My Latest Earning From Nuffnang

May 1, 2008

Gambar diatas adalah pendapatan terkini hasil meletakkan kod iklan dari Nuffnang.com.my

Baru minggu lepas saya keluarkan pendapatan “atas angin” saya, Nuffnang beri lagi komisyen sebanyak RM53.11. Pendapatan di atas adalah kurang dari 1 minggu.

Mungkin bagi saya ianya tidak banyak mana, setidak-tidaknya saya ingin tunjukkan kepada anda (terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam ber’blog) bahawa dengan hanya mewujudkan blog anda boleh menghasilkan sen pertama anda dalam banyak cara.

Apa yang saya perolehi ini juga bukanlah satu perkara yang mudah. Ia melibatkan traffik yang besar. Tanpa traffik yang tinggi ke laman blog anda, semua ini sukar membantu.

Tugas anda ialah sentiasa kemaskini blog, promosikan blog anda (banyak cara juga), bawa traffik ke laman blog anda. Blog anda tidak semesti memerlukan komentar yang ramai, cukuplah jika mereka melawat dan menjenguk laman blog.

Apa pun, anda boleh pelajari dengan rakan blogger lain bagaimana mereka meraih traffik yang tinggi seterusnya menghasilkan pendapatan sampingan kepada mereka.

Contoh laman web bertraffik tinggi ialah:

Vangardx.net
Sabahan.com
Hongkiat.com
LiewCF.com
Syokkahwin.com/blog
MohdIsmail.net

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Seorang Lagi Speaker JomSeminar Berkongsi Ilmu…

April 21, 2008

Makin bestlah anda sebab dah semakin ramai mereka yang menjana pendapatan internet secara underground (belakang tabir) mula mendedahkan antara lubuk buat duit mereka kepada umum.

Tapi yang ini tidak lah umum sebab, rakyat Malaysia tidak boleh sangat-sangat diberi ’subsidi’, disuap dengan benda-benda percuma.

Nak semua benda percuma, tak nak bayar, semua nak FREE

Kalau anda hargai ilmu, kenalah dapatkan ilmu itu macam mana sekali pun.

Baru-baru ini, Alang (pemilik SZABnetwork) telah mengeluarkan satu ‘report’ bagaimana beliau menghasilkan pendapatan diinternet sejak beberapa tahun lalu tanpa perlu mendapat publisiti meluas.

Dan untuk peringatan, report ini hanya diedarkan kepada 100 orang sahaja. Jika ada apa-apa, emel sahajalah kat Alang ok.

Saya dah dapat satu salinan! :D

P.s: Alang juga merupakan salah seorang speaker di JomSeminar nanti!

.

.

.

.

.

.

. Selanjutnya

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Kepada Blogger: Semua Ini Bakal Jadi Sejarah!

April 4, 2008


Gambar kredit kepada contentchallenge.info

Jika anda anggap ini adalah berita baik, sila baca info ini. :)

Blog, blogger, blogging. Sejak akhir-akhirnya media massa atau elektronik begitu banyak mengupas kisah-kisah penulisan blog. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, kita akan tengok bloggers akan berdebat di Parlimen.

Nama seperti Jeff Ooi, Nurul Izzah, Tian Chua, Lim Kit Siang dan blogger lain akan mengupas isu-isu semasa dan RTM bercadang untuk membuat siaran lansung sidang parlimen bermula pada 30 April ini selama setengah jam setiap hari.

Waktu siaran dijangkakan pada 10 hingga 10.30 pagi. Menteri Penerangan, Ahmad Shabrey juga memaklumkan RTM akan menjemput beberapa orang blogger untuk menjadi panel dalam sesetengah talkshow mengenai isu-isu semasa.

Ha… tak lama lagi blogger akan dianggap sebagai satu ‘pekerjaan’. Bila makcik Kiah kat kampung tanya,

“Kau keja apa Mat?”

Jadi, anda bolehlah jawab, “Saya kerja blogger!”

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Sasaran 10,000 pelawat sehari di blog anda dalam masa setahun

February 28, 2008

Kempen Jom Target 10,000 atau lebih pelawat setiap hari ke blog dalam masa 1 tahun!

