Sorokkan Iklan dalam Yahoo! Mail
October 9, 2007
Ada sesiapa yang dah cuba Versi Beta Terbaru dari Yahoo! mail?
Kepada pencinta Yahoo ada sesuatu yang ingin saya beritahu. Walaupun mail anda telah dinaiktaraf, anda tidak boleh lari lagi dengan iklan-iklan yang muncul di dalam web mail anda. Sama kisahnya Geocities dulunya, saya boleh ‘hide’ kesemua iklan yang dipaparkan tetapi kini anda tidak boleh lari dari menatap iklan-iklan ini. Sebab itu saya tidak lagi gemar membina website percuma di Geocities.

Bagi anda yang sudah punya email Yahoo versi Beta, sama juga kisahnya. dikiri kanan ada saja iklan banner sehingga ada yang komplen dan membuat perbandingan antara Gmail dengan Yahoo! Mail. Mungkin ada yang sedikit rimas jika mereka melihat banner terlalu banyak kot.
Jika anda buka Gmail, paling tidak pun iklan teks yang dipaparkan. Baru-baru ini saya melawat blog NirmalTV mengenai kaedah turn off iklan banner ini. Bagaimana untuk memadamkan banner skyscraper dan menjadikan email anda lebih bersih.
Anda dikehendaki klik pada butang arah dipenjuru atas iklan dan iklan akan hilang pada particular window.
Tetapi ini sebenarnya adalah jalan penyelesaian sementara sahaja kerana iklan anda muncul semula bila anda klik pada email lain atau membuka tetingkap baru seperti kotak inbox atau draft.
Jadi, jika anda inginkan lebih privasi, anda perlulah dapatkan Yahoo! mail Plus Account. Nampaknya anda perlu keluarkan sedikit wang lagi untuk dapatkan kehidupan yang aman. hoho
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentAmbil 7 Kaedah ini untuk tambah Interaktiviti Blog anda!
August 12, 2007

Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca blog dan semua komentator blog Noorizam Shah dot com. Sejak pertengahan bulan lalu, banyak perubahan yang berlaku disini. Selain menukar themes, semakin hari bilangan pelawat terus meningkat dan bertambah. Mungkin penangan RM50 tu kot? Rangking di alexa terus melonjak dengan ketara sekali.
Selepas saya membuka ruangan top komentator disini, saya telah perolehi beberapa orang komentator aktif. Terima kasih diucapkan kepada mereka ini;
- reezluv (30)
- abdfatah (26)
- Ali (37)@Starceleb.tv (8)
- titan (6)
- Zul (4)
- Mardiana (4)
- Amir (3)
- shah (3)
- Maizul (3)
- alongovtx (2)
Saya tahu, anda sebagai newbie mungkin ternanti-nanti apakah lagi kaedah yang boleh digunapakai untuk menarik traffik ke blog. Pada pendapat saya, anda sebagai blogger boleh menggunakan kaedah berkomunikasi dengan pembaca secara interaktif melalui pelbagai aktiviti menarik. Jika blog anda mengenai motivasi pembangunan diri, seharusnya anda mengambil inisiatif ini dengan kerap berkomunikasi dengan pembaca anda. Selanjutnya
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana ingin meletakkan link anda di Top 10 Enjin Pencari…
July 27, 2007

SEO is the process in which your Website undergoes redevelopment to properly and best communicate your keywords to search engines. In order for your Website to rank highly among major search engines, you must understand how they become ranked. Search engines rank Websites based on two major factors: Unique content with pertinent keywords in the body, and link popularity - the number of quality incoming links your Website has. Other important algorithms that determine your ranking with search engines are the architecture of the site, visibility of your content, underlying code and how natural your site appears to the engines.
= = = = = = = = = = = = = = = = = =
Bagaimana anda boleh meletakkan links anda di senarai top rank di search engine/enjin pencari? Bagi menjadikan website anda sentiasa berada di dalam enjin-enjin carian utama seperti google dan yahoo, anda perlu memahami bagaimana enjin-enjin pencari ini meletakkan kedudukan website anda.
Saya mula belajar bagaimana untuk meletakkan web di top 10 carian enjin selepas membaca sebuah ebook percuma dari mohdsufian 2 tahun lalu. Dari pengalaman yang saya lalui sepanjang 2 tahun ini, ada dua faktor utama yang memboleh atau membenarkan website atau links saya berada dalam ranking enjin carian. Kandungan unik dengan kata kunci tepat dalam website dan link-link yang popular boleh membantu website anda berada dalam kedudukan ranking yang baik.
Salah satu tempat pembelajaran anda bagaimana untuk men”SEO”kan website anda adalah di laman web http://www.seochat.com/seo-tools/
Sebagai contoh adalah menggunakan memilih keyword.
| “Keywords are words and phrases that web surfers put into search engines when they are looking for websites that cover particular topics or sell certain products. Optimizing your website so that it turns up near the top of the search engine results pages (SERPs) for keywords can help build your business, but only if you choose the right ones. The articles in this section help you choose keywords that searchers are actually using.” |
Mula-mula sekali, brainstrom seberapa banyak keyword untuk website anda. Kemudian anda guna online tool seperti link di atas untuk membantu anda untuk memilih keyword mana yang ingin digunakan. Apakah faktor-faktor yang boleh mengaitkan anda untuk menggunakan keyword tersebut. Dan selepas anda memilih faktor tersebut, bagaimana pula anda boleh menggunakannya di dalam website atau blog.
Sebelum saya terus kepada perkara yang dibincangkan, mari saya ingatkan anda dengan post terdadulu mengenai memilih atau membuat kajian keyword dari website atau blog anda. Anda sudah tahu bahawa keyword adalah amat penting kerana pelawat anda menggunakan keyword-keyword ini untuk digunakan di dalam enjin pencari. Mereka akan menggunakan keyword ini untuk mencari maklumat-maklumat yang mereka inginkan.
Sebagai contoh saya menggunakan keyword “nahas nuri” baru-baru ini, ianya telah membantu link blog saya berada dalam senarai top ten enjin carian internet popular untuk beberapa minggu (Anda boleh semak keyword tersebut) sehingga melonjakkan ranking saya dalam Alexa dengan begitu pantas sekali. Jika anda memilih keyword yang tepat, links anda akan dipaparkan di tempat yang paling atas sekali dalam search engine results pages (SERPs), jika tidak anda tidak berpeluang untuk mendapat traffik yang baik kerana links anda duduk di pages di tengah-tengah atau belakang.
Seterusnya, saya ingin ingatkan 4 langkah yang perlu dalam memilih keyword yang bagus untuk website dan blog anda.
1. Kumpulkan idea-idea untuk keyword/katakunci
2. Buat semakan mengenai keyword anda menggunakan tool SEO
3. Buat pilihan katakunci yang ingin digunakan
4. Lihat hasil dari penggunaan keyword ini (performing analytics).
Dengan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan ini, diharap ia dapat membantu website atau blog anda mendapat kedudukan yang baik dalam enjin pencari. Saya pun masih lagi belajar bagaimana untuk terus konsisten di dalam ranking search enjin seperti Google, MSN dan Yahoo.
P.s: Thank you to Tomato75 for links exhange! ![]()
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentYahoo! - enjin mencari dan jenama paling terkenal di Internet.
July 8, 2007

Yahooooo…
Akhirnya saya punyai idea lagi untuk menulis. Syukur…
Yeah.. bila kita laungkan yahoo.. orang mesti berkata; Wah, budak ini sukanya hati, kena nombor ker? hehehe..
Bukan… bukan.. bukan kena nombor… saya laungkan yahoo pasal kucing saya beranak lagi… yahoooooo…
Opsss… hari ini saya taknak cerita pasal kucing saya beranak.. tetapi ada cerita pasal berkaitan internet.
Topik hari ini adalah berkenaan enjin mencari yahoo. Anda kenal apa itu yahoo? Anda tahu apakah maksud Yahoo sebenarnya?
Siapa pemilik sebenar portal web terkenal ini? Anda kenal siapa Jerry Yang?
Ya Jerry Yang adalah salah seorang taikon portal web terkenal Yahoo.
Dialah orang yang memperkenalkan yahoo dengan partnernya David Filo. Apapula maksud Yahoo sebenarnya? Dari apa yang saya faham, Yahoo bermaksud “Yet Another Hierarchical Officious Oracle” dan ia mula menjadi terkenal pada tahun 1994. Mana mungkin web yang baru sahaja diperkenalkan telah menjadi semakin popular.
Jika kita sebut sahaja Yahoo, semua orang kenal, boleh dikatakan 100% pengguna internet kenal apakah itu Yahoo. Bezanya terjemahan mereka kepada Yahoo sahaja yang berbeza-beza. Bila kita tanya apa itu Yahoo, ada yang akan jawab;
“Oh.. ala tempat nak baca berita hal dunia tu, kita cari jer kat yahoo”
“Kalau nak chatting, kita chatting kat yahoo kan?”
“Kalau engkau tak tau nak cari laman web, kau pergi je kat search enjin yahoo, kau cari je kat situ”
“Saya ada email yahoo, kau ada email yahoo?”
Banyak fungsi dalam yahoo ini, pernah ketika, yahoo mengambil alih geocities yang dahulu adalah komuniti laman-laman web milik orang Amerika dan menjadikan jumlah perniagaan milik yahoo sebanyak USD11 billion. Kenapa laman web yahoo menjadi begitu popular di dunia? Jawapannya adalah ia adalah percuma! Semua orang sukakan percuma! Apabila ia menjadi sasaran pengguna, Yahoo telah mendapat keuntungan kerana banyak iklan masuk mencurah-curah. Hari ini, Jerry Yang bernilai USD7.5 billion. Banyak tu… Kayalah Jerry Yang!
Meskipun Jerry Yang ini tidak arif dalam pengurusan perniagaan, namun dia seorang yang bijak kerana berani melantik pengurus-pengurus berkebolehan yang ada pendidikan untuk menguruskan perniagaannya. Macam Goh Tong, tokey Genting Highland, beliau ada anak-anak yang berpendidikan tinggi, walaupun beliau tidak tahu menulis dan membaca tetapi seorang yang kaya raya di Malaysia. Jika Goh Tong tinggalkan tanah besar China datang ke Malaysia, Jerry Yang juga telah meninggalkan Taipei, Taiwan berhijrah ke Amerika untuk memburu cita-citanya. Cuma bezanya Goh Tong sudah lanjut usia manakala Jerry ini masih lagi 30an.
Hari ini yahoo telah mendapat persaingan yang hebat dari google. Walaubagaimana pun ia masih lagi relevan kepada pengguna internet dan terus menjadi pilihan pengguna hari ini. Sebab itulah nama Jerry masih lagi terpahat dalam senarai jutawan dunia Forbes dan menduduki tangga 293.
P.s: Hari ini saya ada di Bandar Baru Bangi nak main Cashflow 101. Nanti saya kasi review mengenai bengkel ini setelah saya pelajarinya.. Tunggu…
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content









