Duit RM40,000 lesap sekelip mata

September 22, 2008


Gambar dari kosmo online

Inilah kalau dah mata kelabu. Apa sahaja sanggup dilakukan. Pelbagai cara yang dicari oleh masyarakat kita pabila mendengar begitu mudah untuk menggandakan wang dalam sekelip mata.

Lagi-lagi dah nak raya ni, macam-macam modus operandi digunakan untuk meyakinkan orang ramai supaya melaburkan wang beribu-ribu ringgit.

Macam itulah kisahnya apabila baru-baru ini seorang peniaga berputih mata apabila kerugian RM40,000 selepas menjadi mangsa penipuan.

Ini bukan penipuan di internet. Ini penipuan yang berlaku di luar sana.

Beliau dipujuk seorang lelaki dan kemudian terpedaya dengan taktik lelaki ini yang mana beliau mampu menggandakan wang sehingga tiga kali ganda menerusi satu pelaburan yang mengambil masa dalam tempoh tiga hari sahaja.

Aduhai.

Kenapa masih ramai lagi yang bersikap ‘bijak’ dan yakin dengan pelaburan sedemikian? Walhal sudah terlalu banyak kes dan kisah penipuan berlaku yang didedahkan di dada-dada akhbar.

Kenapa masih ramai lagi yang tidak serik dengan pelaburan-pelaburan yang tidak memberi jaminan hitam putih ini?

Lain pula kisah pelaburan yang ada perjanjian hitam putih ini, dengar kisah satu program ala-ala laman “lelongan” dan “sms” telah pun diserbu pihak berkuasa, malah ada sumber-sumber mengatakan ibu pejabat perniagaan ini yang beroperasi di Kuala Lumpur telah pun disita dan ‘pelabur-pelabur’ sudah tidak mendapat wang mereka kembali.

Nasihat yang tidak putus-putus kepada pakcik dan makcik dikampung, jangan digadai lagi tanah dikampung!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Dr. Jai Network Mula Didakwa Mahkamah

July 28, 2008

Akhirnya, seorang kawan saya terkedu lidah apabila mengetahui Dr. Jailani Jabar dan isteri didakwa di mahkamah kerana tuduhan menerima deposit RM222 juta tanpa lesen yang sah dari Bank Negara.

Dr. Jailani atau Dr. Jai adalah pemilik syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd, yang popular dengan produk penjimatan minyak kenderaan, Stromberg. Dengan tuduhan ini, Dr. Jailani dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin, manakala isteri beliau dikenakan ikat jamin sebanyak RM500,000.00

Apapun, sehingga petang tadi, tak ada seorang penjamin pun yang hadir untuk membantu Dr. Jailani. Sahabat-sahabat yang telah menjadi jutawan dengan program ini pun telah ramai yang hilang entah kemana.

Diharap, kawan saya ni bersabar dengan kes ini. Maklumlah, beliau telah melabur lebih dari RM50,000.00 dalam ‘perniagaan’ ini. Semoga kita semua mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku.

Ingat, jangan mudah terpedaya, jika anda ditawarkan program menarik dengan meletak syarat melabur dalam sejumlah wang yang banyak dan sebagai ganjaran anda dijanjikan pulangan pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Apa Mereka Kata Tentang Monsun-Biz.com milik MIRSB

June 25, 2008

Pagi ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pendapat dari rakan-rakan hasil perbincangan di forum jombincang.com

Dari MatSibuk: Pada pandangan aku la, monsun biz ni berkonsepkan menyediakan ruangan bagi member yang join program mereka. Something they claim like ebay (dan aku pernah terbaca bahawa mereka boleh beat Ebay punya website!) walaupun kalau kita tengok kat ranking Alexa tu…. huhuhuhu sungguh menyedihkan!

Ruangan yang disediakan ini dipanggil lot-lot maya akan disewakan kepada member yang join dengan harga-harga yang tertentu (dan sudah semestinya sangat mahal! Walhal dengan kos harga tersebut, anda sebenarnya boleh jadi reseller pada sesuatu webhosting lagi! tak perlu nak tumpang-tumpang website orang lain eh!)

Antara produk mereka pula adalah Bossmailer. Jika apa yang difahami aku sekarang ni, Bossmailer adalah satu software yang berfungsi untuk harvest email dari segala pelusuk dunia dan of couse tanpa kebenaran empunya email (kalau ko la, ko marah tak?) kemudian juga mempunyai fungsi mass sending email kepada semua email yang diharvest tadi. Jika fikir logik, ianya lebih kepada fungsi sesuatu spam tool kan? Collect email dan send email tersebut tanpa kebenaran. Walaupun mereka ada claim bahawa dalam email tersebut ada satu link yang menyatakan penerima boleh unsubcribe pada email tersebut (persoalannya, bila pula mereka subscribe untuk membenarkan email tersebut dihantar ke peti mereka???)

Jadi korang boleh fikir sendiri apakah kebaikan atau keburukan program ini yang telah banyak menelan beribu-ribu ringgit dari orang-orang yang telah tertipu sekian lama.

Dari Blalang: Saya pernah mendapat email keluhan mengenai mangsa yang terpengaruh dengan monsun biz ni. Kata beliau, perlu modal yang banyak untuk berjaya. Bayangkan kos iklan kat paper seminggu dah berapa..lepas tu hanya 10 orang yg download iklan sms dia tu. 10 X RM1 (bahagi dua dgn ISP) = RM10 sahaja. Modal iklan pun tak balik.

Lepas tu nak dapat payment dari ISP makan masa 2 bulan.

Belum kira modal beli lot kredit dari monsun, minima RM5 ribu. Lepas tu modal menghadiri seminar lagi dari Kelantan ke KL + sewa hotel+minyak+tol .

Kira-kira mamat tu dah kerugian hampir RM10,000.

Itu belum yang masuk RM50,000 tu… kiranya monsun ni scam secara terhormat

Dari Yusry: benda mengarut. tak logik. tak reliable. scam + spam.

ambil peluang belit duit drp ketidaktahuan masyarakat mengenai kaedah sebenar jana duit di internet. Mereka inilah yg merosakkan market

Dari JutaCash: Saya sendiri pernah menghadiri preview yang dibuat oleh Pn Nora ni..Memang merosakkan industri perniagaan internet itu. Dia kononnya mengatakan bahawa peluang ini lebih diutamakan kepada org melayu bagi membantu org melayu.Tapi dari pemerhatian saya, dia menggunakan org melayu sendiri untuk menipu.Kerana apa? kerana orang melayu lebih mudah ditipu.Dia mengatakan dia adalah usahawan melayu yang genuine. Yang lain adalah menipu.Sebagai contoh, dia menjual package Payment gateway berharga RM5,000. Apa yang akan anda perolehi? satu laman web yang menggunakan perisian oscommerce+payment gateway yang disediakan oleh Netbuilder (jika x silap ). Setiap transaksi akan ditolak charge perkhidmatan dan pencairan duit ke akaun bank anda mengambil masa 7 hari bekerja.Dan rata-rata yang menghadiri preview itu adalah mereka yang tidak tau selok belok perniagaan internet.Antara beberapa soalan saya yang tidak dapat dijawab oleh penceramah :

1. Paypal telah menjadi payment gateway popular dan percuma..malah hanya mengambil 3 hari saja utk transfer ke debit card.Kenapa tidak menyarankan pelanggan menggunakan Paypal?

2. Jika menggunakan Paypal, boleh di gunakan seberapa bnyk website yang kita ada sebagai medium pembayaran. Kenapa payment gateway mereka hanya boleh digunakan di satu website sahaja?

3. Kenapa mereka tidak membenarkan pelanggan yang membeli payment gateway diberi CPANEL password?

4. Adakah hosting yang mereka sediakan selamat?

5. Bolehkah tunjukkan kepada bakal pembeli surat perjanjian antara MIRSB dan ISP (Celcom,Maxis atau Digi ) yang mengatakan bahawa pembayaran dari kuiz yang dibuat oleh pelanggan akan dibayar dalam masa dan ditetapkan sebagai JAMINAN?

6. Kenapa harus membayar RM50,000 bagi sistem Monsun? Apakah kelebihan sistem tersebut

Semua soalan diatas dijawab dengan - Ia bagi tujuan keselamatan.

So, adakah ia juga selamat bagi kita sebagai pengguna?

Dari Manmocang: 1st ayat bila saya tahu mobile income dan monsun biz ni, saya kata BODOH je join. hehehe. Kurang ajar sikit.

Sebab kalau nak bisnes kat internet paling kuat pun RM100 nak beli domain + hosting. Lain-lain tu belasah free je. (kalau tak free pun…pandai2lah cari free..hahaha).

