Akan Datang: FormulaEbook.com

April 16, 2008


1. Infomasi mengenai mencari idea menulis

2 Infomasi menggunakan perisian menghasilkan dokumen PDF.

3. Infomasi menghasilkan kulit Ebook

4. Infomasi menghasilkan surat jualan

5. Infomasi pengiklanan berkesan

6. Infomasi mereka yang menghasilkan beribu-ribu ringgit dengan Ebook

7. Infomasi… infomasi… infomasi…

Akan Datang!!!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Ebook Tidak Boleh Di Jual di Laman Ebay Malaysia

April 15, 2008

 

Berikut adalah notis terkini dari Ebay Malaysia

***Digitally Delivered Goods to be banned on eBay.com.my***

April 09, 2008 | 09:31AM a MYT

eBay has decided to ban digitally delivered goods listed on eBay.com.my due to the high risk they pose in undermining eBay’s Feedback System.

Digitally delivered goods are often reproduced at little to no cost to the seller. On eBay, this creates the potential for feedback manipulation (both real and perceived). To preserve the integrity of the Feedback System, all goods that can be digitally downloaded or transferred electronically will be banned on eBay.com.sg, effective from April 16th.

More details of the policy can be found here.

Regards,
The eBay Team

So, selepas 16hb April ini sebarang jualan produk download seperti Ebook tidak lagi dibenarkan. Kira di’haram’kan lah.

Ini bermakna, semua laman web Ebay tidak membenarkan penjual ebook lagi. Kan banyak lagi produk fizikal, boleh untung juga! :)

Dapatkan panduan menjual produk fizikal anda seperti baju, beg, handphonekamera, stem, minyak wangi, gelang, sulaman tangan, lukisan, produk kecantikan, produk kesihatan, barangan bayi, produk wanita, koleksi hiasan di laman eBay hanya di web kuasalelong.com

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Bidaan Tertinggi Untuk Produk Resell Rights

March 27, 2008

Sebelum polisi baru untuk produk Digital Download diubah ramai pembida dari Thailand masuk ke pasaran untuk membida, diatas adalah bidaan yang tertinggi pernah dicapai satu produk Ebook Resell Rights. Selepas 1hb April ini, kita lihat bagaimana penjual-penjual ebook di eBay merancang strategi baru, dan lihat sejauh mana keberkesanan polisi baru bagi produk digital ini membantu para penjual eBook di sana!.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Mencari Pembekal Untuk Menjual Produk di eBay

March 11, 2008

Kepada pembeli-pembeli ebook kuasalelong.com terutama dari Indonesia, Singapura, Ireland, USA, Australia, Jepun dan dimana juga anda berada, terima kasih diucapkan.

Semoga ilmu yang dikongsi dapat dipraktikkan dan seterusnya menghasilkan pendapatan kepada anda.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi, infomasi mengenai cara-cara untuk mendapatkan pembekal-pembekal produk yang anda inginkan. Difahamkan, ramai pembeli-pembeli ebook kuasalelong adalah mereka yang baru memahirkan diri dalam perniagaan internet.

Dengan ini, saya akan berkongsi dengan anda antara sumber-sumber bekalan/stok yang mungkin anda boleh peroleh bersesuaian dengan pilihan anda.

1. Jika anda mempunyai kelapangan, sila pergi ke kedai yang menjual barangan/produk yang ingin anda jual dan tanya kepada pemilik kedai tersebut mengenai pembekal mereka. Jika pemilik, bertanya dengan anda, beritahu mereka yang anda berminat mencari pembekal untuk jualan di internet/eBay. Jika kena caranya, pemilik kedai pasti akan memberi tahu anda dimana mereka mendapatkan bekalan-bekalan stok mereka.

2. Untuk memudahkan anda, apakata anda membuat carian di internet untuk syarikat-syarikat yang membekal di dalam negara anda. Jika anda tinggal di Ireland, sebaiknya buat carian di dalam negara anda dahulu.

3. Jika tidak menjumpai apa yang anda inginkan, besarkan skop carian anda dengan mencari pembekal-pembekal di luar negara. Sekarang pelabur-pelabur sudah mula menumpukan perhatian di China. Jika dahulu, kita beranggapan produk dari China adalah produk low class, sekarang sudah ada syarikat-syarikat besar membuka kilang-kilang membekal produk-produk berkualiti dan berjenama di sana.

