Bila Lagi? Mulakan Sekarang Juga!

July 27, 2008

Sudah! Sudah! Berhenti berangan-angan! Buang perasaan takut anda jauh-jauh! Kita mulakan sekarang juga!

Itulah kata-kata semangat yang pernah diungkap oleh seorang ahli perniagaan kepada rakan saya. Kini beliau telah berjaya memiliki pejabat dan pekerja sendiri hasil dari sikap berfikir secara positif.

Jika anda masih lagi tidak bermula, bagaimana anda hendak meletakkan diri dalam keadaan yang mana anda sekarang ini tidak mempunyai apa-apa pilihan?

Irfan Khairi pernah menulis post di laman blog beliau dimana beliau mengajak pembaca untuk mengumumkan matlamat mereka kepada orang lain. Jikalau boleh, biar semua orang tahu apakah matlamat anda yang sebenarnya. Sebagai bukti komitmen, anda boleh melaburkan sedikit wang untuk mencapai matlamat tersebut.

Kerap kali juga saya terima emel dari rakan-rakan pembaca bahawa mereka tidak percayakan bisnes internet malah mereka tidak berani untuk melakukan perkara-perkara seperti yang disyorkan oleh Irfan Khairi. Jutawan muda Singapura, Adam Khoo juga menulis di dalam buku beliau mengajak pembaca untuk melibatkan orang lain dalam usaha mencapai matlamat itu.

So, anda mesti sedia berkorban sekiranya anda benar-benar komited dan ingin mencapai keinginan anda.

P.s: Topik ini mengajak anda memulakan perniagaan internet yang sebenar, bukannya menyertai apa-apa program skim cepat kaya internet!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Apakah Strategi Perniagaan Yang Menguntungkan?

July 10, 2008

Bagaimana anda boleh menghasilkan keuntungan dalam perniagaan anda? Sedar atau tidak, ada diantara kita mengabaikan 3 perkara.

1. Jika anda menjalankan perniagaan, jangan sesekali menolak rezeki walaupun sedikit. Jangan takut untuk menurunkan keuntungan jualan kita demi mendapatkan pasaran. Contoh, jika produk anda berharga RM120, turunkan sedikit harga untuk mendapatkan lebih pelanggan.

Dengan ini, keuntungan masih lagi kita dapat walaupun sedikit.

2. Jika anda menjalankan perniagaan menjual produk fizikal di internet, percepatkanlah urusan jual beli anda. Jika anda dapat menyelesaikan urus niaga anda dengan pantas, ianya dapat memberi pulangan yang berganda kepada anda. Pelanggan yang selesa dengan anda, pasti akan datang lagi untuk berurusan semula.

3. Jangan terima bayaran tertangguh. Terima tunai setiap urusniaga anda.

Jumpa lagi!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana Hendak Mencari Pembekal Produk Di Tempat Anda?

June 26, 2008

Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet berasaskan produk fizikal, pasti ingin tahu bagaimana anda boleh mendapatkan pembekal untuk produk-produk pilihan anda.

Jika anda seorang penjual individu atau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah, sememangnya agak sukar untuk mendapatkan pembekal. Ini kerana, kebanyakkan pembekal di Malaysia ini tidak akan menjalankan perniagaan dengan orang perseorangan.

Dari pandangan mereka, anda sebagai seorang penjual selalunya akan membeli produk mereka pada kuantiti yang kecil dan ini tidak memberikan keuntungan kepada mereka.

Sebagai contoh, anda nak beli sebatang pen, tetapi anda mahukan harga sebatang pen itu dengan harga borong.

Namun begitu, anda masih lagi boleh mendapatkan produk yang anda inginkan tetapi tidak pada tawaran harga borong. So, disini anda akan mendapat harga sedikit tinggi dari harga borong. Tujuannya memberikan anda keuntungan yang kecil sahaja.

Ada beberapa cadangan yang boleh anda praktikkan disini.

Cuba anda berhubung terus dengan pengeluar atau pembuat produk tersebut. Cuba dapatkan produk ini terus dari mereka tanpa melalui orang tengah (pembekal).

