Caj/Fee Minima Untuk Format dan Lelongan di Ebay Malaysia

April 17, 2008

Di laman eBay Malaysia, anda tidak akan dikenakan sebarang caj seperti Insertion Fees atau Final Value Fees.

Berbanding, jika anda melakukan senaraian di laman Ebay seperti Ebay Australia, Ebay US atau UK, anda mungkin akan dikenakan caj/fee minima. Dan jika barang anda dijual, anda akan dikenakan caj “Final Value Fee“.

Jadi, jumlah kos produk anda termasukkan dengan Insertion Fee, Final Value Fee dan tambahan jika anda memilih option-option senaraian yang lain.

Berikut adalah caj minima yang dikenakan kepada anda di laman Ebay Malaysia:

Auction or Fixed Price (Buy It Now): Free

Auctions with a Buy It Now price: RM 0.10

Sebagai pilihan tambahan, terdapat juga caj-caj lain untuk membantu anda menghasilkan jualan. Tetapi ada boleh memilih samaada ingin pilihan itu atau tidak.

Ps: Saya akan ke seminar http://www.jomseminar.com pada Mei 2008 nanti sebagai peserta. Jadi, jika anda ingin bertemu dengan usahawan-usahawan internet yang lain, bolehlah guna kesempatan ini dengan mendaftar sebagai peserta di JomSeminar.com

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Istimewa Untuk Penjual Baru! Dapat Galeri Percuma!

March 21, 2008

Ini berita baik untuk penjual-penjual eBay yang baru terutama pembeli ebook kuasalelong.com

Bermula dari 4 March 2008, kepada mereka yang belum pernah lagi menjual produk di eBay, atau pernah membuat senaraian produk tidak lebih dari 3 item sebelum ini, anda layak untuk menggunakan ruangan Galeri Gambar secara percuma apabila anda membuat senaraian produk baru di eBay Malaysia!

Bagi anda yang tidak mengetahui, gambar yang menarik mampu memberi seribu erti kepada pembeli-pembeli. Dari pada gambar anda mampu memberikan ‘berahi’ kepada bakal pembeli anda untuk membuat bidaan atau pembelian.

Jadi kenapa tidak anda menggunakan peluang ini dengan meletakkan gambar-gambar menarik sewaktu membuat senaraian produk terbaru anda!

Sila ambil perhatian!!!

Tawaran ini hanya dibuka kepada penduduk Malaysia sahaja (penjual warganegara Malaysia). Jika anda adalah warganegara Singapura, anda akan dikenakan yuran (fee) seperti kebiasaannya. Jadi, jangan pula terkeliru dengan tawaran ini!

Maklumat lanjut, layari laman ini!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content