My Latest Earning From Nuffnang

May 1, 2008

Gambar diatas adalah pendapatan terkini hasil meletakkan kod iklan dari Nuffnang.com.my

Baru minggu lepas saya keluarkan pendapatan “atas angin” saya, Nuffnang beri lagi komisyen sebanyak RM53.11. Pendapatan di atas adalah kurang dari 1 minggu.

Mungkin bagi saya ianya tidak banyak mana, setidak-tidaknya saya ingin tunjukkan kepada anda (terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam ber’blog) bahawa dengan hanya mewujudkan blog anda boleh menghasilkan sen pertama anda dalam banyak cara.

Apa yang saya perolehi ini juga bukanlah satu perkara yang mudah. Ia melibatkan traffik yang besar. Tanpa traffik yang tinggi ke laman blog anda, semua ini sukar membantu.

Tugas anda ialah sentiasa kemaskini blog, promosikan blog anda (banyak cara juga), bawa traffik ke laman blog anda. Blog anda tidak semesti memerlukan komentar yang ramai, cukuplah jika mereka melawat dan menjenguk laman blog.

Apa pun, anda boleh pelajari dengan rakan blogger lain bagaimana mereka meraih traffik yang tinggi seterusnya menghasilkan pendapatan sampingan kepada mereka.

Contoh laman web bertraffik tinggi ialah:

Vangardx.net
Sabahan.com
Hongkiat.com
LiewCF.com
Syokkahwin.com/blog
MohdIsmail.net

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Cek Dari Nuffnang

March 14, 2008

Dah lama saya tak update pasal perkembangan ads network tempatan dan hari ini saya akan berkongsi dengan cek yang saya terima dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Mungkin tidak banyak jika dibandingkan dengan pendapatan internet saya yang lain, setidak-tidaknya cek ini dapat membuktikan kepada anda, dengan meletakkan iklan dari ads network tempatan di blog, ianya dapat memberi anda sedikit atau lebih pendapatan sampingan.

Jadi kepada blogger ‘newbies’ yang lain, sila ambil motivasi ini untuk membuka minda dan mata kalian dengan hanya berblog, banyak peluang yang boleh kita peroleh dengan mencari sumber dan peluang menjana pendapatan sampingan di internet.

Anda perlu sedar kuasa blog hari ini mempunyai kuasanya tersendiri sehinggakan blog menjadi debat ahli politik mengenai peranan dan pengaruh blog. Blog sudah mula menjadi trend rakyat Malaysia mendapatkan infomasi. Jika anda masih lagi tidak mempunyai blog, syor saya hari ini, mulakan langkah awal anda dengan bina blog anda sendiri.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content