Anda perlu faham, di Malaysia, tidak banyak syarikat pembuat atau pembekal mengiklankan perkhidmatan mereka secara umum. Jika anda seorang yang benar-benar minat untuk berniaga sendiri, anda perlu rajinkan diri anda untuk menyelak suratkhabar, superpages dan majalah atau pun di internet.

Walaubagaimana pun, anda jangan terlalu bergantung harap untuk mendapatkan pembekal-pembekal tersebut. Jika anda mempunyai daya kreativiti, anda boleh menghasilkan produk anda sendiri seperti kraftangan, sulaman, anyaman, lukisan, hiasan dan sebagainya.

Sentiasa berfikir kreatif dan positif. Insya-Allah kejayaan pasti milik anda.





Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

4 Persoalan Memulakan Perniagaan Internet

May 22, 2008

Di internet, anda berpeluang untuk menjalankan perniagaan menjual produk fizikal atau digital. Banyak pasaran yang boleh anda tumpu dan terdapat banyak pilihan platform yang boleh anda guna.

Setiap orang mempunyai matlamat peribadi untuk berjaya dalam perniagaan internet. Contohnya, saya bermatlamat untuk memiliki pulangan keuntungan RM1 juta setiap bulan sebelum berusia 35 tahun. Sekarang saya sematkan matlamat untuk memiliki pendapatan yang konsisten 5 angka setiap bulan.

Sebelum anda memulakan langkah menceburi perniagaan internet. Pastikan anda mengetahui apakah matlamat anda. Cubalah anda ambil masa dan tanya diri anda sendiri. Apakah yang anda mahu?

1. Adakah anda mahu melakukan perniagaan internet ini secara separuh masa atau sepenuh masa? Adakah anda hanya mempunyai matlamat untuk mendapatkan pendapatan sampingan sahaja?

2. Apakah produk yang ingin anda jual di internet? Adakah produk fizikal atau produk digital?

3. Mengapa anda perlu memasuki pasaran perniagaan internet?

4. Dimanakah sasaran pelanggan anda? Kumpulan yang mana satu pilihan utama anda?

Cuba anda fikirkan soalan-soalan ini, adakah anda sudah mendapat jawapan antara 4 persoalan ini?

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Saya Dedahkan Sedikit Rahsia Hot Keyword di EBAY Malaysia

May 15, 2008

Dengan pendedahan ini eklusif ini harap ada yang boleh mendapat idea produk-produk yang anda boleh jual di laman web EBAY.

Ok, saya tidak akan kasi semua. Berikut adalah antara keyword-keyword panas di laman eBay Malaysia.

1. Armani
2. Baby
3. Coca Cola
4. Dress
5. Esprit
6. Ferrari
7. Gundam
8. Hello Kitty
9. Iphone
10. Jacket
11. Korea
12. Liverpool
13. Manchester United
14. Nokia N95
15. Oakley
16. Pda
17. Roxy
18. Sunglasses
19. Topshop
20. Victoria Secret
21. Xbox 360
22. Zara

Ok.. saya dah kasi klu.. so anda fikirkan. Ingat.. jika anda dapat membuat analisa keyword-keyword ini dan menjual produk-produk berkaitan, tidak mustahil anda boleh meraih pendapatan yang amat lumayan di EBAY.

P.s: Apabila kita dapat ilmu, fahami dan sebaiknya praktikkanlah. InsyaAllah rezeki itu ada dimana-mana dan sudah ditentukan. :)

P.p.s: Kuasa Lelong panduan menjana pendapatan lumayan dengan ebay.

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana memudahkan proses kelulusan pinjaman kewangan

May 13, 2008

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, memandangkan blog Noorizamshah ini banyak berkisarkan konsep dan idea perniagaan di eBay maka saya ingin berkongsi satu idea atau pendapat saya mengenai bagaimana kita ingin mendapatkan atau memudahkan proses kelulusan pinjaman kewangan. Kenapa perlu pinjam? Hm..pada pendapat saya, kalau tiada wang untuk mulakan perniagaan maka kita perlu membuat pinjaman untuk dijadikan sebagai modal perniagaan, kan? Er..ada ke bisnes yang tak perlu keluar modal? Goyang kaki? Untung 200% kurang dari 7 hari? Selanjutnya

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »