Cek Telah Mula Dihantar Ke Rumah
May 3, 2008

Sebentar tadi sebelum saya nak tutup laptop, saya terima email dari Nuffnang mengatakan bahawa cek pembayaran untuk akaun saya telah mula dihantar dan kemungkinan hari Isnin cek mula masuk ke peti surat rumah saya. Nampaknya bulan lepas pendapatan sampingan saya di internet berterusan. Semestinya saya telah terima hasilnya.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentCek Dari Nuffnang
March 14, 2008

Dah lama saya tak update pasal perkembangan ads network tempatan dan hari ini saya akan berkongsi dengan cek yang saya terima dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Mungkin tidak banyak jika dibandingkan dengan pendapatan internet saya yang lain, setidak-tidaknya cek ini dapat membuktikan kepada anda, dengan meletakkan iklan dari ads network tempatan di blog, ianya dapat memberi anda sedikit atau lebih pendapatan sampingan.
Jadi kepada blogger ‘newbies’ yang lain, sila ambil motivasi ini untuk membuka minda dan mata kalian dengan hanya berblog, banyak peluang yang boleh kita peroleh dengan mencari sumber dan peluang menjana pendapatan sampingan di internet.
Anda perlu sedar kuasa blog hari ini mempunyai kuasanya tersendiri sehinggakan blog menjadi debat ahli politik mengenai peranan dan pengaruh blog. Blog sudah mula menjadi trend rakyat Malaysia mendapatkan infomasi. Jika anda masih lagi tidak mempunyai blog, syor saya hari ini, mulakan langkah awal anda dengan bina blog anda sendiri.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content







