Ingin Beriklan di eBay?
January 19, 2008
Potensi menghasilkan jualan semaksimum mungkin untuk produk anda. Bagaimana?
Jika anda seorang penjual di eBay yang mempunyai kedai atau stok yang banyak, saya syorkan anda beriklan di eBay.
Apa perlu tahu, bahawa sekarang adalah zaman atau trend membeli belah secara online dan pengunjung di eBay Malaysia semakin ramai sejak akhir-akhir ini.
Jadi, jika anda merupakan member store eBay, potensi untuk anda mendapat pembeli adalah tinggi dengan membeli ruang iklan di muka utama eBay. Dengan kaedah pengiklanan sebegini, potensi untuk produk anda dilihat adalah tinggi.
Ada 3 ruangan iklan dibuka:
1. Homepage Top Banner
2. Homepage Bottom Banner
3. Category/Search Top Banner
Berapakah nilai untuk ruangan iklan ini? Jika anda berminat dan serius dalam perniagaan anda dan mempunyai bajet serta kena kepada kemampuan anda, kenapa tidak mencubanya. Ini adalah satu pelaburan yang baik untuk anda.
Maklumat lanjut klik sini


P.s: Saya dah hantar email dan menunggu sebutharga untuk ruangan iklan tersebut.
Nota: Dah dapatkan ebook panduan menjana pendapatan $$$$ di eBay? Jika belum sila layari http://kuasalelong.com
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentPanduan Mengelakkan Idea Yang Merugikan Anda
December 2, 2007
Pembaca sekelian,
Sebelum anda membuat keputusan menggunakan idea memasarkan produk anda, pastikan ianya benar-benar memberi kesan dan kalau boleh elakkan dari melakukan sebarang pembaziran.
1. Jangan tunggu hingga saat akhir untuk memberitahu keistimewaan sebenar produk anda. Jika boleh, beritahu ketika anda membuat pengenalan produk. Jangan terlalu meleret-leret membuat intro.
2. Sediakan fakta dan testimonial. Ini penting untuk memberi keyakinan pelanggan kepada produk anda. Yang penting, jangan jadi syok sendiri dan disebabkan inginkan perhatian, anda senaraikan segala kebaikan produk-produk anda. Macam anda sorang sahaja yang boleh memberikan segala-galanya.
3. Jangan mudah beranggapan bahawa setiap pelanggan anda terus berurusan dengan anda selama-lamanya. Untuk itu, jangan abaikan pelanggan anda, dan berusahalah memastikan setiap pelanggan akan terus setia dengan anda. Kunci utama adalah berikan mereka kepercayaan. Bersikap adil dalam memberikan perkhidmatan.
4. Jangan mudah beranggapan pelanggan anda adalah seorang yang bodoh, tidak tahu atau tiada matlamat.
5. Jangan suka-suka menukar imej bisnes anda. Tukar logo sesuka hati. Tukar tagline sesuka hati. Jika ingin melakukan ini, jangan tukarnya terlalu kerap seperti sebulan sekali. Ini boleh mengakibatkan produk dan anda tidak akan terus dikenali.
Jadi, berfikirlah seperti seorang yang kreatif. Anda perlu memikir sesuatu yang lain dari biasa. Jangan menjadikan tabiat mengikut atau meniru orang lain kerana hanya mereka berjaya. Budaya meniru dan ikut ini biasanya tidak akan bertahan lama kepada anda yang baru berjinak dalam bidang pemasaran produk.
Sentiasa banyak membaca atau mengutip idea baru sebelum anda berhadapan dengan kerugian.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sebelum anda terus membaca dan mengutip idea baru, apakata anda subscribe blog ini secara percuma dan dapatkan info-info terkini terus dari email anda. Jadilah orang terawal membacanya! Klik sini untuk mendaftar.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentGuna MySpace dan Bina Blogging Audience
August 4, 2007
Kevin Palmer dari Buzz Networker pernah menulis mengenai penggunaan Myspace to Build a Blogging Audience. Hari ini juga saya turut akan menyentuh topik mengenai penggunaan MySpace untuk mendapatkan traffik ke blog anda. Jika anda menganggap MySpace adalah tempat anda mencari kenalan atau ‘kekasih siber’, maka anda adalah silap.
Mana-mana tempat social networking di dunia ini sebenarnya adalah tempat yang sesuai untuk anda mensasarkan pasaran mengikut niche anda. Bila saya sebut pasal MySpace disini, pasti ada yang berkata “itu tempat orang muda-muda remaja sahaja”.. Opssss.. Myspace bukan direka untuk remaja atau sexual predators atau tempat membuang masa.
Selain social network seperti circles99.com, friendster.com, virtualfriends.net dan carijodoh.net, tempat seperti MySpace secara demografiknya, anda akan melihat pengguna utama laman web tersebut bukan sahaja golongan remaja yang masih mentah malah ramai penggunakan yang berumur sekitar 35-54 tahun juga turun memiliki akaun MySpace.
Saya? sudah semestinya mempunyai 3 akaun Myspace. hahaha.. Selanjutnya
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentRahsia Pemasaran Untuk Peniaga Kecil
July 13, 2007

Bila kita cakap pasal pemasaran, pasti dalam kepala kita membayangkan kena berurusan dengan pelanggan yang adakala memberikan kita tekanan dan cabaran. Ada antara mereka yang dapat mengeluarkan produk yang baik tetapi apabila hendak dijual, ianya tidak laku. Gagal memasarkan barangan mereka kerana mereka tidak berketerampilan atau tidak berupaya untuk menjual.
Banyak juga kesilapan yang boleh dilakukan bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Samaada ianya perniagaan sepenuh masa atau tidak, ianya banyak berkait rapat dengan strategi rahsia pemasaran peniaga kecil.
Bagi anda yang menjalankan perniagaan kecil atau part time, aspek promosi dan pengiklanan selalu diketepikan dan tidak dilakukan. Sebab itu setiap bulan sasaran jualan tidak dapat dilakukan dengan baik kerana mana mungkin anda berjaya jual sebarang produk tanpa promosi dan iklan. Walaupun anda ingin menjual sebatang pen, dengan tidak memberitahu orang lain bahawa anda sedang menjual pen, pasti tidak akan ada seorang pun yang tahu!
Anda boleh menggunakan kelebihan internet untuk memaksimakan jualan produk anda jika anda mampu! Anda (peniaga kecil) perlu mencari jalan yang paling efektif untuk membuat promosi dan pengiklanan efektif dengan kos yang paling minimum. Jika ada cara atau kaedah yang percuma itu lebih baik. Tetapi janganlah jadi seperti sesetengah pihak menggunakan peluang yang ada dijadikan tempat anda menjalankan pengiklanan.
Jangan sesekali jadi vandalisme dengan menampal poster atau kertas mengenai iklan produk anda di pondok telefon awam, tiang lampu, tembok-tembok bangunan kedai, pintu-pintu restoran dan sebagainya. Pastikan apa yang anda lakukan itu setidak-tidaknya mendapat keizinan pemilik. Kalau TNB, Telekom atau tokey restoran mamak tidak beri anda buat pengiklanan, janganlah buat.
Sebagai menunjukkan produk anda itu adalah yang terbaik, apakata anda keluarkan sedikit modal untuk mengiklankan produk anda. Tidak semestinya perlu menggunakan medium pengiklanan yang mahal seperti iklan di televisyen atau radio, mendapatkan ruang artikel di surat khabar dan majalah juga boleh digunapakai. Malah di internet pun banyak kaedah pengiklanan berkesan yang boleh digunapakai. Yang pasti, anda perlu menonjolkan keunikan barangan dan perkhidmatan anda. Ada sesetengah orang menggunakan peluang menghantar artikel atau komen pembaca dengan memberi review mengenai produk yang anda jual. Secara sedikit-demi sedikit anda sedang mencipta branded “branding” untuk produk tersebut.
Jika anda perasan, di expo-expo terdapat banyak gerai-gerai atau both yang disediakan. Sedarkah anda, dengan membuka satu gerai di tempat-tempat seperti ini, ia dapat membuka mata dan minda orang ramai untuk mengetahui sesuatu produk tersebut. Inilah kaedah yang banyak digunapakai oleh peniaga-peniaga kecil khususnya bagi mereka yang menjual produk-produk kesihatan.
Apa sahaja tempat yang menjadi kunjungan orang ramai, anda tidak perlu mengabaikannya. Pasar malam, pasar minggu, stadium yang mengadakan persembahan artis atau perlawanan bola sepak adalah antara contoh yang baik untuk menjalankan promosi produk. Kalau di supermarket, kita pasti pernah melihat ada seorang promoter akan memberi kita minuman percuma. Ini semua ada bertujuan menarik minat pengguna membeli produk yang dipromosikan tadi.
Anda juga boleh mempraktikkan hukum 80-20 dalam memasarkan produk anda. Mengguna hukum ini, anda perlu menumpukan perhatian dan tenaga untuk melayani pelanggan-pelanggan anda yang ada sekarang kerana dari situ ia memberikan anda 80 peratus jualan yang anda ada sekarang. Anda perlu pastikan bahawa 80 peratus jualan tidak akan susut dengan memastikan mereka ini terus menjadi seorang pelanggan yang setia. Sebagai contoh, jika mereka membeli produk anda dengan jumlah nilai RM500.00 mereka boleh mendapatkan diskaun bernilai RM50 setiap produk tambahan.
Dengan kaedah seperti ini, anda mampu meningkatkan jualan anda seterusnya mengekalkan mereka dalam list pelanggan setia.
Untuk yang 20% lagi, anda boleh tumpukan kepada pelanggan-pelanggan lain.
======================================
P.s: Istimewa untuk semua pembaca blog Noorizam Shah dot com! Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun saya akan memberikan RM50 kepada seorang pembaca terpilih yang memberikan komen paling bermanfaat dan bermaklumat. Anda mahu duit ini? Mudah sahaja, bermula hari ini sila hantar komen di mana-mana topik di blog ini dan jika terpilih, anda layak untuk menerima RM50 dari saya! Manakala pembaca yang paling aktif (sila lihat di sebelah kanan anda) yang paling banyak memberi komen akan menerima RM20! Total keseluruhan jika anda pembaca aktif dan memberi komen paling bermaklumat adalah RM70!P.p.s: Mereka yang berjaya akan diumumkan pada 1hb September 2007 di blog ini. Jadi rajin-rajin la jenguk blog ini untuk ketahui siapa pemenangnya!
P.p.p.s: Setidak-tidaknya dengan RM70 itu lebih bermakna daripada tidak mendapat sesen pun! ![]()
======================================
Nota: Anda juga boleh melawat blog Tazilan untuk ketahui mengenai tips pemasaran
Popularity: 14% [?]
Sphere: Related ContentRahsia Menulis Surat Jualan!
July 3, 2007
Salam sejahtera,
Apa khabar? Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Tup tap tup tap.. dah bulan Julai. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi genap 2 tahun saya menggiatkan diri dalam perniagaan internet. Terima kasih kepada guru-guru perniagaan internet dan rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Mereka seperti shuth, Alang dan Irfan Khairi banyak memberi saya inspirasi untuk memulakan perniagaan internet. Tak lupa juga terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada saya selama ini.
Banyak yang telah saya lalui sebagai orang yang bermula dari kosong, orang yang tak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet ini. Banyak yang telah saya pelajari, namun saya sedar lebih banyak lagi yang perlu saya terokai untuk benar-benar berjaya dalam bidang ini.
Seperkara yang saya ingin kongsi bersama anda, perniagaan internet tidaklah semudah disangkakan. Sama seperti perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan perancangan, strategi jualan dan juga promosi yang baik.
Jika ada yang mengatakan hanya perlu adakan laman web, kemudian pasti akan ada pelawat dan pasti mereka akan membeli dari anda… sebenarnya itu satu pernyataan yang amat memesongkan!
Sebenarnya, cabaran utama perniagaan di internet ialah bagaimana menghasilkan laman web yang menjual! Apakah ciri-ciri laman web yang menjual?
Bagi saya, secara peribadi saya berpendapat menjual di internet adalah merupakan satu seni. Seseorang usahawan internet perlu menguasai seni ‘menjual’ di internet di mana ia akan berusaha mengubah status seorang pelawat laman webnya itu agar menjadi pembeli!
Seni yang saya maksudkan ini ialah kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang terpapar pada laman utama sesebuah laman web.
Biasanya isi kandungan surat jualan ini akan menceritakan ciri-ciri dan kebaikan produk yang ditawarkan dan secara sistematik, ianya akan menjuruskan kepada anda agar segera membuat pembelian.
Seorang usahawan internet yang benar-benar berjaya adalah yang menguasai kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang berkesan!
Hakikatnya, jika produk bagus, rekabentuk laman web cantik tetapi tidak disertakan dengan surat jualan yang berkesan, besar kemungkinan laman web tersebut akan gagal menghasilkan pulangan yang diharap-harapkan!
Pesanan saya kepada anda yang menyimpan cita-cita memiliki laman web perniagaan anda sendiri, pelajarilah dan kuasailah skil menulis surat jualan ini agar anda akan mendapat hasil jualan yang amat memuaskan.
Tak pandai menulis? Jangan bimbang. Skil dan teknik menulis surat jualan adalah kemahiran yang boleh dipelajari jika anda ada kemahuan dan rajin berlatih.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara-cara dan teknik menulis surat jualan yang berkesan, klik di sini: http://www.noorizamshah.com/recommends/salesletter.php
Semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat ini.
Terima kasih atas perhatian anda. Saya sentiasa berusaha memberikan info yang terbaik kepada anda.
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentKaedah Promosi Blog Yang Berkesan
June 27, 2007
Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?
Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?
Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?
Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang ?percuma? untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?
1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.
Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.
Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.
Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat ?skema?, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.
2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.
Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.
3. Blog di dalam emel?
Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak ?signature? blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.
4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.
Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.
Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content