Orang lain sibuk kempen nak pilihanraya, saya pula nak ajak anda berkempen untuk menarik traffik ke blog masing-masing. ;)

Saya tahu, kalian (penulis blog) pasti mengimpikan untuk mendapatkan beribu-ribu pelawat melawat blog kalian setiap hari.

Apabila saya mula membina blog pada pertengahan tahun 2006, saya mula mengimpikan pelawat memasuki laman blog saya setidak-tidaknya 300 orang sehari dan sehingga hari ini purata seramai 11,612 orang pelawat unik sebulan dan 9,671 merupakan pelawat baru. Terima kasih kepada 1,941 orang pelawat setia blog ini yang sentiasa melawat, membaca dan mengikuti perjalanan blog ini setiap hari.

Mungkin pelawat blog saya tidak sehebat pelawat di blog Sabahan.com, LiewCf.com atau PaulTan.org. Ini kerana saya tidak menulis blog dalam bahasa Inggeris dan mungkin itu salah satu sebab saya tidak mendapat berpuluh ribu pelawat setiap hari.

Walau apapun, saya ingin berkongsi dengan mereka yang baru bermula menulis blog dan sedang mencari apakah kaedah terbaik untuk menarik pelawat ke blog. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil kira:

1. Isi kandungan, isi kandungan dan isi kandungan.
Ya, dalam dunia berblog atau blogging ini, isi kandungan adalah raja bagi segalanya. Yang paling penting bagaimana anda menghidang isi kandungan ini kepada pelawat/pembaca anda untuk mereka merasai keenakkannya.

2. Masukkan atau update kandungan baru dalam blog anda setiap hari.
Jika anda lihat blog-blog terkenal/famous ini, mereka akan memastikan mengandungi isikandungan yang fresh setiap hari atau purata 3 post setiap hari.

3. Ambil perkara ini serius!
Anda tahu, ramai blogger famous seperti Sabahan atau LiewCF merupakan full time bloggers, tetapi anda jangan pula tidak tahu mereka telah mendapat ganjaran yang lebih baik apabila mereka melakukan secara full timer. Saya juga akan mengambil langkah yang serius sedikit waktu lagi. :D

4. Menjadi teraju kepada niche anda.
Tidak ramai yang berjaya mengekalkan sesuatu topik atau niche dalam penulisan blog mereka sehingga gagal menarik pelawat menjadi pengikut setia. Ini kerana kebanyakan blogger hanya menceritakan topik-topik yang tidak spesifik termasuklah blog ini dan mungkin sebab itu kenapa, blog saya tidak sehebat blog LiewCF atau PaulTan. Dalam fikiran saya sekarang ingin sahaja tulis topik yang banyak mengenai bisnes di eBay. ya,ya,ya saya akan banyakkan menulis mengenai eBay. :D

5. Membina kekuatan melalui jaringan dan hubungan
Kita perlu bijak mengurus dan mengumpul hubungan-hubungan baru semasa berblog. Bagaimana hendak membina kekuatan ini adalah dengan menulis sesuatu yang berkualiti sehingga menarik perhatian blogger lain untuk menghubungkan isikandungan anda kepada mereka. Kira macam backlink la.

P.s: Saya akan mesti melakukan pelaburan lagi untuk menarik perhatian pelawat ke blog saya. ya!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Gunakan Widget MyBlogLog yang baru!

February 21, 2008


MyBlogLog telah pun membuat ‘upgrade’ widget mereka. Sekarang jika anda menggunakan widget dari MyBlogLog ini, anda tidak dapat mengubah banyak perkara. Hanya perlu copy dan paste sahaja dan tempelkan di lama blog anda.

Saya cuba juga nak tukar warna-warna widget ini, sebaliknya ia tidak bertindak balas dengan apa yang saya inginkan. Jadi gunakan sahaja yang anda!

Cuba anda klik pada gambar rakan-rakan pembaca ini, satu lagi maklumat tambahan akan dipaparkan kepada anda. Menarik. Dan apakata anda jadi rakan MyBlogLog dengan cara sertai komuniti blog ini di http://www.mybloglog.com/buzz/community/signup

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

« Muka Sebelumnya