Bagaimana Menggunakan Technorati Untuk Tarik Taffik Ke Blog Anda
January 25, 2008
Ini adalah alternatif untuk anda tarik traffik ke blog anda.
Jika anda mahu menarik taffik ke blog, anda harus mengambil peluang ini dengan menggunakan Technorati kerana ini adalah salah satu caranya adalah men”tagging” blog anda. Tag adalah katalaluan atau topik dimana anda letakkan dibawah post blog anda untuk “diambil perhatian” Technorati dan enjin pencari yang lain.
Sebagai contoh;
Jika anda ingin menulis di blog anda tentang bagaimana anda boleh menjual produk di ebay dan memperolehi pendapatan lumayan di eBay, saya mencadangkan disini anda menggunakan tag berikut: ebay, panduan menjual, menjual produk, pendapatan lumayan dan bagaimana anda. Ini adalah katalaluan yang biasa dicari oleh pengguna internet.
Kenapa Menggunakan Tag?:
Ianya adalah satu perkara yang mudah untuk menarik perhatian pelawat. Sebagai contoh saya ingin mencari blog mengenai eBay. Jadi saya menaip perkataan “eBay” dan tag ini akan menunjukkan kepada pelawat. Sekalipun blog yang tidak ada kena mengena dengan apa yang di tag mungkin juga akan dipaparkan di enjin pencari, tetapi mereka bukanlah di kedudukan yang utama. Mana-mana yang berkaitan dengan tag tersebut, juga turut dipaparkan di dalam senarai carian Google Search engine.
Bagaimana ia berfungsi?:
Sesetengah platform seperti wordpress atau blogger ianya adalah secara automatik di ping oleh technorati setiap kali topik baru di hantar. Jika anda menggunakan selain daripad platform tersebut, anda perlu melakukan ping secara manual di laman web seperti Pingoat. Sebaik sahaja enjin carian menerima ping tersebut blog anda terus akan ditag. Bila seseorang masukkan katalaluan yang bersesuaian dengan tag anda, blog anda akan disenaraikan di laman carian.
Bagaimana Saya Boleh Tag Blog Sendiri?:
Ada beberapa cara untuk melakukanna. Jika anda mempunyai blog editor, anda boleh masukkan katalaluan ke dalam fungsi “Tag” dan ianya akan secara automatik dipaparkan di laman blog. Jika anda tidak memiliki blog editor untuk melakukannya, anda boleh merujuk di Technorati untuk mendapatkan bantuan langkah demi langkah untuk membantu anda secara manual.
Keterangan bagaimana untuk melakukan Tecnorati, sila rujuk disini.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentRanking Blog Saya di Alexa Meningkat 600%
October 20, 2007
Terima kasih semua! terima kasih kerana terus melayari blog Noorizam Shah Dot Com. Hampir 2 bulan saya berusaha untuk meningkatkan traffik ranking saya di Alexa, alhamdulillah dengan sokongan kalian, peratusan kenaikan traffik di blog ini berubah sehingga 600%. Begitu pantas sekali.
Begitu juga subsriber dari FeedBurner menunjukkan saya memperolehi lebih dari 400 orang yang melanggan blog ini, akan tetapi hanya hampir 160 orang pembaca saya yang actived. Saya meletak sasaran untuk memperolehi 300 orang pembaca aktif pada hujung ini. Jadi, jika anda ingin menjadi salah seorang pembaca blog yang setia atau ingin subscribe blog ini secara percuma, apa kata anda klik pada link di atas dan pastikan anda aktifkan link pengesahan yang diberikan di email anda. (sila semak emel anda apabila klik pada link di atas).
Oh yer, statistik peribadi saya di advertlets juga menunjukkan peningkatan traffik yang positif. Ya! dengan bantuan anda, memberikan klik pada iklan-iklan yang dipaparkan disini, juga anda telah membantu saya mendapatkan cek pembayaran dari advertlets!
Mari saya kongsikan sedikit info mengenai statistik berkenaan.
Seramai 80 orang telah mengundi bersamaan dengan 55% memberitahu mereka adalah wanita / perempuan / gadis sunti yang gemar melawat blog ini. Manakala bagi 65 (45%) orang mengundi mereka adalah lelaki tulen / macho / hensem dan seorang yang baik.. ohohoho… Mungkin juga golongan hawa ini mempunyai jiwa yang sensetif dan peka dengan persekitaran mereka. Jadi mereka mudah tersentuh dengan gaya penulisan yang disampaikan. Owhh..
