Kenduri dan Komisyen Affiliate Program

March 17, 2008

Syukur alhamdulillah. Semalam semuanya berjalan dengan lancar. Oh.. yea untuk pengetahuan anda, semalam pertama kali saya adakan majlis kenduri doa selamat di rumah kami.

Maklumlah sejak mula berpindah penghujung tahun lalu, kami tidak punya kesempatan untuk mengadakan kenduri. Kebetulan pula esok adalah hari ulang tahun saya, jadi isteri saya mencadangkan untuk adakan majlis jamuan makan dan doa selamat.

Walaupun rancangan ini difikirkan last minit dan tanpa usaha bersungguh-sungguh isteri saya, mungkin majlis ini berlangsung ala kadar sahaja.

Terima kasih isteriku! :)

Selesai cerita kenduri dirumah saya. Now, saya ingin berkongsi satu lagi kisah gembira bersama anda. Bermula malam semalam, beberapa program affiliate yang saya sertai di internet telah membuat pembayaran kepada saya dan semalam juga dengan tambahan jualan ebook dan produk eBay, rezeki saya umpama dimurahkan. Kebetulan kenduri pula untuk memohon rezeki dilipatgandakan, dan Allah itu maha kaya. Rezeki dari Allah lagi.

Bermula 26hb, saya pula akan membuat bayaran komisyen kepada agen-agen affiliate kuasalelong.com. Nampaknya semakin ramai yang bakal terima komisyen bulan ini. Berapa jumlahnya?

Biarlah rahsia :D

Yang pasti, ebook kuasalelong mendapat jualan yang tinggi!

Topik akan datang, saya akan berkongsi topik istimewa yang tulis oleh seorang rakan IM mengenai program affiliate. Anda wajar membacanya!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Komisyen Agen KuasaLelong.com Mula DiAgihkan

February 21, 2008

Macam kempen pilihanraya pun ada juga, sekarang ni sibuk dok mengagih-agihkan kepada mereka yang layak mendapat komisyen jualan eBook KuasaLelong.com.

Bermula pagi ini, pembayaran komisyen telah dilakukan kepada mereka yang berjaya menghasilkan jualan. Sila semak email masing-masing ya. Komisyen tertinggi adalah seorang gadis dari Sabah yang memperolehi komisyen bernilai RM480.00. Beliau juga turut menerima hadiah produk fizikal dan wang tunai tambahan (RM100) seperti yang dijanjikan dalam cabaran Affiliate Kuasa Lelong tempoh hari.

Tahniah diucapkan.

P.s: Shahraduan, anda juga telah dibayar walaupun had minima belum mencukupi. Terima kasih kerana menyertai. Teruskan promosi-promosi kalian.

P.P.s: Kepada agen yang telah menghasilkan jualan tetapi masih lagi tidak mengemaskini akaun bank anda, pastikan anda lakukannya.Jika tidak saya tidak dapat membuat pembayaran komisyen. TQ

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content