Membuka Akaun Paypal
May 17, 2008
Jika anda sudah memiliki sebarang akaun email, anda sudah layak menggunakan Paypal untuk menghantar atau menerima matawang asing.
Ada 3 jenis akaun yang boleh digunakan.
1. Akaun Perseorangan
2. Akaun Premier
3. Akaun Perniagaan
Bagaimana anda boleh membuka akaun Paypal tersebut dan bagaimana anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk menjana pendapatan internet anda? Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak perniagaan internet yang menggunakan kemudahan transaksi melalui paypal. Umpama berasa janggal jika anda tidak memilikinya.
Setiap hari, terdapat ramai pelawat baru yang memasuki blog saya dan merek sentiasa mencari ilmu dan maklumat. Diatas permintaan ini, saya telah bersetuju untuk menulis sebuah Ebook mengenai faedah memiliki akaun paypal dan perbankan internet.
Dahulu saya juga seperti anda, tidak punya ilmu yang banyak mengenai perniagaan internet. Diharap dengan terbitnya Ebook edisi khas ini (diedarkan secara percuma), ianya dapat membantu anda memahami kepentingan memiliki akaun paypal dan perbankan internet.
Anda juga akan pelajari bagaimana usahawan-usahawan internet menjana pendapatan beribu-ribu ringgit setiap bulan (termasuklah saya) menggunakan semua kaedah yang saya terangkan ini.
Jika anda seorang yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, saya menjemput anda untuk muaturun ebook ini disini. Anda akan terima mesej penting dari saya terus ke email anda tidak sampai 5 minit selepas anda mengisi nama dan email anda disana. Apakah mesej penting dah berharga itu? Klik sini segera
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Anda Boleh Terima Pembayaran Melalui Kad Kredit
March 4, 2008
Bagi anda yang telah membeli Ebook KuasaLelong.com, terima kasih diucapkan. Tahniah juga kepada mereka yang telah berjaya menghasilkan pendapatan di Ebay dan mula menjadikan laman web ini sebagai platform menambah pendapatan sampingan.
Semua sudah maklum bahawa, jika anda berurus niaga di eBay terutamanya laman web eBay Malaysia, kaedah yang paling banyak diguna pakai ialah perbankan tempatan seperti deposit tunai/perbankan internet. Ramai yang memilih Maybank sebagai akaun penerima bayaran. Lain-lain kaedah pun begitu juga.
Tetapi bagaimana pula kaedah penerimaan melalui kad kredit?
Ok,
Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya penerimaan bayaran melalui kad kredit ini cuba disediakan oleh penjual yang memiliki perniagaan yang besar. Mereka ini kebiasaannya sudah melakukan jumlah jualan yang tinggi setiap bulan. Ini kerana untuk membuat permohonan mesin pemprosesan kad kredit daripada pihak bank bukanlah perkara yang mudah. Jika angka jualan anda adalah kecil, permohonan anda mungkin ditolak.
Akan tetapi, anda tidak perlu bimbang jika anda tidak mempunyai sebarang mesin memproses bil-bil kad kredit kerana di internet, terdapat beberapa alternatif yang mungkin anda boleh rujuk dan menyelesaikan masalah pelanggan anda.
Sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan di eBay dan bersedia untuk menerima pembayaran melalui kad kredit, saya syorkan anda mendapatkan perkhidmatan daripada pihak ketiga.
Siapakah mereka?
Bagi pengguna/pembeli/penjual di Malaysia, Paypal.com, WorldPay.com atau 2CheckOut.com adalah tempat yang sesuai untuk selesaikan masalah anda. Walaubagaimanapun, terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak ketiga ini adalah berbeza-beza. Untuk memudahkan pemahaman, apakata anda dapatkan maklumat lanjut dalam laman web mereka atau dapatkan eBook kuasalelong.com sementara tawaran masih dibuka.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content