Kerana usia saya di pertengahan 20an, maka pembaca saya juga terdiri dari kalangan umur 20-25 tahun. Darah mereka masih segar, tengah membuak-buak, jadi mereka ingin berkongsi ilmu dengan rakan sebaya. Ada segelintir usia yang menarik minat saya untuk mengetahui sebab mengapa mereka memasuki blog saya ini. Ini saya tidak pasti mengapa. Seramai 7 orang mengundi menyata mereka adalah kanak-kanak berusia dibawah 12 tahun. Kanak-kanak?
Adakah kerana keyword Nurin Jazlin menyebabkan mereka sampai ke sini? Dan jawapannya adalah ya! Sehingga hari ini statistik di StatsCounter.com menunjukkan keyword nurin jazlin amat popular sekali!
Secara selindungnya, anda akan nampak manfaat dari penulisan ini, fikir dan lakukan hari ini!
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Top Blogger Buat Duit kat Internet…
July 20, 2007

Menulis di Blog adalah satu perkara yang masih lagi hijau di bumi Malaysia. Bidang penulisan blog mula bertapak di Malaysia pada pertengahan tahun 90′an awal tahun 2000 dan ketika itu tidak ramai di kalangan rakyat Malaysia mengetahui manfaat sesebuah blog.
Pada awalnya, kebanyakan daripada kita membina blog adalah atas dasar suka-suka sahaja. Membina blog kemudian tidak berapa lama meninggalkan begitu sahaja. Blog, blogger, blogging hanya satu istilah janggal bagi mereka yang tidak mengetahuinya akan manfaatnya.
Ianya bukan sekadar menjadi tempat meluahkan perasaan, bercerita mengenai hal-hal politik tanah air malah kini blog telah dijadikan platfom untuk buat duit. Sewaktu dibangku sekolah dahulu, langsung kita tidak pernah mendengar mana-mana rakan mengucapkan cita-cita untuk menjadi seorang penulis blog. Tiba-tiba hari ini blog membuka mata pelbagai pihak sehinggakan Menteri Kabinet juga menggunakan blog sebagai senjata politik mereka.
Berbalik kepada topik mengenai di atas, siapakah top blogger yang berjaya buat duit di internet sehingga mencecah ratusan ribu dollar sebulan? Sebelum saya terus memberitahu anda siapakah mereka, saya ingin nyatakan disini bahawa mereka ini menjadikan penulisan artikel bebas dan melalui penulisan artikel inilah mereka menjana pendapatan di internet.
Dalam akhbar BusinessWeek ada tersiarnya kisah bagaimana top blogger ini menjana pendapatan dan seramai 14 orang disenaraikan ini termasuklah nama seperti ShoeMoney, Darren Rowse dan Perez Hilton. Michael Arrington adalah antara individu yang berpendapatan $200,000 sebulan melalui blognya.
Kebanyakkan daripada penulis blog terkenal ini bukanlah dari Technorati 100 club. Akan tetapi masih ramai antara mereka tetap menjana pendapatan $5,000 sebulan.
Saya rasa setiap apa yang ditulis bukanlah mengenai betapa popularnya blogger ini sebaliknya perkara yang ditulis adalah bagaimana mereka boleh menjana pendapatan di internet. Jadi ini bermakna mereka tidak menulis untuk suka-suka. Mereka meletak matlamat dengan menulis ini mereka dapat buat duit.
Inilah perkara yang mungkin saya perlu banyak belajar kerana jika hendak dibandingkan antara saya dengan top blogger ini ibarat langit dengan bumi. Antara Malaysian Blogger yang saya suka adalah blog Alang dan Sabahan.com .
Selain Google Adsense banyak lagi platform yang boleh digunakan untuk buat duit kat internet seperti PayPerPost, Adbrite, Kontera dan lain-lain.
Untuk cerita penuh mengenai Top Blogger ini sila klik : How Top Bloggers Earn Money
Tips: Tachnorati pun penting juga untuk menarik traffik ke blog kita.
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related Content










