dapat Cek Lagi…
July 12, 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membaca dan mempraktikkan ilmu yang saya kongsikan di dalam laporan percuma “panduan langkah demi langkah menjana pendapatan dengan Nuffnang”.
Nampaknya, sambutan dari pembaca memang menggalakkan dan setiap hari, ramai yang membuat muaturun laporan percuma ini. Sekarang terpulang kepada anda samada ingin mempraktikkan atau tidak.
Jika anda tidak ada ilmu, anda perlu tuntutnya. Cari ilmu jika ingin berjaya. Kita tidak boleh selalu disuap. Sebab itu ramai yang gagal kerana semangat mereka hanya panas sekejap sahaja. Pabila gagal mengikut panduan yang diberikan, mula pelbagai andaian diberikan.
Janganlah mudah kecewa atau putus asa. Jika anda gagal, pasti ada sebabnya. Jika anda berjaya, itu semua adalah usaha anda. Buktinya, saya masih lagi menerima cek dari Nuffnang.

Diingatkan, saya bukanlah seorang yang hebat seperti x5mom, Liew CF, HongKiat dan ramai lagi. Tetapi saya juga bukanlah seorang yang langsung tidak mendapat apa-apa pulangan dari aktiviti blogging.
Minggu ini, saya terima lagi earning dari Nuffnang, so far, belum ada lagi cek saya tidak dapat ditunaikan. Kepada anda yang masih ragu-ragu atau belum lagi membaca laporan percuma saya ini, dijemput untuk mendapatkannya di muka utama laman ini.
Hanya masukkan nama dan emel sah anda. Semak emel anda dan buat pengesahan emel dengan segera. Akhir sekali tunggu emel dari saya untuk dapatkan link download tersebut.
Diharap anda terus setia dengan subscribe mailing tersebut kerana banyak lagi perkara-perkara menarik yang bakal saya kongsikan. Buktinya sekali lagi, ramai kawan-kawan yang menghantar emel kepada saya berpuas hati dengan laporan ini dan berjaya mempraktikkannya.
Jumpa lagi!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content