4. Terdapat beberapa web pembekal yang boleh anda layari untuk mendapatkan lebih infomasi. Antaranya ialah:

www.MKenterprise.com
www.Alibaba.com

Dan banyak lagi..

Rajin-rajinlah membuat carian. Jika hari anda baik, anda dapat berjumpa dengan pembekal yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Jangan takut untuk hubungi mereka. Tanya mereka dengan lebih lanjut berkenaan bekalan produk, harga dan segalanya.

Harap ianya dapat membantu anda.

p.s: Bagi mereka yang berada di luar negara dan ingin mendapatkan ebook Kuasa Lelong, anda boleh mendapatkannya dengan cara membuat pembayaran melalui paypal. Sila rujuk arahan ini untuk dapatkannya!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Idea Bisnes Digital Yang Hebat!

February 16, 2008

Jika anda seorang niewbie yang baru mengetahui mengenai peluang perniagaan internet berasas produk digital, ini peluang anda..

Macam nih kisahnya, semua ini secara tida-tiba jer terjadi kat seorang kawan saya nih.

Suatu hari, saya tidak ingat masa tu hari tengah hujan ke atau tak, kawan saya nih telah berpeluang berjumpa dengan seorang jutawan Internet Malaysia. Korang tau aje lah kan, bila dah dapat jumpa Jutawan Internet ini, macam-macamlah benda yang nak ditanyanya.

Tapi siapa sangka, satu soalan yang tak mungkin kawan saya nih lupakan adalah seperti berikut:

“Kalau anda perlu bermula semula perniagaan internet ini daripada awal, bagaimana anda akan melakukannya?”

Beliau berkata, “Saya akan fokus kepada pasaran tempatan dahulu!”

Anda tahu apa yang terjadi? Umpama terkaku dan tidak percaya seorang jutawan internet bakal mengungkapkan kata-kata seperti itu. Ohhh.. manakan tidak, jutawan internet ini berjaya melakukan pemasaran internet di pasaran antarabangsa, bersaing dengan pemasar ternama lain dan berjaya menghasilkan jualan jutaan dollar, kemudian dengan selamba beliau pesan kepada kawan saya nih supaya bermula dari ‘belakang rumah’ dia dahulu.

Kawan saya kata, dia tak puas hati dan rasa seperti ditipu…

Sambil kerut dahi, garu kepala dia bertanya sendirian;

“Kenapa pasaran tempatan?”

Kalau anda, anda juga mesti cakap benda yang samakan? Kenapa pula pasaran tempatan? Boleh kaya ke?

Macam nih,

Kalau anda nak tahu, pasaran antarabangsa ini bukanlah semudah yang anda sangkakan. Sebelum anda nak jadi seorang yang master, kenalah mula dari yang dekat-dekat dulu. Kenapa tak cuba pasaran tempatan kan?

Benar, inilah yang terjadi apabila kawan saya ini mula membina sebuah laman web jualan (ala yang macam web kuasalelong.com tu ) dan mula menjual sebuah ebook setebal…. tebal jugalah. Dan ianya dijual dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Apa yang mengejutkan dia, beliau berjaya memperolehi pendapatan RM4,131 (kira lebih dari USD $1,137) hanya ambil masa 10 hari sahaja malah ebooknya masih laris bak goreng pisang panas sehingga ke hari ini.

Anda pasti ingin tersenyum seperti kawan saya ni bukan?

Jika anda mahu, anda perlu tahu bagaimana sahabat saya Zamri Nanyan bercerita mengenai pengalaman hebatnya menghasilkan jualan dan berpendapatan lebih dari 4 angka sebulan….

http://www1.bisnesdigital.com/index.php?ref=offer

Inilah sebuah pengalaman berharga buat Zamri Nanyan dan sekarang anda bernasib baik kerana anda bakal membongkar rahsia yang Zamri Nanyan simpan selama ini.

Saya telahpun membaca ebook “Rahsia Perniagaan Digital” ini dan boleh saya katakan yang ianya merupakan salah satu ebook tempatan terbaik yang saya baca pada tahun ini.

Untuk mengetahui kandungan ebook ini dengan lebih lanjut, sila lawati http://www1.bisnesdigital.com/index.php?ref=offer

ps. Ebook “Rahsia Perniagaan Digital” adalah berdasarkan sebuah pengalaman berharga daripada seorang internet marketer tempatan. Jadi, anda tahu yang ianya berkualiti dan mampu diaplikasikan oleh orang kita.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

« Muka Sebelumnya