Memahami Maksud Perniagaan Internet

June 20, 2008

Nota: Topik ini ditulis oleh seorang usahawan internet.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sangat-sangat baik. Tahukah anda bahawa saya sering mendapat emel yang bertanyakan bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet. Mereka ini sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu bagaimana ingin memulakanya. Pelbagai soalan bermain difikiran mereka…

Adakah anda salah seorang daripadanya?

Jika ya, maka saya akan cuba membantu anda. Jika anda sudah memiliki perniagaan Internet anggaplah emel pada kali ini dan beberapa emel selepas ini adalah sebagai ulangkaji kepada anda.

Baiklah kita mulakan dengan persoalan… Apakah itu perniagaan Internet?

Saya cuba ringkaskan seperti dibawah:

PERNIAGAAN - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan untung.

PERNIAGAAN INTERNET - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan untung menerusi Internet.

Sangat mudah bukan?

Kemudian anda pasti bertanya “Kenapa Aku Perlu Menceburi Perniagaan Internet?”

Baiklah saya cuba terangkan secara ringkas beberapa kelebihan perniagaan Internet:

- Anda memiliki bakal pelanggan yang sangat ramai. Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 ialah seramai 1,018,057,389 orang!

- Modal permulaan yang agak rendah berbanding mana-mana perniagaan lain. Oh, anda tidak perlukan modal berjuta-juta untuk memulakan perniagaan Internet.

- Tiada sempadan untuk berniaga. Saya sendiri pernah menjual kain batik ke Jepun!

- Kos pemasaran ada yang percuma.

- Mudah untuk dijalankan secara automatik.

- Kos pekerja dan operasi yang amat rendah. Oh, anda tidak perlukan sampai beratus-ratus staff semata-mata untuk memiliki sebuah perniagaan Internet yang memberikan anda keuntungan ribuan ringgit sebulan.

- Risiko rendah. Modal yang rendah, kos pemasaran yang rendah dan semuanya rendah kecuali untungnya jer tinggi maka secara tidak langsung risiko anda untuk gagal juga rendah. Anda tidak akan rugi beratus-ratus ribu ringgit walaupun anda gagal dalam perniagaan Internet. Jadi jangalah jadi pengecut untuk memulakan perniagaan Internet!

dan banyak lagi!

Baiklah ayuh kita masuki komponen-komponen perniagaan Internet.

Terdapat 4 komponen utama dalam perniagaan Internet dimana jika anda tidak miliki keempat-empat komponen tersebut maka anda tidak akan dapat memulukan perniagaan Internet.

1) Produk/ Perkhidmatan
2) Laman Web
3) Sistem Bayaran
4) Pemasaran

Anda perlu pelajari empat komponen di atas sebelum anda dapat memulakan perniagaan Internet anda sendiri. Oh, anda ingin mengetahui empat komponen di atas dengan lebih lanjut? Tunggu emel saya yang akan datang…

Oh ada soalan tentang pelajaran kita pada hari ini? Anda hanya perlu reply emel ini dengan soalan anda tentang topik pada kali ini.

================
Tawaran terkini
================

Anda kini tidak perlu takut lagi untuk memiliki blog sendiri. Walaupun anda sudah lanjut usia anda tidak perlu gusar untuk memiliki blog sendiri. Ataupun anda masih seorang pelajar anda tetap memerlukan sebuah blog untuk berkongsi pendapat anda dengan pengguna Internet lain. Sambil-sambil berkongsi idea anda sebenarnya boleh membuat wang melalui blog.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Blogger dan Lukisan

June 3, 2008

 

Semasa kecil dulu, saya mempunyai minat melukis. Saya suka melukis wajah karektor orang dan kehidupan alam.

Dulu, meja sekolah mesti kena conteng dengan pensil. Sampaikan satu meja penuh macam-macam gambar. Rasa ‘bangga’ pula meja yang elok bersih tu ada ‘tatu’ lukisan hasil contengan saya. Memang vandalisme sungguh! :p

Itu dulu, bila dah meningkat remaja, tabiat melukis menjadi semakin perlahan sehinggalah hari ini saya rasa kekok untuk melukis. Walau apapun, jika masa terluang, saya memang suka melihat hasil karya lukisan orang lain. Kalau nampak pelukis jalanan sedang melukis, pasti saya akan berhenti seketika untuk melihat skillnya.

Sejak berblog, ada juga beberapa orang pelukis yang saya lihat menggunakan blog sebagai medium menunjukkan hasil karya mereka kepada umum.

Ada beberapa laman blog pelukis yang boleh anda lihat. Saya senaraikan 3 laman blog pelukis yang pernah saya lawati.

1. Ujang
2. WanWma
3. Ubi

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Tarik Traffik Ebay Menggunakan Blog!

June 2, 2008

Kebanyakkan blog adalah mesra SEO. Cara paling praktikal untuk mengindexkan laman produk anda adalah dengan menulis blog.

Teknik terbaru yang digunakan penjual-penjual produk di laman web Ebay ialah dengan membuat backlink ke laman-laman produk mereka diantara blog Ebay dengan blog/laman web jualan.

Kebanyakkan penjual akan menulis topik-topik apa sahaja, tidak kira samada ianya berkaitan dengan Ebay atau tidak, yang penting mereka dapat menarik perhatian pembaca. Jika anda menulis topik-topik yang menarik, ini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui siapa anda sebenarnya.

Di Ebay, anda telah mempunyai ID sendiri. Apabila mereka meng’klik pada ID anda, secara tak langsung mereka telah melihat maklumat-maklumat urus niaga anda di laman web jualan.

Saya tidak akan dedahkan disini. Tetapi jika anda ingin tahu, anda boleh masuk ke laman forum private yang saya sediakan. Bagaimana nak masuk ke sana?

Jawapan: Dapatkan ebook kuasalelong hari ini, dan terima pelbagai teknik dan rahsia yang tidak dibongkarkan di dalam ebook tersebut melalui perbincangan dan diskusi private forum yang disediakan.

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Kepada Blogger: Semua Ini Bakal Jadi Sejarah!

April 4, 2008


Gambar kredit kepada contentchallenge.info

Jika anda anggap ini adalah berita baik, sila baca info ini. :)

Blog, blogger, blogging. Sejak akhir-akhirnya media massa atau elektronik begitu banyak mengupas kisah-kisah penulisan blog. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, kita akan tengok bloggers akan berdebat di Parlimen.

Nama seperti Jeff Ooi, Nurul Izzah, Tian Chua, Lim Kit Siang dan blogger lain akan mengupas isu-isu semasa dan RTM bercadang untuk membuat siaran lansung sidang parlimen bermula pada 30 April ini selama setengah jam setiap hari.

Waktu siaran dijangkakan pada 10 hingga 10.30 pagi. Menteri Penerangan, Ahmad Shabrey juga memaklumkan RTM akan menjemput beberapa orang blogger untuk menjadi panel dalam sesetengah talkshow mengenai isu-isu semasa.

Ha… tak lama lagi blogger akan dianggap sebagai satu ‘pekerjaan’. Bila makcik Kiah kat kampung tanya,

“Kau keja apa Mat?”

Jadi, anda bolehlah jawab, “Saya kerja blogger!”

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Sasaran 10,000 pelawat sehari di blog anda dalam masa setahun

February 28, 2008

Kempen Jom Target 10,000 atau lebih pelawat setiap hari ke blog dalam masa 1 tahun!

Orang lain sibuk kempen nak pilihanraya, saya pula nak ajak anda berkempen untuk menarik traffik ke blog masing-masing. ;)

Saya tahu, kalian (penulis blog) pasti mengimpikan untuk mendapatkan beribu-ribu pelawat melawat blog kalian setiap hari.

Apabila saya mula membina blog pada pertengahan tahun 2006, saya mula mengimpikan pelawat memasuki laman blog saya setidak-tidaknya 300 orang sehari dan sehingga hari ini purata seramai 11,612 orang pelawat unik sebulan dan 9,671 merupakan pelawat baru. Terima kasih kepada 1,941 orang pelawat setia blog ini yang sentiasa melawat, membaca dan mengikuti perjalanan blog ini setiap hari.

Mungkin pelawat blog saya tidak sehebat pelawat di blog Sabahan.com, LiewCf.com atau PaulTan.org. Ini kerana saya tidak menulis blog dalam bahasa Inggeris dan mungkin itu salah satu sebab saya tidak mendapat berpuluh ribu pelawat setiap hari.

Walau apapun, saya ingin berkongsi dengan mereka yang baru bermula menulis blog dan sedang mencari apakah kaedah terbaik untuk menarik pelawat ke blog. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil kira:

1. Isi kandungan, isi kandungan dan isi kandungan.
Ya, dalam dunia berblog atau blogging ini, isi kandungan adalah raja bagi segalanya. Yang paling penting bagaimana anda menghidang isi kandungan ini kepada pelawat/pembaca anda untuk mereka merasai keenakkannya.

2. Masukkan atau update kandungan baru dalam blog anda setiap hari.
Jika anda lihat blog-blog terkenal/famous ini, mereka akan memastikan mengandungi isikandungan yang fresh setiap hari atau purata 3 post setiap hari.

3. Ambil perkara ini serius!
Anda tahu, ramai blogger famous seperti Sabahan atau LiewCF merupakan full time bloggers, tetapi anda jangan pula tidak tahu mereka telah mendapat ganjaran yang lebih baik apabila mereka melakukan secara full timer. Saya juga akan mengambil langkah yang serius sedikit waktu lagi. :D

4. Menjadi teraju kepada niche anda.
Tidak ramai yang berjaya mengekalkan sesuatu topik atau niche dalam penulisan blog mereka sehingga gagal menarik pelawat menjadi pengikut setia. Ini kerana kebanyakan blogger hanya menceritakan topik-topik yang tidak spesifik termasuklah blog ini dan mungkin sebab itu kenapa, blog saya tidak sehebat blog LiewCF atau PaulTan. Dalam fikiran saya sekarang ingin sahaja tulis topik yang banyak mengenai bisnes di eBay. ya,ya,ya saya akan banyakkan menulis mengenai eBay. :D

5. Membina kekuatan melalui jaringan dan hubungan
Kita perlu bijak mengurus dan mengumpul hubungan-hubungan baru semasa berblog. Bagaimana hendak membina kekuatan ini adalah dengan menulis sesuatu yang berkualiti sehingga menarik perhatian blogger lain untuk menghubungkan isikandungan anda kepada mereka. Kira macam backlink la.

P.s: Saya akan mesti melakukan pelaburan lagi untuk menarik perhatian pelawat ke blog saya. ya!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content