Pendedahan Mutakhir - Saksi Utama Sumpah Saiful

August 26, 2008

Apa yang anda tonton ini ialah, pengakuan saksi utama semasa majlis sumpah ‘laknat’ Saiful di masjid Wilayah Persekutuan 2 minggu lalu. Imam masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dikatakan telah membuat pendedahan mengejutkan ini, malah dikatakan bersama-sama memohon ampun kepada rakyat Malaysia di hadapan tok guru Nik Aziz Nik Mat di dalam masjid di Permatang Pauh. Wallahualam.

P.s: Beberapa jam lagi, pengundi di Permatang Pauh bakal membuang undi. Selamat mengundi!

Antara rujukan: HarakahDaily.net

AnwarIbrahimBlog

Wrlr

Mstar

Popularity: 20% [?]

Sphere: Related Content

Tragedi Berdarah “Buka Jalan” Grand Saga!

June 4, 2008


Semua orang tidak mahukan keganasan. Saya juga begitu. Pagi tadi seorang kawan telah tunjukkan sedutan video klip dari YouTube, bagaimana seorang lelaki berbangsa Cina teruk dibelasah sepasukan anggota polis FRU di Cheras.

Kes ini dikaitkan dengan isu “Buka Jalan” oleh Grand Saga dan penduduk tempatan. Saya pun tak sangka pihak polis bertindak sedemikian. Dah banyak kali saya tengok polis berkelakuan sebegini ke atas orang awam. Jika mereka salah sekali pun, janganlah sampai belasah hingga cedera parah.

Cerita kontroversi Grand Saga ini tidak didedahkan secara meluas oleh media kerana ia melibatkan kerajaan persekutuan. Pihak berkuasa seharusnya bertindak bijak dan waras bila cuba menyelesaikan kes-kes sebegini.

Sekarang satu dunia dah lihat. Ambil lah pengajaran dan ikhtibar. Takkan suara rakyat nak kena sekat? Kata negara demokrasi?

Sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan, saya bersimpati dengan remaja yang kena belasah ni.

P.s: Saya tentang keganasan kemanusiaan!

Popularity: 29% [?]

Sphere: Related Content

The Secret Riches Visualization Tool

May 20, 2008

Video ini telah dikongsi sifu CPA saya.. mungkin video dari Youtube ini juga dapat memberi anda motivasi dan semangat untuk berbisnes di internet! Jom motivasi!

Popularity: 29% [?]

Sphere: Related Content

Stadium Melawati, Shah Alam telah ditawan

April 1, 2008

Malam semalam, saya ke Stadium Melawati dengan satu tujuan. Saya ingin melihat dengan mata saya sendiri benarkah sambutan yang diberikan rakyat kepada kerajaan baru Selangor ini luar biasa?

Program malam itu, bukanlah untuk hiburan tetapi bersama-sama berdiri dalam satu saf, rukuk dan sujud menghadap Allah memohon doa dan bermunajat.

Selepas solat Maghrib, saya hantar isteri ke rumah kakak ipar dan terus shoot ke Stadium Melawati, Shah Alam. Tiba di depan pusat membeli belah TESCO, Shah Alam, jalanraya sudah mula sesak dengan kenderaan menghala ke stadium.

Suasana ini dirasai seperti malam menonton konsert akhir Akademi Fantasia atau menonton perlawanan bolasepak.

munajat

Saya hadir berseorangan, demi merasai apakah benar mereka datang dibayar atau diberi makanan seperti program-program yang biasa saya pergi dimana kerajaan negeri milik BN dahulu.

Maaf kata, malam tadi saya lihat dengan mata saya sendiri, rakyat menolak permintaan penganjur untuk diberi kerusi duduk sebaliknya memilih duduk di atas lantai stadium (tempat duduk disekeliling telah penuh). Jangan rasa kagum sedikit pabila orang ramai memberi wang sumbangan kepada badan amal untuk membiayai kos penganjuran himpunan ini (tidak berlaku dalam kerajaan).

Walaupun pengacara mengumumkan tidak akan mengutip sumbangan, tetapi orang ramai masih juga keluarkan duit masing-masing untuk diberikan kepada pasukan amal.

Kekuatan jemaah amat jelas disini. Saya berterima kasih kepada mereka, walaupun kita berlainan parti, mereka masih lagi menerima kehadiran saya untuk menjadi pemerhati.

Secara keseluruhannya, perhimpunan besar-besaran yang pertama kali dianjurkan kerajaan baru ini telah memberi beberapa mesej kepada saya;

1. Stadium Melawati tidak pernah menerima jemaah yang sebegitu ramai sehingga penuh pelusuk stadium dengan orang ramai rukuk dan sujud di dalamnya.

2. Kekuatan dan perpaduan umat islam digambarkan di dalam perhimpunan ini.

3. Perhimpuan sebesar ini, tidak pula mencetuskan rusuhan seperti yang dilemparkan pihak yang satu lagi.

4. Macam mana aman dan meriahnya karnival TV3, JomHeboh, Akademi Fantasia, Malaysian Idol begitulah yang dirasai pada malam tadi.

5. Pembangkang Selangor selepas ini kena kerja keras untuk dapatkan semula Negeri Selangor (dari apa yang diperhatikan, sokongan rakyat yang luar biasa).

Popularity: 31% [?]

Sphere: Related Content

Video Klip - Hujan - Pagi Yang Gelap

February 29, 2008

Ramai juga yang nak tahu macam mana wajah vokalis kumpulan band muzik iaitu Hujan. Ini masa saya pergi program Youth Malaysia di PWTC bulan lalu. Ok, now tatapkan dan dengari lagu dendangan kumpulan Hujan, Pagi Yang Gelap versi unplugged.

Popularity: 32% [?]

Sphere: Related Content

Video Klip Pilihan: Di Palang Ini

February 28, 2008

Berikut adalah Lagu Tema Album Nasyid Puitis ‘Di Palang Ini’ terbitan La Khauf Production

Popularity: 31% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »