Ebay: Apa Yang Harus Anda Lakukan Apabila Berjaya Membida.
February 23, 2008
Topik ini saya tujukan kepada newbie atau mereka yang baru belajar membida/membeli produk di eBay.
Watch List
Apabila anda membuat bidaan produk di laman eBay, pasti anda watch up produk anda sehingga tamat. Jika anda benar-benar inginkan produk tersebut, pastikan anda ketahui tarikh tamat senaraian. Ini kerana masa senaraian sesuatu produk itu ada yang 1 hari, 3 hari, 5 hari, 7 hari atau pun 10 hari.
Jika saya seorang pembeli saya akan menggunakan tool seperti “eBay Toolbar” sebagai pemantau produk-produk yang dibida. Dengan ini saya tidak perlu masuk ke laman eBay kerana eBay Toolbar ini akan memberi notis kepada saya jika produk saya berjaya dibida.
Satu lagi perkara yang ingin saya ingatkan kepada mereka yang newbie, kebanyakan mereka yang telah berjaya dalam bidaan langsung tidak memberikan apa-apa respon kepada penjual apabila invoice mula dihantar. Jika anda tidak mahu dikenakan dispute item, pastikan anda segera memberi maklum balas kepada penjual. Mungkin ada penjual yang boleh bertolak ansur dengan anda dan memberikan masa untuk anda membuat pembayaran.
Berurus niagalah dengan baik. Semoga anda berpuashati dengan urusan di eBay.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content









