Kepada Blogger: Semua Ini Bakal Jadi Sejarah!

April 4, 2008


Gambar kredit kepada contentchallenge.info

Jika anda anggap ini adalah berita baik, sila baca info ini. :)

Blog, blogger, blogging. Sejak akhir-akhirnya media massa atau elektronik begitu banyak mengupas kisah-kisah penulisan blog. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, kita akan tengok bloggers akan berdebat di Parlimen.

Nama seperti Jeff Ooi, Nurul Izzah, Tian Chua, Lim Kit Siang dan blogger lain akan mengupas isu-isu semasa dan RTM bercadang untuk membuat siaran lansung sidang parlimen bermula pada 30 April ini selama setengah jam setiap hari.

Waktu siaran dijangkakan pada 10 hingga 10.30 pagi. Menteri Penerangan, Ahmad Shabrey juga memaklumkan RTM akan menjemput beberapa orang blogger untuk menjadi panel dalam sesetengah talkshow mengenai isu-isu semasa.

Ha… tak lama lagi blogger akan dianggap sebagai satu ‘pekerjaan’. Bila makcik Kiah kat kampung tanya,

“Kau keja apa Mat?”

Jadi, anda bolehlah jawab, “Saya kerja blogger!”

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Kutip Sumbangan Menggunakan Blog.

March 19, 2008

Jika di Barat, mengutip sumbangan dalam bentuk kewangan menggunakan blog bukanlah satu perkara yang baru. Tetapi jika kita lihat di Malaysia, ianya adalah satu perkara yang baru dan ianya bukanlah satu perkara mudah.

Pernahkah anda melihat blogger-blogger di Malaysia meminta sumbangan seperti bantuan banjir, membantu fakir miskin, membantu ibu tunggal dan sebagainya?

Bagi mereka yang tidak popular, mungkin sedikit sukar untuk mengumpul sumbangan untuk tujuan ini. Baru-baru ini semasa Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, ahli-ahli politik pernah menggunakan blog untuk mendapatkan dana-dana kempen mereka. Lihat sahaja Jeff Ooi dan Cekgu Bard, mereka ini berjaya mengumpul dana melebihi angka RM10,000 dalam masa beberapa minggu sahaja.

Apa yang mereka lakukan disini ialah mereka berusaha memberikan maklumat-maklumat dan berita menarik kepada pembaca mereka dan setiap maklumat tersebut disokong oleh pembaca-pembaca ini.

Saya juga pernah menerima sumbangan dari beberapa orang pembaca blog ini tetapi bukanlah untuk tujuan seperti diatas. Kebanyakkan sumbangan yang saya terima adalah kerana mereka berpendapat maklumat-maklumat yang saya kongsikan disini membantu mereka mendapatkan lebih pengetahuan.

Dan sumbangan yang saya dapat pun adalah sekitar USD0.10 hingga USD3.00. Macam kat link bawah ni.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Parlimen Malaysia di Bubar, Selamat Melobi Jadi Wakil Rakyat!

February 13, 2008

Seperti yang dicanangkan, 13hb adalah hari bersejarah negara apabila PakLah mengumumkan pembubaran parlimen ada tengahari tadi. Dijangkakan pada 1hb Mac nanti har pengundian bakal dijalankan. Bagi yang tidak tahu atau yang tak ambil tahu pasal politik, parti Barisan Nasional telah pun menjangka dengan lebih awal bahawa hari ini adalah tarikh pembubaran. So, tidak ada sebarang suspen pun.

“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata beliau tidak gentar atau berasa terkejut dengan pembubaran parlimen hari ini malah bersedia untuk mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan.

Dato Seri Anwar Ibrahim pula berkata, parti Keadilan bakal berkempen sekuat-kuatnya walaupun parlimen diumumkan awal sebulan sebelum beliau layak bertanding pada pilihanraya umum kelak.

Nampaknya peti undi kat Pulau Pinang mesti meriah pasal Jeff Oii (blogger) bakal bertanding atas tiket DAP. Apa-apapun, korang yang layak mengundi dah fikir-fikir ke parti apa yang korang nak pangkah?

Opsss.. Khairi Jamaluddin ada can ke jadi wakil rakyat kali ini? Ada siapa boleh teka?

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content