ClickBank: Permohonan Tukar Alamat Diluluskan.

April 29, 2008

Hello,The payee name and address in your ClickBank account have been changed at your request. Please be aware that this is the name and address to which checks will now be issued. Please log in to your account to confirm that it is correct.

Best Regards,
Larissa
ClickBank Customer Service

3 hari lepas saya ada buat request untuk tukar alamat (alamat USA ke Malaysia) dan nampaknya permohonan saya di approved. Lepas ini, boleh la dapat cek komisyen terus ke alamat Malaysia.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

ClickBank Terima Pendaftaran Akaun Dari Malaysia?

April 26, 2008

 
Kredit kepada internetmillionaires.com.my

Mungkin info ini sedikit lewat. Baru-baru ini saya cuba membuka akaun di clickbank menggunakan alamat luar negara dan ianya diluluskan.

Kemudian saya terbaca perbincangan di ruangan forum komuniti usahawan internet Malaysia di wangcyber.com menyatakan clickbank kini menerima mana-mana akaun yang didaftarkan menggunakan alamat Malaysia.

Saya belum lagi mendapat apa-apa pengesahan yang betul kerana masih terdapat beberapa orang usahawan berasa ragu dengan keadaan ini.

Jika anda ada maklumat-maklumat lain yang menyokong ‘penerimaan’ ini, sila kongsikan di ruangan komen.

P.s: Clickbank juga telah mewujudkan blog untuk memudahkan pelanggan berinteraksi terus dengan pihak clickbank.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Khidmat Penerimaan Bayaran Kad Kredit Yang Biasa Digunakan…

April 14, 2008

Apakah khidmat penerimaan bayaran kad kredit yang biasa digunakan oleh usahawan di internet?

Jika ditanya kepada usahawan-usahawan di internet, mereka pasti akan mensyorkan kepada anda beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit berikut:

* 2Checkout.com - Jika anda menggunakan servis ini, anda hanya perlu membayar yuran USD$49 sekali sahaja. Tak perlu modal beribu-ribu ringgit. Mengguna servis ini, anda boleh menjual produk atau barangan fizikal atau digital menggunakan servis ini. Malah servis ini turut menyediakan sistem affiliate sendiri. Walaubagaimana pun, jika anda membuat jualan menggunakan servis ini, caj yang dikenakan kepada anda adalah rendah iaitu 5.5% + 0.45USD sahaja.

* Satu lagi servis yang biasa digunakan oleh usahawan internet seperti Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan ialah ClickBank.com. Servis ini juga mengenakan caj sebanyak USD$49.95 untuk sekali sahaja. Sama seperti 2checkout.com, servis ini juga ada menyediakan affiliate untuk anda menjana pendapatan sampingan. Caj pula hanya dikenakan sebanyak 7.5% + $1 USD sahaja bagi setiap jualan yang dilakukan.

*Servis yang paling ramai digunakan oleh usahawan internet ialah PayPal.com. Ia menjadi pilihan kerana servis ini tidak mengenakan sebarang caj untuk membuka akaun sebaliknya hanya mengenakan fee yang amat rendah jika ingin verified akaun. Malah rakyat Malaysia sudah boleh mengeluarkan wang dari akaun paypal terus ke kad debit Visa.

* Dan terakhir, anda boleh guna servis dari syarikat tempatan iaitu di Netbuilder. maklumat lengkap rujuk sini

Jika anda mempunyai perniagaan di internet, mungkin anda boleh pertimbangkan servis-servis di atas untuk digunapakai.

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content