Siapa Saya?

*Dikemaskini pada 31/05/2008*
- - - - - - - - - - - - - - - - -
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana melayari Noorizam Shah (dot) Com dan menjadikan blog ini sebagai rujukan untuk memantapkan ilmu keusahawan internet dan blogger.
Alhamdulillah, sejak blog ini diwujudkan lebih 2 tahun lalu, blog ini mula diterima ramai dan kini telahpun mempunyai pembaca-pembaca setia yang sudi berkongsi pandangan dan pendapat.
Kepada anda yang baru sahaja menjejakkan tetikus anda disini, selamat datang diucapkan!
Siapa saya?
Nama saya Noorizam Shah. Internet adalah “dunia ke-2″ sejak saya mengenalinya pada tahun 1998. Waktu itu, saya tidak tahu langsung bagaimana mencari peluang menjana pendapatan di internet.
Yang saya tahu hanya, berseronok semata-mata. Saya mula ada perasaan untuk memiliki pendapatan yang pertama di internet ialah pada tahun 2005.
Waktu itu, saya hanya mengenali beberapa orang nama sahaja. Antara yang terawal ialah Irfan Khairi (masa tu belum guna title Dr.), Mohd Suhaimy (Shuth) dan Team SaifulSham.
Antara mereka berempat (team Saifulsham ini 2 orang), saya sudah berjumpa dengan Shuth sahaja. Insya-Allah, jika ada peluang pasti akan bersua juga dengan mereka yang berjaya ni.

*Dari kiri: Fuad Latip, Shuth, Noorizam, Alang (SZAB), Gobala
Berbalik kepada kisah siapa saya,
Saya sekarang adalah seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di KLIA dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Pembelian. Selepas habis kerja waktu pejabat, saya akan menumpukan perhatian kepada aktiviti internet saya. Dengan melihat kejayaan ramai orang di internet, ialah telah memberi satu perasaan lain dimana semangat saya berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan internet.
![]()
Memikirkan saat itu, saya mula tercari-cari apakah perniagaan yang boleh saya jalankan di internet. Akhirnya wujudlah perniagaan internet pertama saya iaitu Pelamin.net. Walaubagaimana pun, disaat awal perniagaan, saya mengambil masa hampir 1 tahun untuk mendapatkan pendapatan yang pertama.
Anda bayangkan bagaimana lamanya proses menunggu hasil tersebut. Tidak ada jalan mudah untuk jadi berjaya. Dengan promosi yang berterusan, nama Pelamin.net semakin lama semakin dikenali sehinggakan kami pernah dijemput memberi khidmat untuk majlis perkahwinan beberapa orang artis dan personaliti tanahair.
Kami juga berkesempatan untuk menjadi ‘orang sokongan’ untuk Drama Natasha 2, dimana watak utama cerita ini ialah Fasha Sandha. Terharu rasanya apabila penghargaan diberikan oleh krew penerbitan drama.
Di Pelamin.net, kami menyedikan perkhidmatan pemasangan pelamin dan pakej perkahwinan serta khidmat jurugambar. Bagi anda yang berminat, sila layari laman web kami di www.pelamin.net
Adakah saya hanya memberi servis perkhidmatan ini sahaja? Apakah sumber pendapatan lain saya di internet?
Di internet juga, saya memperolehi pendapatan sampingan dengan menyertai program-program affiliate berasaskan produk digital dan infomasi. Dengan memiliki pengetahuan asas mengenai pemasaran produk di internet (walaupun saya bukan dari golongan graduan IT), saya berjaya menghasilkan beberapa jualan. Dengan cara ini, saya dapat memantapkan ilmu pemasaran online dengan berkesan.

Saya juga pernah menghasilkan beberapa buah ebook edisi terhad samada percuma atau berbayar dan salah satu produk digital terbaru adalah ebook berkisarkan panduan menghasilkan pendapatan di laman lelong eBay
Sejak bila saya menyertai eBay?
Saya mula memiliki akaun eBay sejak tahun 2006 dan ketika itu saya beranggapan menjual di eBay hanya menuntut tuntutan naluri untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Tidak secara serius sebenarnya. Hanya sekadar suka-suka.
Dalam waktu 3 tahun ini, saya banyak didedahkan dengan pelbagai program atau bentuk perniagaan seperti program Multilevel Marketing, Program HYIP, Program Pelaburan, Program Force Matrix dan pelbagai program yang menghujani kotak emel saya setiap hari.
Saya juga pernah melalui kesilapan atau kerugian ketika dulu. Tetapi syukur, angka itu tidaklah sebesar dan seberat mana pun, kerana semua ini telah mempercepatkan saya sedar dari lamunan bahawa peluang-peluang yang memberikan kita keuntungan dengan cara tidak betul biasanya menjanjikan kesusahan kepada saya.
Nasib saya baik, kerana dengan mencari dan memahami erti perniagaan internet dan program internet, saya dapat membezakan program mana yang wajar dilakukan dan sebaliknya.
Jadi,
Saya sekali lagi memilih eBay sebagai platform untuk menambah pendapatan sebenar saya. Bagaimana?
Dengan mempelajari ilmu-ilmu perniagaan di eBay, mengambil masa belajar dari untung dan rugi, akhirnya saya dapat merasai bagaimana nikmatnya produk kita terjual. Syok wooo..
Saya mempunyai matlamat dalam masa 5 tahun akan dapat, saya mesti bebas kewangan (sebelum berumur 35 tahun) dan waktu itu, saya sudah mula bebas menggunakan waktu-waktu saya untuk tujuan mendidik rakyat Malaysia mengenai peluang menceburkan diri dalam perniagaan internet yang sebenar (bukan join skim cepat kaya!)
Saya melihat jerih perit saya waktu lalu berbaloi dengan menikmati hasil yang saya usahakan ketika ini. Saya tahu, anda diluar sana pasti ternanti-nantikan peluang perniagaan bagaimanakah yang boleh anda sertai.
Cuba anda lihat di eBay, samada produk fizikal atau digital, anda boleh menjualnya.
Tetapi bagaimana?
Anda kenalah tahu panduannya. Sama seperti orang buta, jika dia tidak tahu jalan pasti dia akan teraba-raba. Jangan pula kita cuba pandai-pandai, silap haribulan terjatuh dalam lubang.
Mahirkan panduan asas demi asas, ketahui langkah demi langkah, barulah anda boleh menjadi orang yang berjaya. Tanpa usaha yang gigih, anda pasti tidak akan kemana-mana.
Seperti Ebook Panduan Menjana $$$$ di Ebay, pembaca bakal mendapat manfaat dan panduan yang amat berguna bagaimana anda boleh membeli dan menjual di eBay dengan selamat.
Seronoknya perniagaan ini anda akan rasai keseronokan, bermula dari menyenaraikan produk anda sehinggalah produk anda terjual.
Saya mempunyai beberapa orang pembeli ebook yang terdiri dari suri rumah sepenuh masa, dan golongan veteran yang berjaya menghasilkan pendapatan. Jika mereka boleh kenapa tidak anda sebagai seorang pelajar, tidak bekerja (menganggur) dan ahli perniagaan yang mempunyai lot kedai berjaya seperti mereka?
Inilah namanya usaha, sabar dan sentiasa bermotivasi. Fokus yang konsisten telah menghasilkan mereka pendapatan yang lumayan hanya menjual dari rumah.
Nasihat saya, jika anda benar-benar inginkan kejayaan seperti ini dan memang bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan internet yang sebenar, kenalilah dunia eBay dan rasai pengalaman ini sebelum anda kembangkan kepada perniagaan yang lain!
Terbaru saya bakal melancarkan produk digital saya ialah Rahsia dan Formula menghasilkan pendapatan beribu ringgit di internet hanya menjual Ebook. Saya akan berkongsi pengalaman dan memberikan anda bukti dan contoh bagaimana saya dan usahawan internet lain menjana pendapatan lumayan ini pada kos yang minima.

Untuk produk terbaru ini, anda boleh layari laman web http://formulaebook.com
Lepas ini, jika anda terjumpa saya diluar, tegur-tegurlah..
Jika anda suka dengan gaya penulisan saya ini.. dijemput untuk SUBSCRIBE BLOG NOORIZAM SHAH DOT COM dan jadilah orang terawal mengetahui info-info terkini terus dari email anda! Selamat membaca!
Popularity: 5% [?]







