About

*Dikemaskini pada 09/05/2010*
- – - – - – - – - – - – - – - – -
Noorizam Shah berasal dari Negeri Sembilan dan kini menetap di Selangor.
Beliau merupakan usahawan internet dan telah berkecimpung dalam perniagaan ini sejak tahun 2005. Beliau berbangga memiliki syarikat sendiri iaitu NS Theory Business yang ditubuhkan pada tahun 2008.
Mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang usahawan internet berjaya dan kini beliau berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia, menjadi salah seorang Education Specialist Trained by eBay dan mempunyai “certified” untuk membimbing rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan di laman web eBay.

Sehingga JAN 2010 lebih dari 500 peserta telah mengikuti sesi seminar eBay yang dianjurkan oleh syarikat NS Theory Business dan hasilnya ramai dari kalangan peserta lalu yang mendapat bimbingan dari Noorizam Shah telah berjaya menjual produk mereka di laman web lelongan terkemuka dunia itu.
Selain itu, Noorizam Shah merupakan penulis blog (kini separuh masa, memandangkan jadual hariannya semakin padat) dan blog NoorizamShah.com juga telah banyak membantu beliau menjana pendapatan di internet antaranya hasil pendapatan beliau dari blog ialah pengiklanan berbayar, program affiliate, ulasan produk, khidmat membina blog, banner, kulit ebook dan khidmat nasihat perniagaan internet.
Pada tahun 2010 juga, Noorizam Shah telah dilantik sebagai Penasihat Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bagi Fakulti Teknologi Dan Sains Informasi (2010 hingga 2013).

Antara tugasan beliau sebagai penasihat akademik ialah:
1. Memberi nasihat dan cadangan penambahbaikan kepada Jabatan atau program berkaitan
2. Memberi pandangan dan cadangan kepada jabatan untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran
3. Menjadi ketua bagi aktiviti pencerapan jabatan menilai tahap pengajaran dan kualiti pengajian yang disampaikan.
4. Menyemak dan memberi saranan dan idea kepada kukirulum dan silibus yang ditawarkan agar mengikut keperluan semasa.
Beliau juga sering dijemput oleh IPTS dan NGO untuk memberi ceramah kerjaya dan seminar perniagaan sebagai berkongsi ilmu pengetahuan bersama masyarakat di luar sana yang tercari-cari peluang membina pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa.
Cabaran paling besar ialah menjadi fasilitator untuk seminar eBay terbesar di MATRADE, Kuala Lumpur pada 09hb 09, 2009 dimana peserta yang hadir terdiri dari ahli korporat, CEO, pengarah, pegawai pemasaran dan ahli professional dengan kehadiran mencecah hampir 200 orang.

Walaupun Noorizam Shah merupakan tenaga pengajar (speaker perniagaan), beliau sendiri mempunyai akaun di eBay dan sehingga kini banyak produk telah berjaya dijual ke seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Canada, Rusia, China, Jepun, Korea Selatan, Brunei, Australia, Indonesia, Thailand, Iceland, Greenland, Sepanyol, Itali, Perancis dan banyak lagi negara-negara.
Di eBay, potensi pelanggan itu tidak terbatas sehinggakan anda tidak boleh mengelak untuk berurus niaga dengan pelanggan dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Malaysia.
Selain menjalankan urusan perniagaan di eBay, Noorizam Shah pernah menulis dan menerbitkan pelbagai ebook termasuk topik eBay, pengiklanan berbayar, motivasi dan pemasaran internet. Ianya ada yang dijual dan ada yang diberikan percuma.


eBook bertajuk “Panduan Memulakan Bisnes eBay” berjaya terjual sebanyak 3000 unit sejak ia berada dipasaran pada tahun 2007. (Kini penjualannya ditamatkan untuk proses kemaskini).
Pada tahun 2009 sekali lagi, Noorizam Shah telah bekerjasama dengan pihak eBay Singapura, mengadakan eBay On Ramp Workshop di MATRADE, Kuala Lumpur dan ianya telah mendapat sambutan yang sungguh positif dan berjaya.

Beliau juga telah beberapa kali ditemuramah oleh usahawan-usahawan internet tempatan dan penulis buku dan kisah-kisah kejayaan Noorizam Shah boleh dilihat dalam tajuk-tajuk buku bisnes dan juga majalah elektronik seperti MajalahIM.com

Untuk mendapatkan khidmat saudara Noorizam Shah bagi tujuan seminar, talk, ceramah kerjaya sila hubungi 012-9127100 atau hantar maklumat lanjut ke link ini.



















































