Analisis PilihanRaya Oleh Blogger

February 28, 2008

Kalau kita menjengah mana-mana blog yang tidak niche, pasti anda akan membaca perkembangan mengenai pilihanraya umum ke 12. Ramai anda blogger mula memberi analisa atau pendapat mereka mengenai pilihanraya kali ini kerana undian kali inilah menentukan harapan masa depan mereka.

Jom kita jengah apakah cerita-cerita pilihanaraya yang terdapat di blog-blog popular.

1. RantingsbyMM (Marina Tun Mahathir)
Beliau menulis topik mengenai calon-calon yang bertanding.

pecahan gender calon pilihanraya

2. Jeff OOi
Jeff Ooi pula sibuk dengan berkempen di Jelutong
kempen jeff ooi

3. Syamsuariff.com
Cerita bagaimana traffik mengenai politik dan kempen pilihanraya membantu blog beliau berada di ranking pertama di search enjin.
ranking search enjin

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Pilih Hanya Pemimpin Yang Bersih Sahaja…

February 25, 2008

Betul ke tajuk topik tu? ermm tak kesah lah…

Ingat lagikah, Perdana Menteri pernah keluarkan kenyataan bahawa calon yang bakal bertanding di pilihanraya umum ke 12 ini akan dipilih beliau, dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ‘tidak tahu’ langsung siapa calon-calon yang bakal bertanding.

Dan PM sendiri kata calon yang layak mestilah bersih. Mungkin PM juga perlu menyemak lebih mendalam latar belakang calon kerana apabila kes seperti DUN Kijang, Wan Ubaidah Omar menang FREE pasti membuka mata ramai pihak, bila mana Calon BN diistiharkan muflis kerana menjadi penjamin seseorang.

Mungkin PakLah dah kira lega kerana BN dah menang 9 kerusi tanpa bertanding, tetapi jangan mudah memandang enteng kerana parti pembangkang juga mempunyai pelbagai kempen yang tidak boleh diduga. Terleka sedikit buruk padahnya.

P.s: Jadi pengundi bijak.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Umpan Yang Lazat Bakal Diberi, Anda Mesti Tunai Janji!

February 14, 2008

Parlimen dah selamat dibubarkan. Mulai hari ini, umpan-umpan lazat bakal diterima oleh semua lapisan. Bermula dari peniaga, pemandu teksi, penoreh getah, peneroka felda, pekerja am rendah kerajaan, anggota polis, jururawat, askar dan tentera hinggalah kepada golongan-golongan yang memerlukan. Seronoklah mereka dapat habuan lumayan ni. Usahawan Internet dan blogger tak dapat apa-apa ke? ;)

Sebagai balasan, anda perlu tunaikan janji anda dan sentiasa kenang kepada budi yang telah orang berikan.

Kita telah melaksanakan apa yang kita janji kepada rakyat, banyak program yang kita mulakan dan kita akan terus memastikan program-program yang dilaksanakan itu akhirnya akan menghasilkan kejayaan yang diharapkan dan memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negara kita. Itu harapan kita.

Rakyat tahu rekod BN selama ini adalah rekod yang baik. Kita telah dapat menjayakan pembangunan negara, menaikkan tarafnya, tahapnya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

Dan itulah harapan kita supaya kita akan terus memberi khidmat yang terbaik untuk menambah nilai kepada sebarang kejayaan yang telah pun kita penuhi selama ini.

Kita ada pengalaman, kita ada kemampuan dan kita boleh menjayakan sebarang rancangan pembangunan yang sedang dijalankan waktu ini.

kata pemimpin nombor satu negara, Paklah.


Cuma yang tak best kelmarin dan semalam, Paklah main-main dengan tarikh pembubaran. Itu yang menjadi percakapan ramai orang, seorang pemimpin Islam Hadhari kenalah berterus-terang. Kejap cakap macam ni, kejap cakap macam tu.. bila baca paper Berita Harian Online semalam, Paklah tak jadi bubar 13hb, tapi bila tengok utusan online, dah pun dibubarkan.. pening sekejap saya. Tak apalah, mungkin Paklah suka bergurau kot. ;) hehe

Apa-apapun, saya tertarik dengan kenyataan Dato’ Haron Din mengenai ciri-ciri pemimpin untuk pilihanraya ke 12. Apapun tepuk dada tanya iman.

P.s: Antara umpanan lazat dengan pemimpin yang baik, mana satu anda pilih? :)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Parlimen Malaysia di Bubar, Selamat Melobi Jadi Wakil Rakyat!

February 13, 2008

Seperti yang dicanangkan, 13hb adalah hari bersejarah negara apabila PakLah mengumumkan pembubaran parlimen ada tengahari tadi. Dijangkakan pada 1hb Mac nanti har pengundian bakal dijalankan. Bagi yang tidak tahu atau yang tak ambil tahu pasal politik, parti Barisan Nasional telah pun menjangka dengan lebih awal bahawa hari ini adalah tarikh pembubaran. So, tidak ada sebarang suspen pun.

“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata beliau tidak gentar atau berasa terkejut dengan pembubaran parlimen hari ini malah bersedia untuk mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan.

Dato Seri Anwar Ibrahim pula berkata, parti Keadilan bakal berkempen sekuat-kuatnya walaupun parlimen diumumkan awal sebulan sebelum beliau layak bertanding pada pilihanraya umum kelak.

Nampaknya peti undi kat Pulau Pinang mesti meriah pasal Jeff Oii (blogger) bakal bertanding atas tiket DAP. Apa-apapun, korang yang layak mengundi dah fikir-fikir ke parti apa yang korang nak pangkah?

Opsss.. Khairi Jamaluddin ada can ke jadi wakil rakyat kali ini? Ada siapa boleh teka?

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content