What is Twitter

October 7, 2008

Twitter is a free micro-blogging tool that allows users to publish short messages (140 characters or less) through their computers and mobile phones. Twitter launched in 2007 and nearly 1 million people were using it within one year of its debut.

People who use Twitter write short messages, called Tweets, which they publish either publicly (for all Twitterers to see) or privately (for only certain Twitterers to see). Typically, users will sign up to follow other users whose Tweets they enjoy. For this reason, Twitter can be a great tool for networking, relationship-building and promoting blogs.

Businesses also use Twitter to promote products and services and offer real-time customer service. Twitter provides an excellent source of free publicity.

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Orang Pulau Pinang Bakal Dapat Internet Percuma?

September 19, 2008

Lepas ni, sesiapa yang masuk ke Pulau Pinang bakal menikmati perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma. Tiada caj selindung, tiada yuran bulanan!

Biar betul?

Dengar kisah penyedia perkhidmatan Hotgate Technology (M) Sdn Bhd berbesar hati untuk memberikan servis ini.

Sebagai permulaan lokasi-lokasi seperti Queensbay Mall, Macalister Road, Burmah Road, Gurney Plaza dan Gurney Drive, Bukit Jambul, Universiti Sains Malaysia (USM), Tanjong Bungah dan kawasan Butterworth akan dipilih sebagai projek FREE WIFI ini.

Dalam tempoh 15 bulan sebanyak 750 kawasan tumpuan akan menjadi kawasan FREE WIFI dan ketika itu, walaupun anda berada di taman bunga, hentian bas, warung mamak tepi simpang tiga, anda bebas mencapai internet bila-bila masa. ;)

Harapnya, projek yang bernilai lebih RM10 juta ini, bakal diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Boleh saya online dalam traffik jam masa nak balik beraya kat kampung nanti.

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Uji Kelajuan Internet Anda Dengan SpeedTest!

May 26, 2008

Capaian internet anda lembab? Nak tahu berapa kelajuan sebenar internet anda?

Apa kata anda cuba alihkan mouse anda dan klik pada laman ini http://speedtest.net  dan uji kelajuan internet anda sekarang.

Memang seronok apabila menggunakan laman web ini, macam berdepan dengan monitor kapal terbang rasanya. Macam-macam meter dan fungsi untuk anda gunakan.

Anda juga boleh membuat perbandingan kelajuan internet anda dengan rakan-rakan lain.

Terima kasih kepada Syed Ikhwan kerana berkongsi info ini dengan saya. :D

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Twitter diserang Spammer

May 8, 2008

Twitter mula diasaskan pada 1hb Mac 2006 dengan nilai pelaburan sebanyak USD$5.4 Juta. Bermula hari ini, Twitter mula blacklist spammer yang guna perkhidmatannya.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Layari Internet Dalam Kereta… Macam Mana Pula Tu?

November 30, 2007

Topik ini mungkin agak menarik kepada mereka yang suka teknologi maklumat. Kita dah biasa lihat, kereta, van, bas, lori, motosikal yang pasang pemain cakera video digital pada kenderaan masing-masing, dan kita juga mungkin tidak berasa jelak jika melihat makcik-makcik geram mengerut muka menonton DVD drama Spa-Q cetak rompak .

Tapi bagaimana pula jika anak muda sibuk melayari internet menggunakan komputer riba dalam kereta BMW 320i sambil kontrol hensem? Ohoho..

Itu kira tahap biasa lagi. Ni, nak khabar kat pembaca sekelian, jangan pula terkejut kalau jumpa kat mana-mana, ada kenderaan yang siap pasang CPU dan skrin peka sentuh dalam kereta masing-masing tak lama lagi. Maklumlah sekarang nih kat luar negara, dah banyak kenderaan yang pasang teknologi ni. Ala, macam rancangan Pimp My Ride tu la.

Jika pakcik Sofian nak tahu, budak-budak sekarang ini tak anggap lagi internet adalah bahan untuk hiburan sahaja. Main game, layan chat, tengok gambar %34^.

Kalau di luar negara, menggunakan internet dalam kereta, ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada pengguna.

Kita ambil contoh mudah dan lihat pada konteks semasa, komputer mudah alih berinternet dalam kereta sebenarnya mampu mengatasi jenayah.

Kita berimaginasi sebentar,

ketika kita bersiar-siar menaiki kenderaan dan mendapati sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, dalam hati anda mungkin syak.. entah-entah orang nih penculik, penjenayah, perompak, perogol kanak-kanak.. dan apabila anda gunakan internet anda boleh semak rekod melalui nombor plat dalam laman web pihak berkuasa. Agak-agak, polis guna tak teknologi ni?

Jadi terpulang kepada anda untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut. Ini satu kelebihan komputer mudah alih yang sedia ada pada kenderaan yang mungkin kita tak ambil tahu sangat mengenai potensi menggunakannya.

Walapun kita ada khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan multimedia (MMS), internet juga mampu memberi anda maklumat pantas. Setidak-tidaknya anda peka dan membantu mengelakkan kejadian jenayah daripada berlaku.

Baca-baca juga… dah jadi Rakan COP? ;)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Microsoft Telah Lancarkan Windows Live Translator

September 12, 2007

 
*Gambar dari weblog.infoworld.com*

Perang antara Microsoft dan Google semakin reda apabila salah seorang pesaing mula melancarkan Windows Live Translator. Seperti juga Google’s Translate Tool, Window Live Translator membenarkan anda memasukkan text untuk diterjemahkan dari satu bahasa ke bahasa yang lain (Terjemahan ke Bahasa Melayu ada ker? Takda laaaa…) atau anda boleh masukkan alamat URL anda untuk diterjemahkan kepada satu bahasa lain.

Sama juga seperti Google, Microsoft web-based disediakan oleh Systran tetapi interface mereka ada sedikit perbezaan. Kalau anda guna tool terjemahan dari Google, anda boleh memasukkan URL atau membuat pilihan bahasa di tool yang disediakan, dan anda akan ditunjukkan secara skrin penuh setiap versi yang ada di dalam website anda dengan ayat-ayat asal dalam website anda akan diterjemah satu persatu (ada juga text yang tidak dapat dikenalpasti oleh sistem terjemahan ini, jika anda menggunakan bahasa yang pelik?)

Mengenai Windows Live Writers pula, ianya tidak memiliki full screen option tetapi ianya memberikan anda pilihan untuk melihat;

1. Melihat setiap page side by side
2. Melihat page asal dengan setiap baris diterjemah apabila anda mendekatkan mouse kepada baris tersebut.
3. Melihat terjemahan muka surat termasuklah teks asal pada setiap baris yang dipaparkan kepada anda apabila anda mendekatkan mouse kepadanya.
4. Anda mempunyai banyak pilihan bahasa untuk dipilih samada bahasa Arab, China, German, Bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Rusia dan Bahasa Melayu Sepanyol.

Walaubagaimana pun, jangan anda beranggapan setiap terjemahan yang dilakukan oleh Windows Live Translator ini adalah suatu terjemahan bahasa yang lengkap.

Kesimpulannya, Tool terjemahan bahasa ini tidak sesuai bagi blog berbahasa melayu seperti blog ini. :)

P.s: Nak cuba terjemah? Guna lah www.citcat.com (terjemah dari bahasa melayu ke bahasa inggeris, apa akan jadi?) hahahaha

P.P.S: SELAMAT MENGERJAKAN TERAWIH DAN SELAMAT BERPUASA!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content