Keyword Noorizam & Shah Di Top Rank Google
July 14, 2008
Saya ingat lagi, sewaktu saya mula membina blog ini, amat sukar untuk melihat keyword noorizam atau shah berada di top ranking dalam enjin pencari google.com.my.
Hari ini saya test result dan saya dapati keyword Noorizam & Shah berada di top ranking tersebut.
Buktinya, keyword shah berada di tangga ke 10 diantara 29,100,000 carian ini. Manakala keyword noorizam berada di tangga pertama diantara 17,700 carian.
Berapa lama kedudukan ini mampu bertahan? Ianya bergantung kepada cara saya bermain dengan SEO.
P.s: saya pernah bermain dengan keyword Ebay dan hasilnya sama, ia mampu bertahan di top ranking dalam masa seminggu. Kira boleh dibanggakan jika dari 1,110,000,000 carian, laman blog ini berada di top rank! ![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentHuawei E600 Data Card + Quick Start + CD ROM User Guide = RM1XX?
June 27, 2008
Jika anda ingin mendapatkan produk seperti peralatan dan perkakasan komputer, laman web Ebay adalah sebuah laman yang menyediakan produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Di sini anda boleh membeli dengan selamat dan menjimatkan.
Jadilah seorang pembeli yang bijak! Kunjungi laman web ebay hari ini dan rasai pengalaman yang menyeronokkan!
P.s: Jom kita didik rakyat Malaysia untuk berkunjung ke laman web eBay!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentTips Sebelum Balik Kampung… Menang Bidaan!
March 22, 2008
Sebentar lagi saya akan ke Perak. Hantar mak dan abah wife saya pulang ke rumah.
Dan sebelum saya tutup komputer ini, saya akan berkongsi dengan anda satu tip. Tapi bukan tip balik kampung. Ini tip berkenaan bisnes eBay.
Apakah strategi untuk berjaya dalam bidaan.
Tanpa lengahkan masa, disini adalah tipnya:
1. Lihat jangka masa senaraian produk.
2. Pastikan anda meletakkan harga bidaan maksima anda.
3. Pantau Item tersebut.
4. Sentiasa semak email anda.
Diingatkan, setiap bidaan yang anda masukkan telah termasuk dalam syarat kontrak. Segala aktiviti bidaan akan aktif sehinggalah masa lelong tamat. Jika anda berjaya memenangi bidaan, anda dikehendaki menyelesaikan proses pembayaran dengan segera.
Macam mana nak tahu nilai harga produk yang bakal dibida? Anda boleh membuat carian menggunakan “Advance Search” untuk melihat senarai-senarai “completed listing”.
Disini anda boleh membuat perbandingan dengan harga “complete listing” tersebut.
Pastikan harga bidaan maksima anda adalah harga yang mampu anda bayar. Jangan letak harga maksima bidaan diluar kemampuan anda.
Tujuan membuat semakan email adalah untuk memastikan anda tidak terlepas daripada “outbid”, kalau nak paling mudah, install eBay toolbar dan anda akan diberi alert jika produk yang anda bida itu “outbid”.
Semak status “My Ebay” anda. Lihat pada area “the end of the listing”, pastikan anda adalah pemenang bidder setakat ini.
Diharap dengan tip-tip ini dapat membantu anda memiliki produk idaman anda dan tidak terlepas langsung ke tangan orang lain.
P.s: Harga bidaan maksima bertujuan untuk memberi anda peluang memenangi produk. Tetapi jika tidak ada orang berjaya membida lebih dari harga maksima anda, anda hanya perlu bayar pada harga yang paling rendah. Jadi, jimatkan wang. Jimatkan masa. Seronok woooo!!!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentIstimewa Untuk Penjual Baru! Dapat Galeri Percuma!
March 21, 2008
Ini berita baik untuk penjual-penjual eBay yang baru terutama pembeli ebook kuasalelong.com
Bermula dari 4 March 2008, kepada mereka yang belum pernah lagi menjual produk di eBay, atau pernah membuat senaraian produk tidak lebih dari 3 item sebelum ini, anda layak untuk menggunakan ruangan Galeri Gambar secara percuma apabila anda membuat senaraian produk baru di eBay Malaysia!
Bagi anda yang tidak mengetahui, gambar yang menarik mampu memberi seribu erti kepada pembeli-pembeli. Dari pada gambar anda mampu memberikan ‘berahi’ kepada bakal pembeli anda untuk membuat bidaan atau pembelian.
Jadi kenapa tidak anda menggunakan peluang ini dengan meletakkan gambar-gambar menarik sewaktu membuat senaraian produk terbaru anda!

Sila ambil perhatian!!!
Tawaran ini hanya dibuka kepada penduduk Malaysia sahaja (penjual warganegara Malaysia). Jika anda adalah warganegara Singapura, anda akan dikenakan yuran (fee) seperti kebiasaannya. Jadi, jangan pula terkeliru dengan tawaran ini!
Maklumat lanjut, layari laman ini!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Memulakan Perniagaan Internet
March 20, 2008

Berikut adalah beberapa tanda soal yang sentiasa menjadi persoalan ramai orang.
Saya berminat untuk menjana pendapatan di internet.
Saya bercita-cita menceburkan diri dalam perniagaan internet tetapi saya tidak tahu bagaiman untuk memulakannya.
Perlukah saya memiliki laman web sendiri untuk tujuan perniagaan internet?
Ini realiti,
Ramai pembaca blog ini walaupun dah baca banyak maklumat mengenai perniagaan internet (mungkin), masih lagi bertanyakan masalah mereka untuk memulakan perniagaan pertama mereka di internet.
Beginilah, jika anda belum lagi mendapatkan ebook kuasalelong.com, saya syorkan dapatkan hari ini. Ebook ini akan menerangkan kepada anda bagaimana tanpa memiliki laman web peribadi pun, anda masih lagi boleh memulakan perniagaan internet pertama anda.
Laman web eBay, adalah platform yang sesuai bagi mereka yang ingin merasai pengalaman pertama mereka menjalankan perniagaan internet. Secara asasnya, ramai usahawan-usahawan internet yang berjaya, menggunakan platform di eBay sebagai langkah mengembangkan perniagaan-perniagaan internet mereka.
Di Ebay, semua yang melibatkan urusan jual beli, boleh dipelajari disini. Dengan mempraktikkan kemahiran di laman eBay, anda dapat mengutip pengalaman bagaimana menggunakan sistem penerimaan dan pembayaran melalui internet.
Anda juga bakal mempelajari bagaimana anda boleh berurusan dengan pelanggan atau penjual melalui e-mel seterusnya mempelajari bagaimana menyediakan data-data untuk pelanggan anda.
Jika anda sudah bersedia untuk mengorak langkah menjadi seorang usahawan internet yang berjaya seperti mereka yang lain, apakata anda dapatkan panduan menjual dan menghasilkan pendapatan di eBay dengan memesan ebook KuasaLelong.com hari ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Selamat datang ke dunia perniagaan internet!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentSony PSP + Free 4GB Memory Stick + Games
February 29, 2008
Khas untuk pembeli ebook kuasalelong.com, contoh diatas adalah antara produk yang dijual oleh seorang penjual yang memiliki rating yang rendah. Jadi saya menolak tanggapan bahawa anda tidak boleh menjual jika tidak memiliki rating yang bagus.
Akan tetapi, jika anda memiliki rating yang lebih bagus, potensi untuk anda menjual produk adalah besar. Sila amalkan trick dan teknik yang terdapat dalam ebook kuasa lelong tersebut. InsyaAllah, jika anda melakukannya dengan sabar, fokus dan bersungguh-sungguh, anda juga boleh menghasilkan jualan seperti mereka yang lain.
Ilmu telah saya kongsikan, anda pula boleh praktikkan. Selamat Berjaya!
P.s: Bagi mereka yang belum dapat panduan menghasilkan pendapatan di eBay, sila dapatkan segera disini. Harga Tawaran Adalah Terhad!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content







