Lagi Tahniah Untuk Alang!
April 7, 2008
Tahniah! tahniah! Tahniah kepada Alang kerana tersiarnya cerita anda di akhbar Kosmo. Sebenarnya kisah Alang telah beberapa kali disiarkan oleh akhbar tempatan. Mungkin nama Alang tidak sehebat IK (Dr. Irfan Khairi) atau Mawi, tetapi bagi saya dan usahawan internet yang lain, nama Alang bukanlah suatu yang asing bagi kami.
Beliau menjadi inspirasi golongan muda yang lain untuk berkecimpung di internet, mencari peluang-peluang menjana pendapatan internet yang sebenar.
Alang bukan seorang ‘pemain’ skim cepat kaya, pelabur program pelaburan internet, peserta program wang masuk atau wang mengalir dan bukan juga peniaga internet yang mempunyai landloard yang memerlukan RM50,000 satu penyertaan.
Alang menjadikan blog dan internet sebagai medium menjana pendapatan pada kos yang minima, bukannya kos pelaburan yang mencecah RM10,000 atau RM50,000.
Jika anda inginkan pendapatan 4-6 angka sebulan, anda perlulah belajar dengan mereka yang benar-benar mempraktikkannya. Bukanya mendengar janji manis dan puitis semata-mata. Takkan nak gadaikan tanah bendang, kampung halaman sekali lagi?
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentIsu Penggodam Sistem Didedah Akhbar
February 18, 2008

Saya pernah dapat email ini beberapa bulan lalu yang mana kandungan email ini menawarkan saya untuk melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam masa kurang 15 minit.
Tapi maaf,
Saya tidak pernah membuat pinjaman dengan PTPTN, jadi saya tidak perlukan khidmat anda.
Saya tidak pasti sama ada kandungan email tersebut hanyalah mainan semata-mata atau memang ada sindiket penggodam sistem ini.
Kalau ikut cajnya, memang mahal. AS$600 atau RM2,000 bagi setiap akaun yang dihapuskan. Sebelum ini juga, saya pernah melayari laman web kumpulan ini tetapi sejak akhir-akhir ini memang tidak boleh lagi dilawati.
Hari ini, akhbar kosmo mendedahkan modus operandi kumpulan ini disebarkan melalui rangkaian e-mel.
Pada saya, jika anda dah pandai pinjam, pandai-pandailah bayar, jangan ambil jalan mudah untuk membayar sejumlah wang kepada mereka yang melanggar undang-undang semata-mata untuk mencari jalan pintas melunaskan hutang.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content







