MajalahIM Edisi 7 Lambat Sampai Tapi Panas

September 15, 2008

 

Ingin dapat MajalahIM (majalah usahawan internet) Edisi terbaru? Jangan lupa baca artikel saya di muka surat 19. Banyak ilmu-ilmu bermanfaat dikongsikan bersama usahawan-usahawan internet yang lain.

Untuk edisi akan datang, insya-Allah, saya akan berkongsi info mengenai menjual hartanah secara online! Tunggu..

>>Klik sini untuk download percuma!<<

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana Untuk Berunding Dengan Pembekal

August 30, 2008

Selamat berhujung minggu. Esok saya akan adakan kelas one-to-one Ebay. Maklumat lanjut boleh rujuk disini.

Bagi anda yang telah pun mempunyai pembekal untuk dijual di laman web eBay, anda boleh menggunakan strategi rundingan untuk mendapatkan harga yang minima.

Lakukan perbincangan dengan pihak pembekal setelah anda mendapati potensi jualan produk tersebut tinggi.

Saya ambil satu contoh,

Anda ingin menjual gelang kesihatan yang diperbuat dari Tungsten. Sebagai permulaan anda boleh membeli 2-3 unit sahaja. Ia bertujuan untuk melihat, adakah produk ini mendapat sambutan di laman web eBay.

Sekiranya, anda mendapati produk ini mendapat permintaan dan terjual, barulah anda membuat keputusan untuk membeli stok yang lebih.

Menyentuh soal rundingan dengan pembekal, anda boleh berkomunikasi dengan mereka, berbincang untuk mendapatkan harga yang lebih murah, andai anda mengambil stok yang besar. Anda perlu sedar bahawa, tidak semua pembekal mampu memberi anda pada harga yang minima melainkan anda mengambil stok yang banyak dari mereka.

Jika anda hanya membeli 2 atau tiga unit sahaja, agak sukar pembekal mahu menurunkan harga dan memberikan anda pada harga yang lebih rendah. Mereka juga mahu untung dalam perniagaan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, skill berbincang perlu dikuasai sepenuhnya. Anda perlu berani untuk berjumpa dengan pembekal dan membuat tawar-menawar. Anda perlu berani dalam hal ini, kerana pembekal juga memikirkan keuntungan perniagaan. Jika anda gagal mendapat keputusan (harga terbaik), anda wajar meninggalkan meja rundingan.

Jangan hanya tumpukan kepada satu meja rundingan sahaja. Banyak lagi peluang lain yang masih ada untuk anda cuba.

Apa yang lebih penting dalam rundingan perniagaan ini, anda perlulah mencari keputusan win-win situation dimana, tidak ada pihak yang mengalami kerugian. Pastikan anda mendapat harga yang minima dan pembekal pula dapat keuntungan hasil dari meja rundingan itu. Apabila pembekal bersetuju, mungkin pada masa akan datang anda dapat bekerjasama dengan baik atau mungkin boleh menjadikan pembekal ini sebagai rakan perniagaan anda.

Tiada yang mustahil dalam meja rundingan!

Jumpa lagi!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana Laman Web Ebay Bermula?

August 26, 2008

Mungkin ada juga tertanya-tanya apakah itu ebay dan bagaimana laman web ebay boleh menjadi laman web lelongan paling popular di internet.

Saya akan terangkan secara ringkas sahaja. Selebihnya anda boleh rujuk disini:

http://en.wikipedia.org/wiki/EBay

Laman web ebay telah diasaskan pada bulan September 2005 dan kini laman web ebay adalah antara destinasi laman membeli belah paling popular di internet.

