Perolehi Wang di Internet Melalui Cara Yang Betul…

December 6, 2007

my_pen_home.png

Saya telah berkecimpung dalam perniagaan internet sejak tahun 2006 dan kini sudah hampir masuk ke tahun yang ke 3. Alhamdulillah, pelbagai bentuk perniagaan pernah saya cuba dan produk dan perkhidmatan yang paling berjaya adalah khidmat pemasangan pelamin. Jika anda lihat, laman web saya adalah biasa sahaja tetapi laman inilah yang telah memberikan banyak pulangan dalam setahun. :)

Begitu juga dengan produk lain yang saya jual secara sambilan di laman eBay. Saya semakin percaya dengan menjual produk di eBay boleh memberikan keuntungan, jika anda mengetahui panduan-panduan dan trick bagaimana untuk melariskan produk anda. Nantikan awal tahun hadapan ada sesuatu berita baik yang akan saya umumkan kepada anda yang berminat dengan perniagaan secara online. Jadi tunggu apa lagi, subscribe blog saya hari ini!

Jadi, untuk hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang bagaimana cara memperolehi wang secara online dengan menjual barangan.

Terdapat 2 jenis barang yang dijual di internet:
1. Produk fizikal
2. Produk digital

Produk fizikal ialah barang nyata seperti pasu hiasan, wang kertas lama, ukiran kayu. Apa sahaja yang jelas boleh dipegang dan dilihat. Produk-produk seperti ini, permintaannya di luar negara adalah tinggi. Akan tetapi, anda perlu bijak untuk melariskan produk-produk ini.

Manakala produk digital pula adalah ebook, music, video , mp3 dan sebagainya.

Anda boleh menjual kedua-dua produk tersebut. Kajian telah dilakukan bahawa untuk jangkamasa pendek produk digital lebih menguntungkan manakala untuk jangkamasa panjang pula produk fizikal jauh lebih menguntungkan.

Ya! Produk digital saya juga telah berjaya menghasilkan jualan yang memberansangkan sehingga menjangkau ke negara Indonesia, Brunei dan Singapura. Produk digital ini juga saya kongsikan dengan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan pendapatan sampingan di internet. Anda juga boleh sertainya disini.

Untuk produk fizikal boleh anda jual di website sendiri atau pun di ebay, manakala di malaysia kita boleh jual di lelong.com.my

Apa yang anda perlukan ialah:

1. Tahu cara bina website
2. Tahu buat sales letter yang menarik
3. Promosi
4. Promosi
5. Promosi

Asah skill ini dengan banyak menuntut ilmu dengan mereka yang berpengalaman. Cuma satu diingatkan, jangan letakkan sikap untuk sentiasa ingin ‘disuap’. Berusahalah, keuntungan pasti ada di mana-mana.

P.s: Dapatkan panduan bagaimana mengenal pasti dalang skim cepat kaya seperti program reseller, program perkongsian hartanah, sistem matrix, pelaburan internet, pelaburan produk dan lain-lain di sini

Pesanan masyarakat: Jangan jadi bodoh sombong dengan menganggap diri kita sudah bagus dan pandai. Silap haribulan, yang pandai jadi makan yang cerdik. Dapatkan panduan disini

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Rahsia Buat Duit Gila-gila Kat Internet!

July 28, 2007

Sebentar lagi, rahsia ini akan dibongkarkan kepada semua tanpa perlu tapis-tapis lagi. Rahsia ini akan membongkarkan formula dan kaedah bagaimana anda berpotensi membuat duit dengan banyak di internet.

Diingatkan sekali lagi, jika anda mengabaikan mesej ini, anda pasti menyesal kerana tidak mengambil berat kepada tulisan yang bersifat teruja ini dan selepas ini anda pasti akan berkata; “kenapalah aku tak ambil berat apa yang orang lain ingin kongsikan, sekarang baru aku tahu berapa betulnya kata-kata dia, padahal aku masuk ke laman blognya setiap hari. Aku dok nganga jer…”

Saya tahu disini terdapat mereka yang telah pun pakar dalam buat duit di internet dan juga saya tahu ada yang masih lagi tercari-cari peluang buat duit di internet. Kita sama-sama melalui pengalaman itu. Ada peluang yang nampak mudah tapi memerlukan modal besar dan ada juga yang memerlukan cabaran untuk mendapat ganjaran.

Setiap orang pengalamannya berbeza. Tetapi bagaimana cara mereka yang buat pertama kalinya memperolehi duit melalui internet ingin mengekal rentak tersebut? Bagaimana mereka boleh terus bertahan untuk terus memperolehi duit melalui internet?

Untuk menjadi seorang yang konsisten (macam Nicol Ann David) dengan pendapatan yang tidak putus-putus (stabil la tu…) cabarannya amat besar sekali. Kalau silap langkah, perasaan tamak haloba akan terus menggoncang jiwa dan minda anda. Saya pun tidak terkecuali dengan itu, tetapi bagaimana mereka boleh mengawal sifat jahat ini? Duit mesti dicari, kerana komitmen semakin tinggi. Maklumlah sejak kahwin ini, komitmen terhadap kewangan tu dah makin besar. Jadi saya perlu mencari rentak untuk konsisten dengan pendapatan hari ini mestilah berada dalam tahap yang terbaik.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mendapatkan duit yang gila-gila melalui perniagaan internet?

Nota: Formula ini amat sesuai bagi mereka yang ada produk dan perkhidmatan dan tidak sesuai sama sekali kepada mereka yang menyertai skim cepat kaya :D

Formula ini memang diketahui ianya adalah mudah dan senang dipraktikkan. Ramai dikalangan sahabat atau usahawan internet di Malaysia dan Singapore menggunakannya. Jika anda praktikkan dengan cara yang betul, saya pasti anda tidak akan rugi. Opssss… bukan tidak ada rugi, tetapi secara keseluruhan anda tidaklah rugi. Ya ke nih?

Ya! dengan kaedah ini anda dapat melipat gandakan keuntungan.. diulangi K.E.U.N.T.U.N.G.A.N :D

Jom mengira matematik!

Sebagai contoh, satu perniagaan saya memperolehi 50 pelanggan. Secara puratanya, jualan untuk per pelanggan adalah sebanyak 1 kali dengan jumlah transaksi setahun adalah RM300.00. Maka untuk produk ini saya akan perolehi sebanyak RM15,000.

Cara pengiraannya adalah 50 x 1 x 300 = RM15,000.

Jadi, bagaimana saya boleh membuat lebih banyak jualan? Kaedahnya yang perlu dipraktikkan adalah saya perlu mensasarkan keuntungan mesti melebihi dari RM15,000 setahun dengan menawarkan lebih banyak produk sokongan. Produk sokongan (backend) ini boleh jadi hanya pertambahan sebanyak 20% atau pun 50% sahaja atau minima 5%.

Anda teruja bukan? Ok, baca lagi…

Andaikan saya berjaya mendapatkan 5 orang pelanggan baru dan saya menambahkan 2 lagi produk tambahan dan menaikkan sebanyak RM50 purata jualan. Maka pengiraan baru adalah seperti berikut.

Formula = Jumlah Pelanggan + pelanggan baru x purata jualan + 2 produk baru x jumlah transaksi setahun + kenaikan RM50 purata jualan

Pengiraan matematik = (50 + 5) x (1+2) x (300 + 50) = RM38,500.

Jadi sekarang anda bolehlah gosok dagu sambil tersenyum… :)

Sedikit sahaja penambahan anda berjaya meningkatkan nilai jualan dan keuntungan anda. Nampak tak?

Kesimpulan: a) Tambahkan senarai pelanggan anda , b) tingkatkan saiz jualan purata bagi setiap pelanggan, c) ulang semula dengan buat banyak jualan kepada pelanggan sediaada dan pelanggan baru.

P.s: Amacam Zul dah ada backend product? ;)

= = = = = = = = = = = = = == = = = = = = = = =

Kedudukan terkini bakal penerima RM50 + RM20 dari saya

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Rahsia Menulis Surat Jualan!

July 3, 2007

Salam sejahtera,
Apa khabar? Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Tup tap tup tap.. dah bulan Julai. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi genap 2 tahun saya menggiatkan diri dalam perniagaan internet. Terima kasih kepada guru-guru perniagaan internet dan rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Mereka seperti shuthAlang dan Irfan Khairi banyak memberi saya inspirasi untuk memulakan perniagaan internet. Tak lupa juga terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada saya selama ini.

Banyak yang telah saya lalui sebagai orang yang bermula dari kosong, orang yang tak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet ini. Banyak yang telah saya pelajari, namun saya sedar lebih banyak lagi yang perlu saya terokai untuk benar-benar berjaya dalam bidang ini.

Seperkara yang saya ingin kongsi bersama anda, perniagaan internet tidaklah semudah disangkakan. Sama seperti perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan perancangan, strategi jualan dan juga promosi yang baik.

Jika ada yang mengatakan hanya perlu adakan laman web, kemudian pasti akan ada pelawat dan pasti mereka akan membeli dari anda… sebenarnya itu satu pernyataan yang amat memesongkan!

Sebenarnya, cabaran utama perniagaan di internet ialah bagaimana menghasilkan laman web yang menjual! Apakah ciri-ciri laman web yang menjual?

Bagi saya, secara peribadi saya berpendapat menjual di internet adalah merupakan satu seni. Seseorang usahawan internet perlu menguasai seni ‘menjual’ di internet di mana ia akan berusaha mengubah status seorang pelawat laman webnya itu agar menjadi pembeli!

Seni yang saya maksudkan ini ialah kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang terpapar pada laman utama sesebuah laman web.

Biasanya isi kandungan surat jualan ini akan menceritakan ciri-ciri dan kebaikan produk yang ditawarkan dan secara sistematik, ianya akan menjuruskan kepada anda agar segera membuat pembelian.

Seorang usahawan internet yang benar-benar berjaya adalah yang menguasai kemahiran menulis surat jualan atau sales letter yang berkesan!

Hakikatnya, jika produk bagus, rekabentuk laman web cantik tetapi tidak disertakan dengan surat jualan yang berkesan, besar kemungkinan laman web tersebut akan gagal menghasilkan pulangan yang diharap-harapkan!

Pesanan saya kepada anda yang menyimpan cita-cita memiliki laman web perniagaan anda sendiri, pelajarilah dan kuasailah skil menulis surat jualan ini agar anda akan mendapat hasil jualan yang amat memuaskan.

Tak pandai menulis? Jangan bimbang. Skil dan teknik menulis surat jualan adalah kemahiran yang boleh dipelajari jika anda ada kemahuan dan rajin berlatih.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara-cara dan teknik menulis surat jualan yang berkesan, klik di sini: http://www.noorizamshah.com/recommends/salesletter.php

Semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat ini.

Terima kasih atas perhatian anda. Saya sentiasa berusaha memberikan info yang terbaik kepada anda.

Popularity: 13% [?]

Sphere: Related Content

Anda suka web yang bergrafik atau tidak?

June 18, 2007

Ada pelbagai cara untuk mereka bentuk laman web. Setiap rekabentuk pula bergantung kepada kos dan kreativiti individu. Bagi syarikat korporat, mereka lebih suka laman web mereka kelihatan seperti web profesional. Memiliki web flash di dalam sesebuah laman web memberikan gambaran “kecanggihan” dan “kemantapan” sesebuah organisasi. Ini juga menjadi senjata sulit sesetengah individu untuk memajukan perniagaan mereka. Seperti mana ada sebuah syarikat persendirian yang dimiliki oleh seorang individu, beliau menjalankan perniagaan internet di rumah tanpa diketahui oleh pelanggannya.

Akan tetapi semua ini bukanlah satu penyebab (memiliki flash) untuk meraih penampilan yang menarik untuk pelanggan anda, dengan kos yang murah tanpa memiliki laman web flash, anda juga mampu memberikan sesuatu setanding seperti mana mereka yang memiliki laman web flash. Contohnya seperti laman web pelamin.net ianya direkabentuk seringkas yang mungkin tanpa perlu flash di dalamnya. (kalau ada pun youtube video ;) )

Sebenarnya rekabentuk sesebuah laman web juga penting untuk memberikan keselesaan kepada pelawat anda. Apa guna jika anda mempunyai laman web canggih tetapi sukar untuk dicapai oleh pelawat. Jangan buang masa anda untuk meletakkan fail-fail yang bersaiz besar seperti muzik latar belakang (background), gambar-gambar yang bersaiz besar (sehinggakan setengah muka surat) dan tak perlu ada grafik yang boleh bergerak-gerak (kununnya canggih gitu…)

Jika website anda merupakan web perniagaan, pastikan anda jangan buat sesuatu yang memberi pulangan tidak menguntungkan. Ya! ianya memang tidak menguntungkan. Sebenarnya anda harus memberi keselesaan kepada pelawat dengan memberikan maklumat secepat mungkin. Jika web anda dipenuhi dengan file-file atau alat bantuan yang tidak berfaedah, kenapa ianya perlu ada dalam laman web anda. Jadi, buangkannya! bina laman web yang mudah sahaja tanpa perlu grafik yang maksimum tetapi biarlah kesannya yang maksimum.

Berikan apa yang diperlukan oleh pelanggan anda. Mereka melawat laman web anda adalah untuk mendapatkan maklumat. Mereka bukannya ingin melihat permainan atau pun benda yang bergerak-gerak di laman web anda, lainlah anda memang nak sangat pelawat anda melihat kreativiti anda. hehehe…

Yelah.. jika anda menjual ebook mengenai bagaimana mengumpul duit kahwin, tidak perlulah anda memberikan grafik yang bukan-bukan seperti grafik duit keluar dari komputer tanpa henti. Cukup sekadar gambar tabung duit (contohnya). Itu rasanya sudah cukup memadai.

Apa yang penting dalam hal membina laman web ini, ianya mestila penuh dengan infomasi. Jika anda lihat pada trend perniagaan internet hari ini,  pelawat tidak akan melihat kepada grafik sebaliknya ayat-ayat anda yang membunuh. Gambar biarlah kurang sedikit dan infomasi mestilah di banyakkan. Tetapi jika laman web anda sebuah laman yang memerlukan muat turun grafik seperti logo operator, MMS dan permainan online, cadangan ini dikecualikan. ;)

P.s: Jika kita lihat laman web perniagaan internet yang dimiliki oleh jutawan-jutawan internet dunia, mereka juga menampilkan web yang simple sahaja. ;) 

Jumpa lagi…

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Domain yang mudah diingati…

June 11, 2007

Anda mencari hosting dan domain yang menarik? Mudah diingati? Bagaimana saya mendapat pelanggan hanya dengan memilih nama domain yang mudah?

Untuk pengetahuan anda, seperti mana kita melihat domain yahoo.com, mawifc.com dan google.com, nama-nama ini adalah domain yang mudah disebut dan diingati. Saya juga mempunyai beberapa domain yang mudah di sebut seperti pelamin.net dan hyipoint.com. Dengan memilih domain yang ringkas dan mudah, ianya juga membantu untuk pelawat mengingati nama domain anda.

Tidak semua pelawat menggunakan SE (Search Engine) untuk mencari nama-nama domain melainkan mereka menggunakan katakunci (keyword). Tujuan memilih nama domain yang ringkas juga membantu anda untuk menjalankan periklanan secara offline lebih berkesan seperti di pamplet, brochure, surat khabar dan sebagainya. Jika anda membuat pengiklanan di surat khabar contohnya, dengan nama yang mudah, ianya dapat membantu membawa mereka yang offline ini melawat laman web anda untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai perniagaan anda. Agak sedikit sukar jika anda menggunakan domain yang panjang contoh seperti perkhidmatanmengguntingrambut.com berbanding dengan domain guntingrambut.com

Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan sesuatu nama domain, pastikan anda membuat beberapa list yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Anda boleh menyemak di sini.

Pastikan juga anda tidak tersalah memilih nama domain kerana ada beberapa kesilapan nama domain tidak sama dengan apa yang ingin ditawarkan. Elakkan memilih domain yang tiada kaitan dengan perniagaan anda. Seperti contoh anda menjalankan perniagaan menjual roti canai segera secara online. Seharusnya anda menggunakan domain roticanai.com bukan kedaikek.com ;) Ia memberikan persepsi yang baik daripada pelanggan anda jika memilih nama yang betul.

Memang tidak dinafikan ada laman web yang berjaya menggunakan nama yang tiada berkaitan seperti Amazon.com (koleksi buku). Tapi ia akan menjadi sedikit pelik jika anda menggunakan domain berbunyi bahasa Malaysia. ;)

Jadi daftar segera domain istimewa anda sebelum orang lain mendapatkanya. Saya syorkan kepada anda dengan mendaftar di internet-webhosting.com kerana tengah promosi harga terbaik.. atau klik sini http://www.noorizamshah.com/recommends/internet-webhosting.php 

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Duit masuk ke akaun paypal anda tanpa anda sedar…

April 4, 2007

Bertemu lagi,

Betapa untungnya saya kerana dapat menjalankan perniagaan internet kerana pelbagai kemudahan tool dapat digunakan tanpa memerlukan kos yang besar. Malah dengan menggunakan paypal, jualan dan pendapatan saya semakin meningkat.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit info bagaimana anda memperolehi pendapatan tanpa sedar menggunakan paypal (info ini hanya untuk mereka yang menjalankan perniagaan menggunakan akaun paypal). Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya melakukan sedikit sahaja kerja dan kemudian apabila ianya sudah siap (disetup), duit pula masuk berterusan tanpa anda perlu melakukan apa-apa…

Tips yang saya maksudkan ialah “Instant Download”. Tips ini tersangatlah sesuai bagi produk-produk digital seperti e-book, software, plr dan apa-apa sahaja produk
yang boleh di-download.

Instant Download yang saya maksudkan ialah apabila pelanggan anda membuat bayaran secara terus ke akaun PayPal anda, pelanggan anda akan dibawa ke download page untuk download produk yang mereka beli. Kata mudahnya:

Pelanggan laman web anda –> Belian melalui PayPal –> Download Page

Mudahnya dengan Instant Download ini ialah anda tidak perlu menghantar e-mail memberitahu pelanggan di mana untuk download produk yang mereka beli. Ataupun upload produk tersebut di e-mail. Inilah maksud saya duit masuk tanpa disedari ;)
Untuk create “Order Now Button” yang boleh redirect ke download page, ikuti langkah-langkah yang saya nyatakan di bawah:

1. Login ke akaun PayPal anda
2. Klik “Merchant Tools”
3. Klik “Buy Now Buttons” (pada bahagian kanan tetingkap anda)
4. Isikan maklumat dan harga yang anda setkan.
5. Klik “Add More Options”
6. Masukkan link download page pada “Successful Payment URL”
7. Klik “Create Button Now”

Pastikan download page anda berfungsi. Jika anda selalu menukar link download page, pastikan anda melakukan langkah yang sama seperti diatas. Kalau tak, customer akan berasa tidak puashati dengan perkhidmatan yang anda berikan oleh sebab link download tidak berfungsi dengan berkesan.

Diharapkan simple tips yang saya berikan ini berguna untuk anda.

Nota: Jadi kepada anda? bila lagi anda ingin menggunakan akaun paypal? Menarik bukan? ;)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »