Trik Yang Diguna Blogger Untuk Meningkatkan Traffik Ranking di Alexa
December 27, 2007
Awas! Topik ini akan memberikan anda infomasi penting kepada “player” trik.
Pembaca sekelian,
Sesetengah pemilik blog memperolehi kedudukan traffik yang tinggi di Alexa.com. Mereka ini akan cuba sedaya upaya mengekalkan kedudukan mereka dan cuba merebut tempat yang terbaik untuk menjadi terus popular.
Untuk mendapatkan kedudukan terbaik di Alexa, ada juga yang sanggup membayar harga yang tinggi di laman-laman inventory bagi merebut traffik dan ranking.

Ketika ini, Alexa telah melancarkan toolbarnya sendiri bagi memberikan maklumat semasa ranking blog dan pesaing-pesaing. Saya beberapa kali terjumpa ada beberapa blogger yang mensyorkan penggunaan toolbar ini untuk bersaing di Alexa.
Percubaan untuk melakukan trick dalam ranking Alexa, mungkin merupakan satu keseronokan bagi sesetengah pihak tetapi ia sebenarnya memberi reputasi yang negatif untuk dijadikan satu alat ukuran yang kompetatif.
Apa pun anda perlu tahu apakah trik yang dilakukan oleh sesetengah orang untuk meningkatkan ranking mereka.
Mereka akan Install Firefox extension untuk reload Web Pages
Jika anda menjumpai extension Firefox dengan dikenali “ReloadEvery”, ini bermakna laman blog anda akan di’reload’ setiap saat atau minit.
Idea ini digunapakai untuk menaikkan jumlah page view blog anda dan diharapkan Alexa ranking akan counted blog. Kebiasaannya, ini tidak akan membantu memudahkan kerja anda kerana request yang berulangkali dilakukan pada laman URL yang sama pada hari yang sama, oleh pengguna yang saya akan tetap di counted sekali sahaja oleh Alexa.
Begitu juga, jika anda menggunakan trik ini pada laman Adsense anda, mengguna tool ini akan mengakibatkan akaun Adsense anda di ban! Jadi, jangan buang masa anda menggunakan trik ini.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content