1. Pada tahun 1995 Pierre Omidyar telah melancarkan laman web Ebay.
2. Pada tahun 1998, Meg Whitman telah menyertai dan dilantik menjadi CEO yang pertama.
3. Pada tahun itu juga, laman web Ebay telah dilancarkan kepada umum dan pengguna internet dapat memasuki laman web ni sepenuhnya.
4. Memandangkan sambutan yang luar biasa pengguna internet, Ebay telah melancarkan laman untuk menjual kenderaan yang lebih dikenali sebagai Ebay Motors. Pelancaran ini dilakukan pada tahun 1999.
5. Dan pada tahun 2001, Ebay telah melancarkan laman web store khusus untuk penjual yang ingin memiliki kedai sendiri di laman web ebay dengan mengenakan caj yang berpatutan.

Anda boleh dapatkan lebih infomasi mengenai Ebay disini:

http://en.wikipedia.org/wiki/EBay

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

New Ebook Cover KuasaLelong.com

August 24, 2008


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.

.

.

.

.
.
.
.

.

.

Ecover baru ini baru sahaja disiapkan. Content baru juga akan ditambah dan dikemaskini. Harga baru juga bakal diperkenalkan.Bagi yang belum lagi memiliki ebook bermaklumat ini, jangan lupa dapatkan segera di http://kuasalelong.com

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Free Gallery, Buy It Now and other changes to Optional Feature Fees

August 23, 2008

Berikut adalah info terkini dari Ebay Team khas untuk penjual-penjual ebay bagi pasaran Malaysia!

eBay Malaysia will be making changes to optional feature fees with effect from Tuesday, September 16, 2008.

We are happy to announce that all sellers, who list on eBay.com.my, will be able to enjoy the Gallery, Buy It Now and Supersize Picture for free. Other optional features such Gallery Plus and eBay Picture Pack may also be enjoyed at lower prices than before.

Optional features help increase bids and chances of selling success. See full details of optional feature fee changes here.

Listing on eBay.com.my is still free. Sellers will not be charged for any Insertion Fees or Final Value Fees on Auction and Fixed Price formats.

These changes have been made in response to the feedback from our community and for closer alignment to other international eBay sites. We hope you will take advantage of the changes and thank you for your continued support.

Happy selling!
Regards,
The eBay Team

Suka dimaklumkan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan atau kembangkan perniagaan sebaiknya mencuba ebay. Kita sama-sama gunakan peluang ini untuk jana pendapatan tambahan.

Saya sendiri telah menemui beberapa orang peniagaan atau pemilik perniagaan yang berminat untuk mempelajari ebay seterusnya memasarkan produk-produk mereka ke seluruh Malaysia.

Saya sebagai seorang “Ebay Education Specialist Trained By Ebay” bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka yang tiada pengalaman berniaga di Ebay dan mereka yang berminat boleh menghubungi saya disini

Sesi Personal Training adalah terhad!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Alat Bantuan Mengedit Gambar Produk Ebay

August 19, 2008

Anda boleh menggunakan software grafik untuk mengubahsuai gambar produk anda. Jika produk anda bersaiz terlalu besar, mungkin akan mengambil banyak masa untuk dimuatnaik (upload) semasa membuat senaraian produk.

Jadi, topik ini akan cuba memberi infomasi tambahan, bagaimana anda boleh mengubahsuai gambar-gambar produk.

Ada 4 cara:

1. Jika anda mempunyai kamera digital, sesetengah kamera ini mempunyai fungsi untuk mengubah gambar anda. Jadi anda boleh menggunakan kamera mengubah gambar-gambar yang telah diambil mengikut kesesuaian.

2. Anda juga boleh menggunakan shareware yang mudah didapati di internet secara percuma. Contohnya Irfanview boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Layari http://www.irfanview.com

3. Jika anda mempunyai Adobe Photoshop atau Adobe Photo Duluxe, gambar produk dapat dicantikkan lagi menggunakan software ini. Saya juga menggunakan Adode Photoshop sebagai kaedah mengubahsuai gambar-gambar produk.

4. Atau anda boleh mengubahsuai secara ringkas menggunakan eBay Picture Service yang terdapat di laman web eBay.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »