Bagaimana memudahkan proses kelulusan pinjaman kewangan

May 13, 2008

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, memandangkan blog Noorizamshah ini banyak berkisarkan konsep dan idea perniagaan di eBay maka saya ingin berkongsi satu idea atau pendapat saya mengenai bagaimana kita ingin mendapatkan atau memudahkan proses kelulusan pinjaman kewangan. Kenapa perlu pinjam? Hm..pada pendapat saya, kalau tiada wang untuk mulakan perniagaan maka kita perlu membuat pinjaman untuk dijadikan sebagai modal perniagaan, kan? Er..ada ke bisnes yang tak perlu keluar modal? Goyang kaki? Untung 200% kurang dari 7 hari? Selanjutnya

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Khidmat Penerimaan Bayaran Kad Kredit Yang Biasa Digunakan…

April 14, 2008

Apakah khidmat penerimaan bayaran kad kredit yang biasa digunakan oleh usahawan di internet?

Jika ditanya kepada usahawan-usahawan di internet, mereka pasti akan mensyorkan kepada anda beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit berikut:

* 2Checkout.com - Jika anda menggunakan servis ini, anda hanya perlu membayar yuran USD$49 sekali sahaja. Tak perlu modal beribu-ribu ringgit. Mengguna servis ini, anda boleh menjual produk atau barangan fizikal atau digital menggunakan servis ini. Malah servis ini turut menyediakan sistem affiliate sendiri. Walaubagaimana pun, jika anda membuat jualan menggunakan servis ini, caj yang dikenakan kepada anda adalah rendah iaitu 5.5% + 0.45USD sahaja.

* Satu lagi servis yang biasa digunakan oleh usahawan internet seperti Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan ialah ClickBank.com. Servis ini juga mengenakan caj sebanyak USD$49.95 untuk sekali sahaja. Sama seperti 2checkout.com, servis ini juga ada menyediakan affiliate untuk anda menjana pendapatan sampingan. Caj pula hanya dikenakan sebanyak 7.5% + $1 USD sahaja bagi setiap jualan yang dilakukan.

*Servis yang paling ramai digunakan oleh usahawan internet ialah PayPal.com. Ia menjadi pilihan kerana servis ini tidak mengenakan sebarang caj untuk membuka akaun sebaliknya hanya mengenakan fee yang amat rendah jika ingin verified akaun. Malah rakyat Malaysia sudah boleh mengeluarkan wang dari akaun paypal terus ke kad debit Visa.

* Dan terakhir, anda boleh guna servis dari syarikat tempatan iaitu di Netbuilder. maklumat lengkap rujuk sini

Jika anda mempunyai perniagaan di internet, mungkin anda boleh pertimbangkan servis-servis di atas untuk digunapakai.

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Perolehi Wang di Internet Melalui Cara Yang Betul…

December 6, 2007

my_pen_home.png

Saya telah berkecimpung dalam perniagaan internet sejak tahun 2006 dan kini sudah hampir masuk ke tahun yang ke 3. Alhamdulillah, pelbagai bentuk perniagaan pernah saya cuba dan produk dan perkhidmatan yang paling berjaya adalah khidmat pemasangan pelamin. Jika anda lihat, laman web saya adalah biasa sahaja tetapi laman inilah yang telah memberikan banyak pulangan dalam setahun. :)

Begitu juga dengan produk lain yang saya jual secara sambilan di laman eBay. Saya semakin percaya dengan menjual produk di eBay boleh memberikan keuntungan, jika anda mengetahui panduan-panduan dan trick bagaimana untuk melariskan produk anda. Nantikan awal tahun hadapan ada sesuatu berita baik yang akan saya umumkan kepada anda yang berminat dengan perniagaan secara online. Jadi tunggu apa lagi, subscribe blog saya hari ini!

Jadi, untuk hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang bagaimana cara memperolehi wang secara online dengan menjual barangan.

Terdapat 2 jenis barang yang dijual di internet:
1. Produk fizikal
2. Produk digital

Produk fizikal ialah barang nyata seperti pasu hiasan, wang kertas lama, ukiran kayu. Apa sahaja yang jelas boleh dipegang dan dilihat. Produk-produk seperti ini, permintaannya di luar negara adalah tinggi. Akan tetapi, anda perlu bijak untuk melariskan produk-produk ini.

Manakala produk digital pula adalah ebook, music, video , mp3 dan sebagainya.

Anda boleh menjual kedua-dua produk tersebut. Kajian telah dilakukan bahawa untuk jangkamasa pendek produk digital lebih menguntungkan manakala untuk jangkamasa panjang pula produk fizikal jauh lebih menguntungkan.

Ya! Produk digital saya juga telah berjaya menghasilkan jualan yang memberansangkan sehingga menjangkau ke negara Indonesia, Brunei dan Singapura. Produk digital ini juga saya kongsikan dengan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan pendapatan sampingan di internet. Anda juga boleh sertainya disini.

Untuk produk fizikal boleh anda jual di website sendiri atau pun di ebay, manakala di malaysia kita boleh jual di lelong.com.my

Apa yang anda perlukan ialah:

1. Tahu cara bina website
2. Tahu buat sales letter yang menarik
3. Promosi
4. Promosi
5. Promosi

Asah skill ini dengan banyak menuntut ilmu dengan mereka yang berpengalaman. Cuma satu diingatkan, jangan letakkan sikap untuk sentiasa ingin ‘disuap’. Berusahalah, keuntungan pasti ada di mana-mana.

P.s: Dapatkan panduan bagaimana mengenal pasti dalang skim cepat kaya seperti program reseller, program perkongsian hartanah, sistem matrix, pelaburan internet, pelaburan produk dan lain-lain di sini

Pesanan masyarakat: Jangan jadi bodoh sombong dengan menganggap diri kita sudah bagus dan pandai. Silap haribulan, yang pandai jadi makan yang cerdik. Dapatkan panduan disini

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Rahsia Buat Duit Gila-gila Kat Internet!

July 28, 2007

Sebentar lagi, rahsia ini akan dibongkarkan kepada semua tanpa perlu tapis-tapis lagi. Rahsia ini akan membongkarkan formula dan kaedah bagaimana anda berpotensi membuat duit dengan banyak di internet.

Diingatkan sekali lagi, jika anda mengabaikan mesej ini, anda pasti menyesal kerana tidak mengambil berat kepada tulisan yang bersifat teruja ini dan selepas ini anda pasti akan berkata; “kenapalah aku tak ambil berat apa yang orang lain ingin kongsikan, sekarang baru aku tahu berapa betulnya kata-kata dia, padahal aku masuk ke laman blognya setiap hari. Aku dok nganga jer…”

Saya tahu disini terdapat mereka yang telah pun pakar dalam buat duit di internet dan juga saya tahu ada yang masih lagi tercari-cari peluang buat duit di internet. Kita sama-sama melalui pengalaman itu. Ada peluang yang nampak mudah tapi memerlukan modal besar dan ada juga yang memerlukan cabaran untuk mendapat ganjaran.

Setiap orang pengalamannya berbeza. Tetapi bagaimana cara mereka yang buat pertama kalinya memperolehi duit melalui internet ingin mengekal rentak tersebut? Bagaimana mereka boleh terus bertahan untuk terus memperolehi duit melalui internet?

Untuk menjadi seorang yang konsisten (macam Nicol Ann David) dengan pendapatan yang tidak putus-putus (stabil la tu…) cabarannya amat besar sekali. Kalau silap langkah, perasaan tamak haloba akan terus menggoncang jiwa dan minda anda. Saya pun tidak terkecuali dengan itu, tetapi bagaimana mereka boleh mengawal sifat jahat ini? Duit mesti dicari, kerana komitmen semakin tinggi. Maklumlah sejak kahwin ini, komitmen terhadap kewangan tu dah makin besar. Jadi saya perlu mencari rentak untuk konsisten dengan pendapatan hari ini mestilah berada dalam tahap yang terbaik.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mendapatkan duit yang gila-gila melalui perniagaan internet?

Nota: Formula ini amat sesuai bagi mereka yang ada produk dan perkhidmatan dan tidak sesuai sama sekali kepada mereka yang menyertai skim cepat kaya :D

Formula ini memang diketahui ianya adalah mudah dan senang dipraktikkan. Ramai dikalangan sahabat atau usahawan internet di Malaysia dan Singapore menggunakannya. Jika anda praktikkan dengan cara yang betul, saya pasti anda tidak akan rugi. Opssss… bukan tidak ada rugi, tetapi secara keseluruhan anda tidaklah rugi. Ya ke nih?

Ya! dengan kaedah ini anda dapat melipat gandakan keuntungan.. diulangi K.E.U.N.T.U.N.G.A.N :D

Jom mengira matematik!

Sebagai contoh, satu perniagaan saya memperolehi 50 pelanggan. Secara puratanya, jualan untuk per pelanggan adalah sebanyak 1 kali dengan jumlah transaksi setahun adalah RM300.00. Maka untuk produk ini saya akan perolehi sebanyak RM15,000.

Cara pengiraannya adalah 50 x 1 x 300 = RM15,000.

Jadi, bagaimana saya boleh membuat lebih banyak jualan? Kaedahnya yang perlu dipraktikkan adalah saya perlu mensasarkan keuntungan mesti melebihi dari RM15,000 setahun dengan menawarkan lebih banyak produk sokongan. Produk sokongan (backend) ini boleh jadi hanya pertambahan sebanyak 20% atau pun 50% sahaja atau minima 5%.

Anda teruja bukan? Ok, baca lagi…

Andaikan saya berjaya mendapatkan 5 orang pelanggan baru dan saya menambahkan 2 lagi produk tambahan dan menaikkan sebanyak RM50 purata jualan. Maka pengiraan baru adalah seperti berikut.

Formula = Jumlah Pelanggan + pelanggan baru x purata jualan + 2 produk baru x jumlah transaksi setahun + kenaikan RM50 purata jualan

Pengiraan matematik = (50 + 5) x (1+2) x (300 + 50) = RM38,500.

Jadi sekarang anda bolehlah gosok dagu sambil tersenyum… :)

Sedikit sahaja penambahan anda berjaya meningkatkan nilai jualan dan keuntungan anda. Nampak tak?

Kesimpulan: a) Tambahkan senarai pelanggan anda , b) tingkatkan saiz jualan purata bagi setiap pelanggan, c) ulang semula dengan buat banyak jualan kepada pelanggan sediaada dan pelanggan baru.

P.s: Amacam Zul dah ada backend product? ;)

= = = = = = = = = = = = = == = = = = = = = = =

Kedudukan terkini bakal penerima RM50 + RM20 dari saya

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Rahsia Pemasaran Untuk Peniaga Kecil

July 13, 2007

Bila kita cakap pasal pemasaran, pasti dalam kepala kita membayangkan kena berurusan dengan pelanggan yang adakala memberikan kita tekanan dan cabaran. Ada antara mereka yang dapat mengeluarkan produk yang baik tetapi apabila hendak dijual, ianya tidak laku. Gagal memasarkan barangan mereka kerana mereka tidak berketerampilan atau tidak berupaya untuk menjual.

Banyak juga kesilapan yang boleh dilakukan bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Samaada ianya perniagaan sepenuh masa atau tidak, ianya banyak berkait rapat dengan strategi rahsia pemasaran peniaga kecil.

Bagi anda yang menjalankan perniagaan kecil atau part time, aspek promosi dan pengiklanan selalu diketepikan dan tidak dilakukan. Sebab itu setiap bulan sasaran jualan tidak dapat dilakukan dengan baik kerana mana mungkin anda berjaya jual sebarang produk tanpa promosi dan iklan. Walaupun anda ingin menjual sebatang pen, dengan tidak memberitahu orang lain bahawa anda sedang menjual pen, pasti tidak akan ada seorang pun yang tahu!

Anda boleh menggunakan kelebihan internet untuk memaksimakan jualan produk anda jika anda mampu! Anda (peniaga kecil) perlu mencari jalan yang paling efektif untuk membuat promosi dan pengiklanan efektif dengan kos yang paling minimum. Jika ada cara atau kaedah yang percuma itu lebih baik. Tetapi janganlah jadi seperti sesetengah pihak menggunakan peluang yang ada dijadikan tempat anda menjalankan pengiklanan.

Jangan sesekali jadi vandalisme dengan menampal poster atau kertas mengenai iklan produk anda di pondok telefon awam, tiang lampu, tembok-tembok bangunan kedai, pintu-pintu restoran dan sebagainya. Pastikan apa yang anda lakukan itu setidak-tidaknya mendapat keizinan pemilik. Kalau TNB, Telekom atau tokey restoran mamak tidak beri anda buat pengiklanan, janganlah buat. :)

Sebagai menunjukkan produk anda itu adalah yang terbaik, apakata anda keluarkan sedikit modal untuk mengiklankan produk anda. Tidak semestinya perlu menggunakan medium pengiklanan yang mahal seperti iklan di televisyen atau radio, mendapatkan ruang artikel di surat khabar dan majalah juga boleh digunapakai. Malah di internet pun banyak kaedah pengiklanan berkesan yang boleh digunapakai. Yang pasti, anda perlu menonjolkan keunikan barangan dan perkhidmatan anda. Ada sesetengah orang menggunakan peluang menghantar artikel atau komen pembaca dengan memberi review mengenai produk yang anda jual. Secara sedikit-demi sedikit anda sedang mencipta branded “branding” untuk produk tersebut.

Jika anda perasan, di expo-expo terdapat banyak gerai-gerai atau both yang disediakan. Sedarkah anda, dengan membuka satu gerai di tempat-tempat seperti ini, ia dapat membuka mata dan minda orang ramai untuk mengetahui sesuatu produk tersebut. Inilah kaedah yang banyak digunapakai oleh peniaga-peniaga kecil khususnya bagi mereka yang menjual produk-produk kesihatan.

Apa sahaja tempat yang menjadi kunjungan orang ramai, anda tidak perlu mengabaikannya. Pasar malam, pasar minggu, stadium yang mengadakan persembahan artis atau perlawanan bola sepak adalah antara contoh yang baik untuk menjalankan promosi produk. Kalau di supermarket, kita pasti pernah melihat ada seorang promoter akan memberi kita minuman percuma. Ini semua ada bertujuan menarik minat pengguna membeli produk yang dipromosikan tadi.

Anda juga boleh mempraktikkan hukum 80-20 dalam memasarkan produk anda. Mengguna hukum ini, anda perlu menumpukan perhatian dan tenaga untuk melayani pelanggan-pelanggan anda yang ada sekarang kerana dari situ ia memberikan anda 80 peratus jualan yang anda ada sekarang. Anda perlu pastikan bahawa 80 peratus jualan tidak akan susut dengan memastikan mereka ini terus menjadi seorang pelanggan yang setia. Sebagai contoh, jika mereka membeli produk anda dengan jumlah nilai RM500.00 mereka boleh mendapatkan diskaun bernilai RM50 setiap produk tambahan.

Dengan kaedah seperti ini, anda mampu meningkatkan jualan anda seterusnya mengekalkan mereka dalam list pelanggan setia.

Untuk yang 20% lagi, anda boleh tumpukan kepada pelanggan-pelanggan lain. :)

======================================
P.s: Istimewa untuk semua pembaca blog Noorizam Shah dot com! Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun saya akan memberikan RM50 kepada seorang pembaca terpilih yang memberikan komen paling bermanfaat dan bermaklumat. Anda mahu duit ini? Mudah sahaja, bermula hari ini sila hantar komen di mana-mana topik di blog ini dan jika terpilih, anda layak untuk menerima RM50 dari saya! Manakala pembaca yang paling aktif (sila lihat di sebelah kanan anda) yang paling banyak memberi komen akan menerima RM20! Total keseluruhan jika anda pembaca aktif dan memberi komen paling bermaklumat adalah RM70!P.p.s: Mereka yang berjaya akan diumumkan pada 1hb September 2007 di blog ini. Jadi rajin-rajin la jenguk blog ini untuk ketahui siapa pemenangnya!

P.p.p.s: Setidak-tidaknya dengan RM70 itu lebih bermakna daripada tidak mendapat sesen pun! :)
======================================

Nota: Anda juga boleh melawat blog Tazilan untuk ketahui mengenai tips pemasaran

Popularity: 15% [?]

Sphere: Related Content

Rahsia Menulis Surat Jualan!

July 3, 2007

Salam sejahtera,
Apa khabar? Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Tup tap tup tap.. dah bulan Julai. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi genap 2 tahun saya menggiatkan diri dalam perniagaan internet. Terima kasih kepada guru-guru perniagaan internet dan rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Mereka seperti shuthAlang dan Irfan Khairi banyak memberi saya inspirasi untuk memulakan perniagaan internet. Tak lupa juga terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada saya selama ini.

Banyak yang telah saya lalui sebagai orang yang bermula dari kosong, orang yang tak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet ini. Banyak yang telah saya pelajari, namun saya sedar lebih banyak lagi yang perlu saya terokai untuk benar-benar berjaya dalam bidang ini.

Seperkara yang saya ingin kongsi bersama anda, perniagaan internet tidaklah semudah disangkakan. Sama seperti perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan perancangan, strategi jualan dan juga promosi yang baik.

Jika ada yang mengatakan hanya perlu adakan laman web, kemudian pasti akan ada pelawat dan pasti mereka akan membeli dari anda… sebenarnya itu satu pernyataan yang amat memesongkan!

Sebenarnya, cabaran utama perniagaan di internet ialah bagaimana menghasilkan laman web yang menjual! Apakah ciri-ciri laman web yang menjual?

Bagi saya, secara peribadi saya berpendapat menjual di internet adalah merupakan satu seni. Seseorang usahawan internet perlu menguasai seni ‘menjual’ di internet di mana ia akan berusaha mengubah status seorang pelawat laman webnya itu agar menjadi pembeli!

Seni yang saya maksudkan ini ialah kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang terpapar pada laman utama sesebuah laman web.

Biasanya isi kandungan surat jualan ini akan menceritakan ciri-ciri dan kebaikan produk yang ditawarkan dan secara sistematik, ianya akan menjuruskan kepada anda agar segera membuat pembelian.

Seorang usahawan internet yang benar-benar berjaya adalah yang menguasai kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang berkesan!

Hakikatnya, jika produk bagus, rekabentuk laman web cantik tetapi tidak disertakan dengan surat jualan yang berkesan, besar kemungkinan laman web tersebut akan gagal menghasilkan pulangan yang diharap-harapkan!

Pesanan saya kepada anda yang menyimpan cita-cita memiliki laman web perniagaan anda sendiri, pelajarilah dan kuasailah skil menulis surat jualan ini agar anda akan mendapat hasil jualan yang amat memuaskan.

Tak pandai menulis? Jangan bimbang. Skil dan teknik menulis surat jualan adalah kemahiran yang boleh dipelajari jika anda ada kemahuan dan rajin berlatih.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara-cara dan teknik menulis surat jualan yang berkesan, klik di sini: http://www.noorizamshah.com/recommends/salesletter.php

Semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat ini.

Terima kasih atas perhatian anda. Saya sentiasa berusaha memberikan info yang terbaik kepada anda.

Popularity: 13% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »