Kepada Blogger: Semua Ini Bakal Jadi Sejarah!

April 4, 2008


Gambar kredit kepada contentchallenge.info

Jika anda anggap ini adalah berita baik, sila baca info ini. :)

Blog, blogger, blogging. Sejak akhir-akhirnya media massa atau elektronik begitu banyak mengupas kisah-kisah penulisan blog. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, kita akan tengok bloggers akan berdebat di Parlimen.

Nama seperti Jeff Ooi, Nurul Izzah, Tian Chua, Lim Kit Siang dan blogger lain akan mengupas isu-isu semasa dan RTM bercadang untuk membuat siaran lansung sidang parlimen bermula pada 30 April ini selama setengah jam setiap hari.

Waktu siaran dijangkakan pada 10 hingga 10.30 pagi. Menteri Penerangan, Ahmad Shabrey juga memaklumkan RTM akan menjemput beberapa orang blogger untuk menjadi panel dalam sesetengah talkshow mengenai isu-isu semasa.

Ha… tak lama lagi blogger akan dianggap sebagai satu ‘pekerjaan’. Bila makcik Kiah kat kampung tanya,

“Kau keja apa Mat?”

Jadi, anda bolehlah jawab, “Saya kerja blogger!”

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Sasaran 10,000 pelawat sehari di blog anda dalam masa setahun

February 28, 2008

Kempen Jom Target 10,000 atau lebih pelawat setiap hari ke blog dalam masa 1 tahun!

Orang lain sibuk kempen nak pilihanraya, saya pula nak ajak anda berkempen untuk menarik traffik ke blog masing-masing. ;)

Saya tahu, kalian (penulis blog) pasti mengimpikan untuk mendapatkan beribu-ribu pelawat melawat blog kalian setiap hari.

Apabila saya mula membina blog pada pertengahan tahun 2006, saya mula mengimpikan pelawat memasuki laman blog saya setidak-tidaknya 300 orang sehari dan sehingga hari ini purata seramai 11,612 orang pelawat unik sebulan dan 9,671 merupakan pelawat baru. Terima kasih kepada 1,941 orang pelawat setia blog ini yang sentiasa melawat, membaca dan mengikuti perjalanan blog ini setiap hari.

Mungkin pelawat blog saya tidak sehebat pelawat di blog Sabahan.com, LiewCf.com atau PaulTan.org. Ini kerana saya tidak menulis blog dalam bahasa Inggeris dan mungkin itu salah satu sebab saya tidak mendapat berpuluh ribu pelawat setiap hari.

Walau apapun, saya ingin berkongsi dengan mereka yang baru bermula menulis blog dan sedang mencari apakah kaedah terbaik untuk menarik pelawat ke blog. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil kira:

1. Isi kandungan, isi kandungan dan isi kandungan.
Ya, dalam dunia berblog atau blogging ini, isi kandungan adalah raja bagi segalanya. Yang paling penting bagaimana anda menghidang isi kandungan ini kepada pelawat/pembaca anda untuk mereka merasai keenakkannya.

2. Masukkan atau update kandungan baru dalam blog anda setiap hari.
Jika anda lihat blog-blog terkenal/famous ini, mereka akan memastikan mengandungi isikandungan yang fresh setiap hari atau purata 3 post setiap hari.

3. Ambil perkara ini serius!
Anda tahu, ramai blogger famous seperti Sabahan atau LiewCF merupakan full time bloggers, tetapi anda jangan pula tidak tahu mereka telah mendapat ganjaran yang lebih baik apabila mereka melakukan secara full timer. Saya juga akan mengambil langkah yang serius sedikit waktu lagi. :D

4. Menjadi teraju kepada niche anda.
Tidak ramai yang berjaya mengekalkan sesuatu topik atau niche dalam penulisan blog mereka sehingga gagal menarik pelawat menjadi pengikut setia. Ini kerana kebanyakan blogger hanya menceritakan topik-topik yang tidak spesifik termasuklah blog ini dan mungkin sebab itu kenapa, blog saya tidak sehebat blog LiewCF atau PaulTan. Dalam fikiran saya sekarang ingin sahaja tulis topik yang banyak mengenai bisnes di eBay. ya,ya,ya saya akan banyakkan menulis mengenai eBay. :D

5. Membina kekuatan melalui jaringan dan hubungan
Kita perlu bijak mengurus dan mengumpul hubungan-hubungan baru semasa berblog. Bagaimana hendak membina kekuatan ini adalah dengan menulis sesuatu yang berkualiti sehingga menarik perhatian blogger lain untuk menghubungkan isikandungan anda kepada mereka. Kira macam backlink la.

P.s: Saya akan mesti melakukan pelaburan lagi untuk menarik perhatian pelawat ke blog saya. ya!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content