Mereka ni akan rosakkan lagi reputasi internet biz ni. Itulah masalahnya kalau kelulusan lesen buat-buat semua ni dibuat oleh yang orang buta IT dan Internet Biz. Lepas tu benarkan iklan disuratkhabar, iklan di TV.

Kalau kita nak memartabatkan semula internet biz ni, kita kena pakat ramai-ramai tulis pasal mereka ni. Tapi jangan sampai menjatuhkan. Kita tulis sebenarnya nak jadi internet biz berapa modal kena ada. Boleh guna blog. Bagaimana cara betul marketing

Dari Ahmad21: Ini adalah pengalaman saya melabur dalam Monsun.biz.
Mula2 nya saya mendengar ceramah di Shah Alam Quality pd bulan awal April 2008.Dan kerana saya ada cukup wang dan tertarik dng kempen pengulas prodak nya jadi saya melaburah sabanyak RM 10.000.
1. Pendaftaran saya sacara resmi adalah pada 13/04/2008 dan saya ada restit nya sebagai bukti.
2. Pada 13/04/08 saya telah menghadiri kursus Gateway 2020 dan 3M BossMailer berbayar sabanyak RM 100.00. Dan dalam tu borang telah saya isi penoh dan Syarikat saya telah saya daftarkan diatas borang Gateway 2020 TETAPI SAMPAI KAHARI INI TIADA JAWAPAN.
Cuba kawan2 fikir semua kalau gateway tak di luluskan saperti janji Norli JUTAWAN dalam 2 minggu sahaja inikan pula dah 2 bulan lebih belum lagi nampak apa2 bayangan.
3. Pada 20/04/08 saya telah pergi kursus 3mbossmailer dan Monsun berbayar RM 100.00 .
Kesimpulan nya kursusnya adalah low class dan orang teknikal nya tak cukup mahir dan berkelayakan.
Sekarang saya ingin mendapat nasihat dari semua kawan2 semua apa tindakan harus saya buat untuk mendapat balik segala wang kerugian saya.
Sekian dan Terima Kasih.

Ada lagi?

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Surat Pembaca Mengenai Perniagaan Internet Yang Mengelirukan

June 19, 2008

KEBELAKANGAN ini banyak syarikat yang menawarkan produk Teknologi Maklumat (IT) seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), iklan maya dan penghantaran e-mel pukal kepada bakal usahawan. Syarikat ini memberi jaminan bahawa bakal usahawan itu mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga boleh mencapai status jutawan.

Setiap hari iklan peluang perniagaan mereka yang agak mengelirukan dan menjanjikan pulangan ribuan dan jutaan ringgit megah terpampang di media cetak dan elektronik. Modal yang diperlukan untuk mendapatkan produk IT itu bermula daripada ratusan ringgit sehingga cecah ke puluhan ribuan ringgit.

Namun, sedarkah kita bahawa terdapat begitu banyak rungutan yang diutarakan bakal usahawan Melayu yang membeli dan menggunakan produk syarikat berkenaan?

Antara rungutan ialah syarikat terbabit tidak melayan dan membimbing pelanggannya (usahawan) sebaik mungkin, berbeza dengan layanan yang diberi sebelum membuat pembelian produk itu. Kursus latihan mereka (yang juga perlu dibayar) hanya memberi fokus kepada cara menggunakan produk IT itu, namun tiada latihan khusus mengenai aspek keusahawanan, undang-undang dan pengetahuan IT. Mereka dibiarkan terkapai-kapai dalam mencari hala tuju perniagaan masing-masing selepas tamat kursus.

Sesetengah produk IT yang dijual tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan beberapa sistem IT lain, yang lebih kurang sama keupayaannya serta boleh didapati di dalam talian internet secara percuma!

Untuk pengetahuan, jika bakal usahawan ini tidak mempunyai modal yang mencukupi, ada di antara syarikat ini yang menawarkan pakej pembiayaan permulaan perniagaan sehingga berjumlah RM50,000 melalui pakej rakan niaga bersama Tekun Nasional.

Rungutan mengenai masalah tahap profesionalisme, tiada bimbingan, tahap keupayaan produk IT dan jumlah modal pelaburan yang tidak berpatutan jelas terpampang pada forum dan blog internet. Malahan, ada di antara laman web produk berkenaan masih lagi dikategorikan pihak enjin carian Google sebagai berisiko tinggi kerana mempunyai kandungan perisian yang boleh memudaratkan sistem komputer. Ada juga produk IT mereka yang jelas menggalakkan aktiviti penghantaran sampah e-mel (spamming), yang mana aktiviti ini jelas bercanggah dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Malahan, terdapat juga produk perkhidmatan iklan maya (mirip seperti eBay) yang tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan laman web iklan tempatan lain yang terdapat di internet.

Saya amat berharap agar nasib segelintir usahawan Melayu yang sudah mengeluarkan modal besar tetapi tidak dapat mencapai apa yang dijamin syarikat terbabit dibela pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Aktiviti syarikat berkenaan perlu dipantau daripada semasa ke semasa untuk mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan salah faham di kalangan usahawan yang kurang faham mengenai industri IT.

Jaminan keuntungan perniagaan yang sebenarnya tidaklah semudah ’sifir darab matematik’ yang dijaja syarikat ini kerana untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda, seseorang usahawan perlu mempunyai keupayaan yang lebih daripada sekadar matematik mudah.

AMIR ZAHAR,
Teluk Intan, Perak.

Surat ini dipetik dari Bharian.com.my

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana BossMailer Berfungsi?

June 12, 2008

Nampaknya, iklan menjadi Jutawan dengan MonsunBiz terus berleluasa. Semakin ramai nampaknya mengeluh dan berada dalam dilema, apa yang mereka harapkan tidak menjadi kenyataan.

Sebentar tadi, saya telah melakukan carian mengenai sistem BossMailer ini dan akhirnya saya telah menjumpai satu manual bagaimana mengaktifkan sistem email collector ini.

Seperti yang anda tahu, sistem yang digunakan oleh BossMailer adalah satu sistem yang melanggar hak privacy individu dimana emel-emel yang tidak dijemput dihantar kepada mereka tanpa izin.

Sistem yang berharga lebih dari RM1000 ini kononnya adalah versi terbaik untuk mendapatkan email-email ini. Bukti menunjukkan bagaimana sistem BossMailer ini memasuki laman web Yellowpages dan kemudiannya mengambil email-email dalam laman web ini tanpa perlu meminta kebenaran pengguna email tersebut.

Nak tahu bagaimana sistem ini berfungsi?

Sila download link saya berikan dan lihat contoh bagaimana MIRSB menggunakan sistem ini menceroboh email-email anda.

Nota: manual ini ditulis sendiri orang seorang individu untuk syarikat MIRSB!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Daripada anda keluarkan modal beribu atau berpuluh ribu ringgit itu, baik anda belajar dan faham bagaimana seorang remaja lepasan SPM buat duit RM10,000 di internet tanpa melibatkan modal beribu-ribu ringgit!

Klik kat link ini!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Aktiviti Gores dan Menang… Apa Dapat?

December 4, 2007

Jom main tikam.. main gores-gores mana tahu dapat RM1 ke, 50 sen ke, 20 sen ke… modal sekali tikam 5 sen.

Waktu zaman kanak-kanak dulu saya pernah juga melihat di kedai-kedai runcit menyediakan satu papan yang dilekatkan dengan kertas-kertas ‘nasib’ yang mana menawarkan hadiah-hadiah kepada kanak-kanak.

Dan kertas-kertas ‘nasib’ itu tidak lagi dijumpai di kedai-kedai runcit. Zaman telah berubah, teknologi juga sudah berada dihadapan. Nampaknya kertas-kertas ‘nasib’ juga perlukan perubahan. Dan ia berhijrah dari kedai runcit ke syarikat-syarikat jualan lansung.

Kali ini, kertas-kertas ‘nasib’ menawarkan hadiah lebih lumayan. Lebih besar. Lebih kegilaannya.
Barangan elektrik, motosikal, kereta, pakej melancong, wang tunai menjadi umpan untuk menjerut mereka yang suka kepada kertas-kertas ‘nasib’.

Yang pasti, mereka yang membuka kertas-kertas ‘nasib’ bakal menerima habuan dan ia tidaklah percuma. Bayar sedikit ‘kos’ untuk melayakkan mereka menerima hadiah yang ditawarkan oleh kertas-kertas ‘nasib’.

Tetapi, kertas-kertas ‘nasib’ tidak lagi memberi mereka nasib yang baik, kerana kerajaan memutuskan untuk mengharam aktiviti “gores dan menang” dan apa sahaja yang seumpama dengan kertas-kertas nasib berkuat kuasa mulai topik ini ditulis. ohoho

Malang sungguh nasib kertas-kertas ‘nasib’.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »