Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik
August 13, 2007
Hari ini saya sebuk sedikit dan tidak sempat nak menulis panjang. Jadi hari ini apakata anda baca catatan tulisan dari saudara Irwan Dahnil (Usahawan Perniagaan SMS)
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Seingat anda, apabila anda keluar minum dengan rakan anda ( dan anda adalah usahawan ) siapa yang selalunya bayar bil makan atau minum? Anda atau rakan anda?
Isu ringan untuk dibincangkan, tetapi stigma orang berkata, “Usahawanlah yang bayar!”…
Saya mengiya pun tidak, menidak pun tidak. Teringat saya dari email yang saya terima dari rakan saya berbunyi begini :
Assalamualaikum
Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki” Selanjutnya
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentTips Pilihan Dr Irfan Khairi - Senarai Jangan Buat (Stop Doing List)
August 3, 2007
Ini adalah antara tips pilihan Dr Irfan Khairi mengenai pengurusan masa. Ya.. memang saya pun memahami mengapa masa itu amat penting bagi kita. Sebagai seorang yang mempunyai kerjaya banyak masa-masa kita dihabiskan dengan kerja-kerja dipejabat, apabila balik dari kerja kita akan berhadap pula dengan pelbagai komitmen.
Bagi mereka yang sudah berumah tangga, anda mungkin sibuk dengan isteri dan anak-anak. bagi yang sedang menuntut ilmu pasti akan berhadapan dengan komitmen terhadap pusat pengajian, pelajaran, kertas kerja, peperiksaan dan sebagainya. Yang menganggur pula pengurusan masa sedikit berlainan samaada mengabiskan masa duduk dirumah tambah berbuat apa-apa, ke pusat siber kafe bermain komputer atau game online, merempit di jalanan dan sebagainya.
Dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, “To
Do List!”. Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan
pangkahkannya dari senarai kita. Bila sudah selesai, datang lagi senarai to do list yang baru dan ia berterusan sehingga sampai di satu peringkat anda ‘berehat’.
Selain dari membuat senarai to do list, satu konsep yang baru yang diperkata oleh pelbagai pihak dan juga memberi kesan yang amat mendalam dalah lawan kepada “To Do List!”. Pernah kah anda mencuba “Stop doing List!”? Saya belum lagi ada senarai ini kerana saya pun baru mempelajari bagaimana untuk membuat senarai “Stop Doing List” itu pun selepas membaca email yang dihantar oleh Dr Irfan Khairi kepada saya.
“Stop Doing List” adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit, menonton konsert, ke kelab malam atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu “Stop Doing List!”
Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.
Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad!
= = = = = = = = = = = = = = =
Berikut adalah senarai nama yang di tag!
1. En Pakdi dah mula sebuk ker buat bengkel CashFlow?
2. Lama tak nampak SaifulSham jenguk kat blog saya nih.. mai la jenguk!
3. Alang pun sama gak! Jangan la sombong alang! ![]()
4. Macamana kesihatan anda Badruzamani? Apa Khabar…
5. Imoimora nama yang juga tidak terlepas! Anda di tag!
Popularity: 17% [?]
Sphere: Related ContentRahsia Pemasaran Untuk Peniaga Kecil
July 13, 2007

Bila kita cakap pasal pemasaran, pasti dalam kepala kita membayangkan kena berurusan dengan pelanggan yang adakala memberikan kita tekanan dan cabaran. Ada antara mereka yang dapat mengeluarkan produk yang baik tetapi apabila hendak dijual, ianya tidak laku. Gagal memasarkan barangan mereka kerana mereka tidak berketerampilan atau tidak berupaya untuk menjual.
Banyak juga kesilapan yang boleh dilakukan bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Samaada ianya perniagaan sepenuh masa atau tidak, ianya banyak berkait rapat dengan strategi rahsia pemasaran peniaga kecil.
Bagi anda yang menjalankan perniagaan kecil atau part time, aspek promosi dan pengiklanan selalu diketepikan dan tidak dilakukan. Sebab itu setiap bulan sasaran jualan tidak dapat dilakukan dengan baik kerana mana mungkin anda berjaya jual sebarang produk tanpa promosi dan iklan. Walaupun anda ingin menjual sebatang pen, dengan tidak memberitahu orang lain bahawa anda sedang menjual pen, pasti tidak akan ada seorang pun yang tahu!
Anda boleh menggunakan kelebihan internet untuk memaksimakan jualan produk anda jika anda mampu! Anda (peniaga kecil) perlu mencari jalan yang paling efektif untuk membuat promosi dan pengiklanan efektif dengan kos yang paling minimum. Jika ada cara atau kaedah yang percuma itu lebih baik. Tetapi janganlah jadi seperti sesetengah pihak menggunakan peluang yang ada dijadikan tempat anda menjalankan pengiklanan.
Jangan sesekali jadi vandalisme dengan menampal poster atau kertas mengenai iklan produk anda di pondok telefon awam, tiang lampu, tembok-tembok bangunan kedai, pintu-pintu restoran dan sebagainya. Pastikan apa yang anda lakukan itu setidak-tidaknya mendapat keizinan pemilik. Kalau TNB, Telekom atau tokey restoran mamak tidak beri anda buat pengiklanan, janganlah buat.
Sebagai menunjukkan produk anda itu adalah yang terbaik, apakata anda keluarkan sedikit modal untuk mengiklankan produk anda. Tidak semestinya perlu menggunakan medium pengiklanan yang mahal seperti iklan di televisyen atau radio, mendapatkan ruang artikel di surat khabar dan majalah juga boleh digunapakai. Malah di internet pun banyak kaedah pengiklanan berkesan yang boleh digunapakai. Yang pasti, anda perlu menonjolkan keunikan barangan dan perkhidmatan anda. Ada sesetengah orang menggunakan peluang menghantar artikel atau komen pembaca dengan memberi review mengenai produk yang anda jual. Secara sedikit-demi sedikit anda sedang mencipta branded “branding” untuk produk tersebut.
Jika anda perasan, di expo-expo terdapat banyak gerai-gerai atau both yang disediakan. Sedarkah anda, dengan membuka satu gerai di tempat-tempat seperti ini, ia dapat membuka mata dan minda orang ramai untuk mengetahui sesuatu produk tersebut. Inilah kaedah yang banyak digunapakai oleh peniaga-peniaga kecil khususnya bagi mereka yang menjual produk-produk kesihatan.
Apa sahaja tempat yang menjadi kunjungan orang ramai, anda tidak perlu mengabaikannya. Pasar malam, pasar minggu, stadium yang mengadakan persembahan artis atau perlawanan bola sepak adalah antara contoh yang baik untuk menjalankan promosi produk. Kalau di supermarket, kita pasti pernah melihat ada seorang promoter akan memberi kita minuman percuma. Ini semua ada bertujuan menarik minat pengguna membeli produk yang dipromosikan tadi.
Anda juga boleh mempraktikkan hukum 80-20 dalam memasarkan produk anda. Mengguna hukum ini, anda perlu menumpukan perhatian dan tenaga untuk melayani pelanggan-pelanggan anda yang ada sekarang kerana dari situ ia memberikan anda 80 peratus jualan yang anda ada sekarang. Anda perlu pastikan bahawa 80 peratus jualan tidak akan susut dengan memastikan mereka ini terus menjadi seorang pelanggan yang setia. Sebagai contoh, jika mereka membeli produk anda dengan jumlah nilai RM500.00 mereka boleh mendapatkan diskaun bernilai RM50 setiap produk tambahan.
Dengan kaedah seperti ini, anda mampu meningkatkan jualan anda seterusnya mengekalkan mereka dalam list pelanggan setia.
Untuk yang 20% lagi, anda boleh tumpukan kepada pelanggan-pelanggan lain.
======================================
P.s: Istimewa untuk semua pembaca blog Noorizam Shah dot com! Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun saya akan memberikan RM50 kepada seorang pembaca terpilih yang memberikan komen paling bermanfaat dan bermaklumat. Anda mahu duit ini? Mudah sahaja, bermula hari ini sila hantar komen di mana-mana topik di blog ini dan jika terpilih, anda layak untuk menerima RM50 dari saya! Manakala pembaca yang paling aktif (sila lihat di sebelah kanan anda) yang paling banyak memberi komen akan menerima RM20! Total keseluruhan jika anda pembaca aktif dan memberi komen paling bermaklumat adalah RM70!P.p.s: Mereka yang berjaya akan diumumkan pada 1hb September 2007 di blog ini. Jadi rajin-rajin la jenguk blog ini untuk ketahui siapa pemenangnya!
P.p.p.s: Setidak-tidaknya dengan RM70 itu lebih bermakna daripada tidak mendapat sesen pun! ![]()
======================================
Nota: Anda juga boleh melawat blog Tazilan untuk ketahui mengenai tips pemasaran
Popularity: 15% [?]
Sphere: Related ContentRahsia Menulis Surat Jualan!
July 3, 2007
Salam sejahtera,
Apa khabar? Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Tup tap tup tap.. dah bulan Julai. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi genap 2 tahun saya menggiatkan diri dalam perniagaan internet. Terima kasih kepada guru-guru perniagaan internet dan rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Mereka seperti shuth, Alang dan Irfan Khairi banyak memberi saya inspirasi untuk memulakan perniagaan internet. Tak lupa juga terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada saya selama ini.
Banyak yang telah saya lalui sebagai orang yang bermula dari kosong, orang yang tak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet ini. Banyak yang telah saya pelajari, namun saya sedar lebih banyak lagi yang perlu saya terokai untuk benar-benar berjaya dalam bidang ini.
Seperkara yang saya ingin kongsi bersama anda, perniagaan internet tidaklah semudah disangkakan. Sama seperti perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan perancangan, strategi jualan dan juga promosi yang baik.
Jika ada yang mengatakan hanya perlu adakan laman web, kemudian pasti akan ada pelawat dan pasti mereka akan membeli dari anda… sebenarnya itu satu pernyataan yang amat memesongkan!
Sebenarnya, cabaran utama perniagaan di internet ialah bagaimana menghasilkan laman web yang menjual! Apakah ciri-ciri laman web yang menjual?
Bagi saya, secara peribadi saya berpendapat menjual di internet adalah merupakan satu seni. Seseorang usahawan internet perlu menguasai seni ‘menjual’ di internet di mana ia akan berusaha mengubah status seorang pelawat laman webnya itu agar menjadi pembeli!
Seni yang saya maksudkan ini ialah kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang terpapar pada laman utama sesebuah laman web.
Biasanya isi kandungan surat jualan ini akan menceritakan ciri-ciri dan kebaikan produk yang ditawarkan dan secara sistematik, ianya akan menjuruskan kepada anda agar segera membuat pembelian.
Seorang usahawan internet yang benar-benar berjaya adalah yang menguasai kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang berkesan!
Hakikatnya, jika produk bagus, rekabentuk laman web cantik tetapi tidak disertakan dengan surat jualan yang berkesan, besar kemungkinan laman web tersebut akan gagal menghasilkan pulangan yang diharap-harapkan!
Pesanan saya kepada anda yang menyimpan cita-cita memiliki laman web perniagaan anda sendiri, pelajarilah dan kuasailah skil menulis surat jualan ini agar anda akan mendapat hasil jualan yang amat memuaskan.
Tak pandai menulis? Jangan bimbang. Skil dan teknik menulis surat jualan adalah kemahiran yang boleh dipelajari jika anda ada kemahuan dan rajin berlatih.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara-cara dan teknik menulis surat jualan yang berkesan, klik di sini: http://www.noorizamshah.com/recommends/salesletter.php
Semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat ini.
Terima kasih atas perhatian anda. Saya sentiasa berusaha memberikan info yang terbaik kepada anda.
Popularity: 13% [?]
Sphere: Related ContentSiri II Ebook Motivasi - Gerak Hati Motivasi Minda
June 21, 2007

Alhamdullilah, hari ini saya berjaya siapkan cover untuk ebook Motivasi siri ke 2. Ebook ini akan diedarkan secara percuma dan isi kandungan akan ditambah yang mana ianya akan diisi dengan kejayaan beberapa orang individu yang berjaya. Fokus akan diberikan lebih kepada rakyat Malaysia yang berjaya.
Saya akan cuba berkongsi dengan anda menjejak kejayaan individu ini, apakah formula kejayaan mereka mengecapi kekayaan. Motivasi ini penting untuk anda semua dan di harap dengan edaran ebook ini secara percuma dapat memberi panduan kepada anda untuk memahami kaedah penyelesaian masalah dengan cara berfikir seperti minda seorang jutawan.
Jika anda pernah membaca ebook motivasi saya sebelum ini, ianya banyak menyentuh mengenai motivasi terhadap jati diri, kali ini ebook ini akan diberi nafas baru dengan cara memotivasikan diri sendiri melalui kisah kejayaan orang lain. Jadi sentiasalah melawat blog saya ini untuk memperolehi ebook ini secara percuma yang akan dimaklumkan bila-bila masa sahaja.
Saya berikan anda percuma! dan anda juga boleh edarkannya!
Tunggu…
Â
p.s: Apa pendapat anda tentang kulit ebook ini? Komen sket… ![]()
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentAnda suka web yang bergrafik atau tidak?
June 18, 2007
Ada pelbagai cara untuk mereka bentuk laman web. Setiap rekabentuk pula bergantung kepada kos dan kreativiti individu. Bagi syarikat korporat, mereka lebih suka laman web mereka kelihatan seperti web profesional. Memiliki web flash di dalam sesebuah laman web memberikan gambaran “kecanggihan” dan “kemantapan” sesebuah organisasi. Ini juga menjadi senjata sulit sesetengah individu untuk memajukan perniagaan mereka. Seperti mana ada sebuah syarikat persendirian yang dimiliki oleh seorang individu, beliau menjalankan perniagaan internet di rumah tanpa diketahui oleh pelanggannya.
Akan tetapi semua ini bukanlah satu penyebab (memiliki flash) untuk meraih penampilan yang menarik untuk pelanggan anda, dengan kos yang murah tanpa memiliki laman web flash, anda juga mampu memberikan sesuatu setanding seperti mana mereka yang memiliki laman web flash. Contohnya seperti laman web pelamin.net ianya direkabentuk seringkas yang mungkin tanpa perlu flash di dalamnya. (kalau ada pun youtube video
)
Sebenarnya rekabentuk sesebuah laman web juga penting untuk memberikan keselesaan kepada pelawat anda. Apa guna jika anda mempunyai laman web canggih tetapi sukar untuk dicapai oleh pelawat. Jangan buang masa anda untuk meletakkan fail-fail yang bersaiz besar seperti muzik latar belakang (background), gambar-gambar yang bersaiz besar (sehinggakan setengah muka surat) dan tak perlu ada grafik yang boleh bergerak-gerak (kununnya canggih gitu…)
Jika website anda merupakan web perniagaan, pastikan anda jangan buat sesuatu yang memberi pulangan tidak menguntungkan. Ya! ianya memang tidak menguntungkan. Sebenarnya anda harus memberi keselesaan kepada pelawat dengan memberikan maklumat secepat mungkin. Jika web anda dipenuhi dengan file-file atau alat bantuan yang tidak berfaedah, kenapa ianya perlu ada dalam laman web anda. Jadi, buangkannya! bina laman web yang mudah sahaja tanpa perlu grafik yang maksimum tetapi biarlah kesannya yang maksimum.
Berikan apa yang diperlukan oleh pelanggan anda. Mereka melawat laman web anda adalah untuk mendapatkan maklumat. Mereka bukannya ingin melihat permainan atau pun benda yang bergerak-gerak di laman web anda, lainlah anda memang nak sangat pelawat anda melihat kreativiti anda. hehehe…
Yelah.. jika anda menjual ebook mengenai bagaimana mengumpul duit kahwin, tidak perlulah anda memberikan grafik yang bukan-bukan seperti grafik duit keluar dari komputer tanpa henti. Cukup sekadar gambar tabung duit (contohnya). Itu rasanya sudah cukup memadai.
Apa yang penting dalam hal membina laman web ini, ianya mestila penuh dengan infomasi. Jika anda lihat pada trend perniagaan internet hari ini, pelawat tidak akan melihat kepada grafik sebaliknya ayat-ayat anda yang membunuh. Gambar biarlah kurang sedikit dan infomasi mestilah di banyakkan. Tetapi jika laman web anda sebuah laman yang memerlukan muat turun grafik seperti logo operator, MMS dan permainan online, cadangan ini dikecualikan.
P.s: Jika kita lihat laman web perniagaan internet yang dimiliki oleh jutawan-jutawan internet dunia, mereka juga menampilkan web yang simple sahaja. ;)Â
Jumpa lagi…
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related Content








