Kunci Mencipta Kejayaan Sebagai Usahawan Internet

May 23, 2008

Kunci mencipta kejayaan sebagaimana mereka yang berjaya sebagai seorang usahawan internet adalah memilih peluang yang sesuai dengan personaliti masing-masing.

Personaliti anda menentukan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda ceburi.

Orang berada di sekeliling anda juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan perniagaan internet anda. Jadikan individu yang mendampingi anda sebagai pembantu bagi mencipta kejayaan anda.

Sebagai contoh, anda menjadikan Syed Ikhwan sebagai mentor untuk anda berjaya.

Rancang perniagaan internet anda terlebih dahulu.

Pilih jenis perniagaan yang benar-benar sesuai dengan diri anda.

Ambil satu contoh lagi,

Sekiranya anda kurang memiliki kemahiran mempengaruhi orang lain supaya membeli produk ataupun khidmat anda, anda lebih sesuai membuka perniagaan keperluan harian.

Ini kerana, sudah pasti ada pelanggan yang datang membeli barang keperluan harian setiap hari.

Perniagaan internet di laman web EBAY juga sesuai untuk orang ini.

INFO

Kajian menyatakan usahawan-usahawan yang sudah berjaya dengan cemerlang mempunyai personaliti yang sama

Secara kesimpulannya kunci mencipta kejayaan sebagaimana mereka yang berjaya sebagai seorang usahawan internet adalah dengan memilih peluang yang sesuai dengan personaliti masing-masing.

Banyak lagi tip-tip bermaklumat yang akan saya kongsikan dengan anda selepas ini. Tugas anda, terus membaca dan membuat tindakan bijak ke arah kecemerlangan diri.

Jumpa lagi.

P.s: Ada satu topik berfaedah yang ingin saya kongsikan dengan anda di blog saya. Jika anda belum berkesempatan, sila klik pada link ini dan mulakan tindakan anda hari ini.

http://www.noorizamshah.com/2008/05/23/ziddu-free-file-hosting-video-download

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Teknik Pengurusan Masa Yang Selalu Kita Abaikan…

October 31, 2007


Credit to : glasbergen.com

Topik semalam ramai yang beri komen. Terima kasih kalian. Rujuk pada topik semalam, saya nak kongsi dengan anda teknik pengurusan yang memberi kebaikan kepada diri anda. Apakata cuba praktikkan.

1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “

Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.

2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:
A. Kelmarin sudah berlalu

B. Esok masih belum berlalu

C. Hari ini peluang masih ada

3. Penuhkan masa lapang

Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.

4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “

Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda.

5. Merancang jadual waktu

Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.

Kredit untuk: web tutor.com.my

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Jika Saya Ada Masa…

October 30, 2007

 

Jika saya ada masa saya akan habiskan ebook yang melambak dan hampir ‘berhabuk’ dalam komputer ini… Itu kalau ada masa… Ohh.. masa saya tidak banyak lagi, saya perlu bangun awal pagi untuk bekerja… sarapan pagi.. hantar anak ke sekolah… buat kerja yang bertimbun-timbun dipejabat… makan tengahari… pergi mesyuarat… saya perlu bersukan untuk menjaga kesihatan.. saya juga perlukan makan malam dan menonton televisyen… kemudian masuk tidur kerana esok saya akan bekerja semula…

ohhhh… kalaulah saya ada masa..

Mungkin ini adalah antara keluhan mereka yang tidak punyai masa untuk mencari duit tambahan. Pada mereka, mereka tidak pandai dan biarlah mereka terus makan gaji yang sekadar cukup-cukup makan itu…

Jadi, saya timbulkan topik ini untuk anda memberi pandangan kenapa ramai orang tidak cukup masa untuk menjana pendapatan tambahan?

Komen ya… ;)

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Bajet Hari Raya Dah Habis Keluar…

October 15, 2007

Owhh, Esok mula kerja! Petang tadi dalam perjalanan pulang, jalan raya kembali sesak dengan kenderaan berpusu-pusu ke arah Kuala Lumpur dan Selangor. Saya terpaksa menahan diri dari membuang air kecil dalam kereta selama 2 jam, gara-gara terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Bagi mereka yang makan gaji, lagi-lagi hari ini dah tengah bulan, ohhh.. peruntukan raya dah banyak yang keluar.

DUIT memang penting. Tanpa duit masakan kita dapat menikmati keseronokan dan kemeriahan pada Aidilfitri. Tetapi perlu diingatkan, ukur baju di badan sendiri. Sering kali ketika menjelang hari raya, banyak perkara terfikir di kepala, terutama ibu dan bapa yang perlu menyediakan kelengkapan pakaian, perhiasan rumah serta tidak lengkap tanpa juadah pada pagi raya.

Semua itu pasti menelan belanja yang banyak. Namun, bijak mengatur perbelanjaan sebelum musim perayaan sekali gus memberikan kesan positif kepada diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.

“Perbelanjaan berlebihan tidak baik untuk ekonomi keluarga. Ia perlu dilihat pada kemampuan masing-masing atau belanja ikut kemampuan. Untuk hari raya, kita masih boleh meraikannya dengan meriah walaupun tidak bergantung kepada kebendaan untuk nampak hebat.

“Oleh kerana kini harga barang runcit semakin mahal, kita perlu mengehadkan perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran dan terpaksa berhutang pada kemudian hari selain tidak mempunyai wang simpanan kecemasan selepas musim raya.

“Beli barang yang perlu saja dan jangan terpengaruh pada tawaran pasaran yang sering menonjolkan koleksi terbaru mengikut musim. Pembelian itu menguntungkan mereka, tetapi merugikan diri sendiri,”

Jika tahun lalu anda menyedari berlakunya pembaziran, tahun ini cuba kurangkan membeli ‘barang kehendak’. Contohnya, tahun lalu buat kuih atau biskut raya sebanyak 10 jenis, apa salahnya tahun ini hanya kurangkan kepada lima jenis.

“Apabila penjimatan berlaku ia secara tidak langsung mencorakkan keperibadian mulia dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai golongan yang mampu milik, janganlah terlalu berlebihan kerana anda mungkin dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.

“Hal ini akan memberi kesan kepada orang sekeliling yang tidak mampu memilikinya, tetapi menyebabkan mereka terpengaruh dengan fenomena sekeliling. Maka, pembaziran itu berlaku kepada orang lain yang tidak mampu,”

Terpengaruh dengan promosi produk baru oleh peniaga menyebabkan berlakunya nafsu membeli yang tinggi. Bagaimanapun, sebagai Islam, kita perlu kawal nafsu berkenaan daripada berbelanja berlebihan.

“Penting bagi kita berfikir panjang. Daripada melakukan pembaziran, alangkah eloknya juga wang berkenaan digunakan untuk persekolahan anak pada tahun depan, musim majlis kenduri kahwin saudara mara, hal kecemasan pada masa depan dan juga simpanan pada hari tua,”

Banyak cara boleh dilakukan bagi mengelak daripada berbelanja berlebihan. Ia juga bergantung kepada individu untuk melaksanakannya mengikut cara tersendiri.

Sekiranya mahu meraikan hari raya dengan lebih meriah pada tahun depan, disiplinkan diri dengan menyimpan wang bermula bulan depan (selepas raya). Simpan setiap bulan kerana cara ini juga antara terbaik daripada berhutang.

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Tips Bagaimana Untuk Memperolehi Komen di Blog

September 14, 2007


*Gambar dicopy dari http://achmadi.net

Bertemu lagi,

Bulan Ogos yang lalu, saya melihat peningkatan pengunjung dan pemberi komen yang amat ketara. Nama-nama pemberi komen seperti AbdFatah, Shahraduan, Titan, Vangardx, mardiana dan mereka yang lain telah membantu populariti blog ini.

Ramai juga kawan-kawan yang bertanyakan bagaimana untuk menguruskan sebuah blog seterusnya mendapat komen yang banyak dalam sesebuah blog. Mungkin blog saya ini tidak memiliki komen yang banyak bagi satu-satu post jika dibandingkan dengan blog smartusaha, mohdismail, mohdsuhaimy, ataupun blog alang akan tetapi saya masih gembira kini blog saya telah diikuti oleh pembaca-pembaca setiap hari.

Jika anda lihat atau membaca blog DailySeoBlog secara purata blog NirmalTv memperoleh purata 20 komen per post. Wow banyak tu. Di sana mungkin blog tersebut memiliki kelebihan kerana ada plugin yang bagus membantu. Akan tetapi ada lagi beberapa rahsia yang cuba dikongsikan oleh penulis bagaimana memperolehi komen yang banyak dari blog anda. Selanjutnya

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Tips Pilihan Dr Irfan Khairi - Senarai Jangan Buat (Stop Doing List)

August 3, 2007

Ini adalah antara tips pilihan Dr Irfan Khairi mengenai pengurusan masa. Ya.. memang saya pun memahami mengapa masa itu amat penting bagi kita. Sebagai seorang yang mempunyai kerjaya banyak masa-masa kita dihabiskan dengan kerja-kerja dipejabat, apabila balik dari kerja kita akan berhadap pula dengan pelbagai komitmen.

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, anda mungkin sibuk dengan isteri dan anak-anak. bagi yang sedang menuntut ilmu pasti akan berhadapan dengan komitmen terhadap pusat pengajian, pelajaran, kertas kerja, peperiksaan dan sebagainya. Yang menganggur pula pengurusan masa sedikit berlainan samaada mengabiskan masa duduk dirumah tambah berbuat apa-apa, ke pusat siber kafe bermain komputer atau game online, merempit di jalanan dan sebagainya.

Dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, “To
Do List!”
. Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan
pangkahkannya dari senarai kita. Bila sudah selesai, datang lagi senarai to do list yang baru dan ia berterusan sehingga sampai di satu peringkat anda ‘berehat’.

Selain dari membuat senarai to do list, satu konsep yang baru yang diperkata oleh pelbagai pihak dan juga memberi kesan yang amat mendalam dalah lawan kepada “To Do List!”. Pernah kah anda mencuba “Stop doing List!”? Saya belum lagi ada senarai ini kerana saya pun baru mempelajari bagaimana untuk membuat senarai “Stop Doing List” itu pun selepas membaca email yang dihantar oleh Dr Irfan Khairi kepada saya. :) “Stop Doing List” adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit, menonton konsert, ke kelab malam atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu “Stop Doing List!”

Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad!

= = = = = = = = = = = = = = = 
Berikut adalah senarai nama yang di tag!

1. En Pakdi dah mula sebuk ker buat bengkel CashFlow?
2. Lama tak nampak SaifulSham jenguk kat blog saya nih.. mai la jenguk!
3. Alang pun sama gak! Jangan la sombong alang! ;)
4. Macamana kesihatan anda Badruzamani? Apa Khabar…
5. Imoimora nama yang juga tidak terlepas! Anda di tag!

Popularity: 16% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »