Video Klip - Hujan - Pagi Yang Gelap
February 29, 2008
Ramai juga yang nak tahu macam mana wajah vokalis kumpulan band muzik iaitu Hujan. Ini masa saya pergi program Youth Malaysia di PWTC bulan lalu. Ok, now tatapkan dan dengari lagu dendangan kumpulan Hujan, Pagi Yang Gelap versi unplugged.
Popularity: 41% [?]
Sphere: Related ContentVideo Klip Pilihan: Di Palang Ini
February 28, 2008
Berikut adalah Lagu Tema Album Nasyid Puitis ‘Di Palang Ini’ terbitan La Khauf Production
Popularity: 37% [?]
Sphere: Related ContentKalimah Allah Muhammad di Awan Larat
February 21, 2008
Kalian pernah lihat ini di depan mata anda? Saya pernah melalui episod menakjubkan seperti dalam klip video ini. Saksikan kalimah Allah dan Muhammad dengan klik butang play!
Subhanallah! Alhamdulillah! Laila Hailallah! Allahuakbar!
Popularity: 18% [?]
Sphere: Related ContentMisi Memusnahkan Perodua Kelisa…
February 15, 2008
Hari ini tak ada topik nak tulis, dah lama tak tayang klip, saya nak jemput anda tonton klip video dari Youtube ini bagaimana tahap ketahanan kereta buatan Malaysia.
Saksikan…
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentAksi Kungfu Dung di Sekolah Menengah
February 11, 2008
Ops.. ini bukan sebarang aksi dalam tayangan filem Hong Kong, tapi yang ini aksi menarik dari pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah di Terengganu. Mungkin video ini sudah lama atau basi, tetapi video yang saya lihat di blog WanWmaBlog ini menarik perhatian saya untuk komen.
Macam Suhaimi Baba (pengarah drama Anak Pontianak) kata, bunyinya lebih kurang macam nih
zaman sekarang zaman canggih, kamera pun sudah jadi kamera
.
Jadi berhati-hatilah. Setiap aksi nakal anda bakal dirakam oleh sesiapa sahaja. Janganlah buang masa anda dengan bertelagah, bergaduh, tarik rambut, tunjuk punggung dan yang lain pula hanya melihat aksi-aksi nakal ini.
Macam lagu kumpul Aboi
Buat apa gaduh-gaduh, Malaysia ni kecik aje!
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentAlahai - Sayalah Orangnya Dalam Pita *Ek*s Tu!
January 1, 2008
Aduhai pembaca sekelian, baru je bermula tahun 2008, dah ada kisah panas untuk ditulis. Tetapi kisah ini mungkin sedikit memalukan kerana kisah ini memang diluar jangka.
Kisah aksi hebat golongan VVIP beraksi ranjang, kemudian dirakam dan videonya diedar secara sulit! Penghujung tahun lalu ada juga dengar khabar angin bahawa satu pita rakaman aksi lucah atau rancang seorang pemimpin tertinggi dalam parti politik Malaysia bakal didedahkan, tetapi lain pula ceritanya kerana individu yang dimaksudkan itu diluar tekaan orang ramai.
Saya pula tak sangka dalam media massa hari ini mendedahkan nama Chua Soi Lek adalah individu yang beraksi seks sepertimana yang dihebohkan beberapa minggu lalu.
Dan pengakuan itu juga diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan tersebut dalam sidang media yang diadakan. Ohhh.. apalah nasib, bila dah kantoi. Yang pasti reputasi sebagai seorang pemimpin pasti akan tercalar. Mana tidaknya, rakyat inginkan seorang pemimpin yang bersih dari segala skandal dan rasuah.
Mungkin ini jerat permainan politik. Mungkin juga ini adalah padah kepada mereka yang suka guna pakai pepatah “pandai makan, pandai simpan”. Orang lain pula guna pepatah “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.
Video: LembahKlang.com dan Malaysiakini.com
Pandangan peribadi saya, jika pemimpin seperti ini tidak menunjukkan contoh yang baik, buat apa lagi kita sokong? Noktah!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content








