Menjawab Pertanyaan Pelanggan

June 1, 2008

Semasa anda sudah membuat senaraian produk di laman Ebay, sila pastikan anda telah memasukkan maklumat seperti ini:

Any question please contact me at (email anda) or click on “Ask Seller A Question”

Ini bertujuan memudahkan bakal pembeli anda mendapatkan maklumat tambahan dari anda. Gunakan kaedah ini dan cuba berkomunikasi secara baik dengan mereka.

Ada sesetengah pelanggan mahukan komunikasi dengan anda. Jika mereka mendapat jawapan yang mereka mahukan, mereka akan lebih selesa dan yakin bahawa anda adalah seorang penjual yang serius.

Jika anda lebih yakin dan berani, mungkin anda juga boleh memaparkan nombor telefon anda di dalam senaraian. Tetapi jika anda tidak mahu diganggu, beritahu mereka yang anda hanya mahu berkomunikasi melalui emel sahaja.

Selamat berurus niaga di laman web Ebay!

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Jual Sarung Tangan Pun Boleh Laku?

February 14, 2008

Siapa kata anda tidak boleh menjual di eBay?

Kita selalu diasak dengan tanda ?????? TIDAK TAHU hendak menjual apa. Tapi, cuba anda lihat pula kenapa orang lain tu boleh saja berniaga. Ada pula produk mereka malah boleh dijual pula.

Ini realiti. Kadang-kadang kita duduk diam sahaja sebenarnya ada benda atau sesuatu disekeliling kita yang boleh memberikan hasil. Sama ada anda sedar atau tidak itulah realiti.

Saya ingin ulang peringatan ini kepada anda. Jika anda tidak mulakan sesuatu untuk memiliki pendapatan yang pertama di ebay, saya katakan anda seorang yang rugi besar.

Ebay bukan kedai runcit kat tepi simpang rumah anda. Ebay bukannya kedai runcit di kediaman anda, bila sampai waktu mereka tutup perniagaan.

Anda perlu tahu, realitinya eBay dilawati berjuta-juta orang setiap hari seluruh dunia. Dalam ebook kuasalelong saya sendiri turut menceritakan bagaimana produk yang tidak masuk akal boleh dijual ke Amerika dan dapat sambutan tinggi pula!

Ingat, demografi di pelusuk dunia berbeza-beza. Ambil contoh, jika anda bekerja sebagai kedi di padang Golf, mungkin anda boleh menjual bola-bola golf yang dipukul oleh pemain-pemain professional yang telah ditandatangani. Tapi jika anda tidak ada bola golf, mungkin anda boleh jual sarung tangan Golf. Seperti ini:

Pasaran anda tidak tertumpu kepada jiran sebelah rumah anda sahaja, malah sampai ke hujung simpang, boleh dibeli oleh pembeli di utara atau dibida orang rakyat Itali yang berada di United Kingdom!

Ebay adalah satu tempat ideal untuk menjual. Pintu kedai tanpa sempadan ini boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Jadi tunggu apa lagi, jika anda sudah bersedia untuk masuk ke pasaran eBay Malaysia dan dunia dapatkan panduan berbisnes dengan ebay di laman web http://kuasalelong.com ! Dapatkan segera sebelum terlambat!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Menjual Produk Best Seller di eBay

February 12, 2008

Ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh menjalankan perniagaan internet. Malah masih ada juga yang bertanya apa itu PDF file, apa itu winzip, apa itu ebook. Tak apa, bagi yang masih tidak kenal, topik akan datang saya akan tulis mengenainya.

Berbalik kepada bagaimana hendak memulakan perniagaan internet, anda tidak semestinya perlu mencipta produk sendiri seperti menulis ebook, menulis buku, membuat kad nama perniagaan, menjadi penyedia webhosting dan sebagainya.

Sama juga jika hendak berniaga di eBay, anda yang terlalu khuatir jika anda masih tidak ada lagi produk sendiri. Disini ada sedikit tip untuk anda bagaimana anda boleh menjual produk-produk di ebay. Lupakan seketika mereka yang ada produk seperti minyak wangi, barangan perhiasan, duit kertas lama, baju sukan.

Cuba anda lihat diluar sana, semasa anda berjalan-jalan di pusat membeli-belah, apakata anda ambil masa untuk singgah sebentar ke kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH.

Di pintu utama anda akan melihat beberapa buah buku “BestSeller” setiap bulan. Apabila kita memperkatakan mengenai “BestSeller”, ianya sering dikaitkan dengan jualan ebook yang paling laris, penulis hebat dan sebagainya.

Apakata anda ambil peluang ini dengan membeli buku-buku dengan menghubungi pihak penerbit buku tersebut dengan memaklumkan yang anda berminat untuk menjual buku-buku ini. Bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan maklumat penerbit ini, sila lihat pada muka surat pertama dalam buku).

Jika buku tersebut dijual di dalam pasaran pada harga RM49.90, pihak penerbit mungkin menimbangkan untuk memberi anda potongan harga sehingga 30%-40%. Rebut peluang ini kerana buku BestSeller kebiasaannya akan dibeli oleh pembeli.

Sekarang, anda jual buku-buku ini pada harga yang terdapat di dalam kedai atau murah sedikit (5% diskaun) dari harga jualan. Dengan cara ini, anda dapat mendapat keuntungan sehingga 30%-40%.

Sebagai kajian, anda boleh lihat pada enjin carian di ebay Malaysia (ebay.com.my) dimana terdapat penjual yang menjual buku-buku yang terdapat dipasaran di sana (sila lihat dalam kategori “non-english”)

Tip lai, apa kata anda peruntukan satu hari untuk berjalan-jalan ke pusat pemborong dan melihat produk-produk berpotensi untuk dijual. Sebagai contoh kraftangan rotan atau ukiran siput sungai yang cantik. Produk-produk ini jika dijual dalam matawang luarnegara, ia mampu memberi pulangan yang tinggi kepada anda.
Kesimpulannya, untuk menjual di eBay, anda tidak semestinya perlu memiliki produk ciptaan sendiri sebaliknya anda boleh beli dari orang lain dan jual kembali untuk dapatkan keuntungan berganda. Inilah bentuk perniagaan yang amat mudah dan bagi anda yang tidak pernah menjalankan perniagaan diinternet, peluang-peluang ini jarang sekali dilihat.

Sekarang, ambil masa anda, fikir, apakah produk yang menarik boleh anda jual. Jumpa lagi. :)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content