Bob Nak Kasi Hadiah WordPress Theme Yang Kool!
June 27, 2008
Selamat pagi semua,
Anda ada laman web blog? Menggunakan platform Wordpress? Ya… saya ada berita baik utk anda. Jika anda ingin sebuah theme yang kool, saya boleh beri linknya.
Tapi sebelum tu, saya nak cerita sikit pasal Bob. Siapa Bob ni?
Bagi mereka yang tak kenal siapa itu Bob, beliau merupakan individu yang menghasilkan blogohblog.com dan blog ini telah dijual kepada seorang rakyat India pada harga USD10,000!
Ya, beliaulah orangnya!
Sempena final Euro 2008 yang bakal berakhir minggu depan, Bob nak kasi hadiah kepada pembacanya, iaitu premium wordpress theme yang berharga USD10 secara percuma… hanya untuk 20 orang sahaja (dipilih secara rawak).
Jika anda nak… anda boleh ke blog Bob sekarang!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentVersion 2.2.1 Wordpress telah membuatkan ramai tukar template…
July 18, 2007

Boleh saya tahu anda guna blog wordpress versi ke berapa? Best ke pakai wordpress ini? Saya mula menggunakan blog wordpress ini sejak tahun 2005 lagi, kalau dikira dah hampir 2 tahun. Banyak juga perkara yang masih tidak saya ketahui mengenai kelebihan wordpress ini. Kini wordpress telah ditingkatkan ke Wordpress 2.2.1.
Nampak berbeza sekali, dengan wordpress versi terkini, blog saya lebih mudah diuruskan. Anda juga mesti perasan dengan beberapa perubahan yang berlaku disini. Sambil membina semula (rebranding) blog ini, saya juga berkesempatan melawat beberapa blog milik rakan blogger lain.
Blog MohdIsmail (Mael) adalah satu contoh blog yang paling saya suka. Templatenya sungguh smooth sehingga membuat jari saya ingin menyentuh-nyentuh warna template si mael… hehehe.. Cara penulisan dan penyampaian blognya saya lihat semakin segar bugar. Membuatkan ramai awek-awek jatuh cinta dengan blognya… (aku kasi credit kat hang ismail… bila nak exchange link ;p)
Shuth juga ambil peluang dengan mengodek-godek blognya sehingga bertukar menjadi template yang lain dari sesebelumnya… (berapa kali shuth tukar template, saya pun tak tahu.. rasanya tak banyak kot.. ) Kali ini, shuth cuba mendapatkan reaksi rakan-rakannya untuk memprovokasi blognya yang bakal meletup menjadi popular seperti mawi… huhuhu…
Itu soal, rakan blogger yang dah atau mula menukar template baru…
Yang ini pula lain pula kesnya, ada pula blogger yang bergaduh sesama sendiri berebutkan template FREE… udahlah FREE lepas tu dia rasa hanya dia sahaja yang layak pakai template tu… Lainlah kalau template tu dia bayar dengan sejumlah wang dan template itu adalah versi premium (berbayar la tu)
Kalau dah pakai template tu kira ok la.. nih pakai pula FREE template.. lepas tu tak reti nak ubah font, color, plugin, header, footer dan sebagainya.. balik-balik cerita pasal template blognya dicuri orang… kalau dah General Public License (GPL) paham-paham jer la.. so bermakna disini sesiapa sahaja boleh menggunakannya…
Oklah.. kepada anda yang ingin menukar template atau themes wordpress FREE … boleh la cuba-cuba download link kat sini.
http://themes.wordpress.net
http://www.wpthemesfree.com/
http://www.skinsforwp.com/free-wordpress-themes.html
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentKenapa Title Tag amat berguna kepada blog anda…
July 15, 2007

Title Tag adalah amat penting di dalam blog bagi mengoptimumkan enjin carian (SEO). Ramai yang tidak menyedari mengenai kepentingan meletak tajuk “tag” yang sesuai di dalam blog. Dahulu saya memang tidak tahu mengenai penggunaan tag ini dan saya berasa pelik kenapa laman blog ata web saya ketika dulu amat sukar untuk berada dalam top rangking di setiap enjin pencari. Title Tag penting untuk menarik traffik ke sesebuah laman blog seterusnya menaikkan rating atau ranking.
Saya sentiasa berfikir apakah tajuk-tajuk title blog yang sesuai dengan blog ini. Apa yang saya tahu, title tag ini perlu atau seharusnya menarik, ringkas, bernas dan kena dengan apa yang ingin dibincangkan. Kita selalu ingin bersikap bijak (cuba melawan enjin pencari SEO ini dengan meletak tag-tag “panas” atau tag yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dibincangkan. Perkara itu pun bukanlah ingin saya tekankan disini, apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah bagaimana cara penyelesaian mudah untuk meletakkan tag-tag anda di dalam blog.
Hari ini saya menjumpai satu lagi plugin yang memudahkan saya untuk meletakkan tag-tag yang friendly di enjin pencari. Plugin yang saya maksudkan itu adalah SEO Title Tag 2.0 Wordpress plugin versi beta.
Untuk membina SEO title tag adalah amat mudah menerusi blog Wordpress atau blog-blog lain. Ianya bukan sahaja melibatkan post-post anda, bukan sahaja melibatkan segala isi kandungan utama anda, tetapi ia melibatkan apa sahaja tajuk tag di blog anda.
SEO Title Tag ini adalah ditulis oleh pakar SEO iaitu Netconcepts. Versi 1.0 nya dibina oleh presiden Netconcepts sendiri iaitu Stephan Spencer. Manakala versi 2.0 hari ini dibina secara kerjasama antara Stephan, Oliver Kastler, Mike Harding dan Elton John Fry. Anda pula tidak perlu bimbang untuk menggunakan plugin ini kerana ia dilesenkan sebagai “sumber terbuka”. Jadi sesiapa sahaja boleh menggunakan plugin ini, termasuklah saya! ![]()
Jadi jika anda nak gunakan plugin ini, anda boleh la buat bayaran kepada saya… hehehehe… acah jer.. plugin nih FREE la.. ya PERCUMA! nih saya kasi link kat mana anda boleh muaturun…
klik SEO Title Tag 2.0 Wordpres beta
dan untuk panduan bagaimana untuk install, nih kat sini link dia —> http://www.netconcepts.com/seo-title-tag-plugin/
Jadi lepas ini boleh la korang nak letak title tag panas seperti tag “betul ke mawi lalok?” “Hubungan Erra Fazira, Hans Issac, Engku Imran putus?” atau “Ning Baizura kahwin dengan mat salleh?” <– contoh jer tu.. hehehe
Jadi, selamat mencuba! ![]()
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related Content









