Memahami Maksud Program Affiliate
July 17, 2008
Saya ingin menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada saya mengenai bagaimana anda boleh menjana pendapatan di internet.
Salah satu cara yang dipraktikkan ialah menyertai program-program affiliate di internet.
Bagi saya, inilah cara paling mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bermula. Antara program affiliate terawal yang saya sertai ialah program dari bayar2u.com, maskahwin.com dan rahsiainternet.com.
Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.
Bagaimana anda boleh menjadi wakil pemasaran (affiliate marketer)?
Di internet, banyak laman web atau penganjur program menawarkan peluang ini. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.
Program affiliate yang berbayar memerlukan anda membeli produk mereka terlebih dahulu, kemudian anda ditawarkan menjadi agen mereka.
Program affiliate percuma pula, anda tidak perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka dan anda dibenarkan menyertai program ini tanpa sebarang caj.
Ada juga sesetengah laman web menyediakan program affliate tertutup. Walaupun program ini disediakan secara percuma, hanya mereka yang dijemput sahaja dibenarkan untuk menyertai program ini. Sebagai contoh affliate dari jomseminar.com dan rahsiainternet.com
Seperti yang dinyatakan mengenai program tertutup ini, pihak penganjur kebiasaannya akan memilih mereka yang memiliki jumlah prospek yang ramai. Contohnya, saya memiliki senarai prospek dari mailing list saya dan saya telah ditawarkan menyertai program affliate mereka. Dengan memiiliki prospek yang berpotensi untuk membeli produk, pihak penganjur tidak ragu-ragu menawarkan program ini kepada anda. Komisyen yang diberikan juga adalah tinggi.
Mengenai pendapatan yang diperolehi dari penyertaan program affliate, ianya bergantung kepada perjanjian perkongsian hasil keuntungan antara penganjur dan agen. Antara produk yang popular dan sering menawarkan komisyen yang tinggi ialah produk digital. Purata jumlah peratus pembahagian keuntungan ialah antara 30% hingga 70%.
Berbeza pula jika anda menyertai program affliate untuk produk-produk fizikal. Komisyen yang ditawarkan adalah antara 5% hingga 15% sahaja. Faktor utama kenapa produk fizikal ini tidak menawarkan komisyen yang tinggi adalah kerana kos-kos produk ini adalah lebih banyak berbanding produk digital.
Anda perlu bijak memilih program-program affliate di internet dan jangan mudah terpedaya, jika anda ditawarkan menjadi jutawan atau orang kaya baru hanya menyertai program affliate! Dapatkan panduan yang betul dan minta pandangan dengan mereka yang lebih berpengalaman sebelum anda terjebak dengan aktiviti spam, scam atau skim cepat kaya!
Jumpa lagi
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentPembayaran Komisyen Bulan Mac
March 25, 2008
Makluman kepada agen-agen affiliate program kuasalelong.com, bermula malam ini, pembayaran komisyen akan dilakukan.
Berita baik, bagi mereka yang belum mencapai had minima pembayaran iaitu RM70, anda juga turut akan menerima komisyen masing-masing. Dan nantikan satu lagi berita baik dari saya pada bulan April nanti.
Teka-tekalah ya!
P.s: Jualan bulan ini terus konsisten. Sambutan ebook ini masih lagi panas dan hangat!.
P.p.s: Beminat jadi agen/JV Partner ebook kuasalelong? daftar percuma hari ini. Promosi link anda hari ini dan terima komisyen dari kami!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentKenduri dan Komisyen Affiliate Program
March 17, 2008
Syukur alhamdulillah. Semalam semuanya berjalan dengan lancar. Oh.. yea untuk pengetahuan anda, semalam pertama kali saya adakan majlis kenduri doa selamat di rumah kami.
Maklumlah sejak mula berpindah penghujung tahun lalu, kami tidak punya kesempatan untuk mengadakan kenduri. Kebetulan pula esok adalah hari ulang tahun saya, jadi isteri saya mencadangkan untuk adakan majlis jamuan makan dan doa selamat.
Walaupun rancangan ini difikirkan last minit dan tanpa usaha bersungguh-sungguh isteri saya, mungkin majlis ini berlangsung ala kadar sahaja.
Terima kasih isteriku!
Selesai cerita kenduri dirumah saya. Now, saya ingin berkongsi satu lagi kisah gembira bersama anda. Bermula malam semalam, beberapa program affiliate yang saya sertai di internet telah membuat pembayaran kepada saya dan semalam juga dengan tambahan jualan ebook dan produk eBay, rezeki saya umpama dimurahkan. Kebetulan kenduri pula untuk memohon rezeki dilipatgandakan, dan Allah itu maha kaya. Rezeki dari Allah lagi.
Bermula 26hb, saya pula akan membuat bayaran komisyen kepada agen-agen affiliate kuasalelong.com. Nampaknya semakin ramai yang bakal terima komisyen bulan ini. Berapa jumlahnya?
Biarlah rahsia
Yang pasti, ebook kuasalelong mendapat jualan yang tinggi!
Topik akan datang, saya akan berkongsi topik istimewa yang tulis oleh seorang rakan IM mengenai program affiliate. Anda wajar membacanya!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentKomisyen Agen KuasaLelong.com Mula DiAgihkan
February 21, 2008
Macam kempen pilihanraya pun ada juga, sekarang ni sibuk dok mengagih-agihkan kepada mereka yang layak mendapat komisyen jualan eBook KuasaLelong.com.
Bermula pagi ini, pembayaran komisyen telah dilakukan kepada mereka yang berjaya menghasilkan jualan. Sila semak email masing-masing ya. Komisyen tertinggi adalah seorang gadis dari Sabah yang memperolehi komisyen bernilai RM480.00. Beliau juga turut menerima hadiah produk fizikal dan wang tunai tambahan (RM100) seperti yang dijanjikan dalam cabaran Affiliate Kuasa Lelong tempoh hari.
Tahniah diucapkan.
P.s: Shahraduan, anda juga telah dibayar walaupun had minima belum mencukupi. Terima kasih kerana menyertai. Teruskan promosi-promosi kalian.
P.P.s: Kepada agen yang telah menghasilkan jualan tetapi masih lagi tidak mengemaskini akaun bank anda, pastikan anda lakukannya.Jika tidak saya tidak dapat membuat pembayaran komisyen. TQ
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentKenapa Blogger Perlu Sertai Program Affiliate?
February 9, 2008
Salam sejahtera,
Bertemu lagi kali ini dengan topik mengenai Affiliate. Topik ini adalah amat sesuai bagi mereka yang ingin menghasilkan pendapatan sampingan terutama pemilik-pemilik blog.
Baru-baru ini saya mendapat soalan dari seorang pemilik blog ‘newbie’ yang bertanya kenapa beliau perlu menyertai program affiliate.
Jawapan mudah yang saya berikan adalah:
Jika anda tidak mempunyai sebarang produk sendiri untuk dijual, program affiliate adalah satu program yang sesuai untuk disertai. Ini bermakna, anda tidak perlu memiliki produk sendiri untuk menghasilkan keuntungan sebaliknya, jual produk orang lain untuk hasilkan pendapatan.
Cuba anda lihat blog rakan-rakan yang lain, kebanyakan mereka akan mengiklankan link-link affiliate daripada produk-produk hasil orang lain. Ini adalah satu saluran untuk menghasilkan wang dari blog dan anda tidak perlu bimbang untuk menyertai pelbagai program affiliate lain yang disediakan. Akan tetapi masih ada juga program affiliate yang menipu, tidak membayar atau program-program merapu yang menggunakan sistem affiliate bagi mengaut keuntungan mudah. Jadi, anda perlu bijak memilih program affiliate yang bersesuaian.
Kenapa blog menjadi pilihan untuk memaparkan iklan affiliate program?
Anda pasti tahu kebanyakan blog adalah mesra dengan enjin pencari. Sebagai contoh hari ini anda menyertai program affliate web KuasaLelong.com. Setiap jualan yang dihasilkan anda menerima RM10.00. Kemudian, anda menggunakan link affiliate anda dengan memberi review, meletakkan banner dan link di blog anda. Kebanyakkan program affiliate di Malaysia dan dunia, program mereka memiliki ‘cookies’ sehingga 365 hari. Jadi anda tidak perlu bimbang, jika link anda yang diklik oleh pelawat anda tidak menghasilkan jual pada hari tersebut.
Seperti saya juga, walaupun saya mempunyai perniagaan dan produk sendiri, saya tidak melepaskan peluang menyertai jika mendapati produk yang dihasilkan itu unik dan berpotensi untuk menghasilkan jualan. Antara contoh program affiliate yang saya sertai adalah:
1. TipAdsense.com
2. MasKahwin.com
3. RahsiaInternet.com
Itu diantaranya. Mungkin link-link ini sesuai untuk diletakkan dalam blog anda dan boleh menghasilkn jualan, siapa tahu?
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentLagi Peluang Bloggers Buat Duit Tambahan!
October 23, 2007
Wah… Untungnya bloggers kita, nampaknya peluang untuk buat duit melalui blogging semakin besar. Dan semestinya anda yang subscribe blog saya juga untuk menjadi orang yang terawal mengetahuinya terus dari emel. Ya, pembaca blog saya sudah pandai buat duit dengan blog!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sebentar, jika anda tidak pernah melanggan blog ini secara percuma, anda dijemput untuk subscribe link di atas dan ketahui peluang-peluang menjana pendapatan di internet terus dari emel anda
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Hari ini, seorang lagi guru SEO yang dikenali sebagai “the coolest guy on the planet” Brad Fallon telah pun melancarkan satu model perniagaan internet berasaskan Web 2.0 iaitu FreeIQ. woahh.. nampaknya ini seperti kombinasi dari Youtube dan ClickBank.
Saya juga baru mencubanya dan saya amat suka dengan konsep berkongsi material seperti eBook, audio dan video secara percuma atau berbayar. Ia memudahkan saya untuk mendapatkan material berharga dan terbaik untuk memantapkan lagi ilmu berbisnes di internet.
Saya pasti dengan peluang yang ada ini, anda sebagai pembaca setia blog saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk berkongsi dan mengumpul bahan-bahan ilmiah ini untuk kemantapan diri. Rugi rasanya jika anda tidak mendaftar di FreeIQ kerana pendaftaran adalah PERCUMA!
Pendapat saya lagi, model perniagaan internet seperti FreeIQ ini adalah amat mudah dan berpotensi terutamanya kepada blogger atau mereka yang menggunakan platform FreeIQ sebagai kaedah menjana pendapatan internet secara serius. Siapa yang tak nak rebut peluang keemasan ini, betul tak?
Jika anda sudah biasa dengan dunia perniagaan internet, pastinya anda sudah faham ragam dan feel menjual produk sendiri di ClickBank.
Melalui FreeIQ anda tidak akan dikenakan sebarang caj jika anda memilih untuk menerima pembayaran komisyen dan hasil jualan content anda melalui Paypal mahupun bank US. Oh, semestinya saya memilih Paypal!
Berikut adalah peluang yang cukup baik untuk anda yang menggemari program affiliate. Bagi anda yang gemar dengan kaedah buat duit cara mudah, anda boleh mendaftarkan diri anda sebagai Affiliate secara percuma.
Klik sini untuk terus ke menu affiliate >> http://freeiq.com/shortcut
FreeIQ menyediakan komisen 2 aras sehingga 45% aras 1 dan flat 5% komisen untuk aras 2. Anda tidak perlu bimbang atau khuatir dengan teknologi FreeIQ kerana ia mempunya sistem yang mampu mengesan setiap komisen anda. Jadi tidak perlu bimbang soal biskut raya cookies.
Tambahan untuk anda yang menjadi affiliate aras 1 dan aras 2, masing-masing akan menerima komisyen 1% dan 0.5% jika Content Provider berjaya membuat jualan dengan syarat mereka mendaftar melalui link affiliate anda.
Jika anda tidak sabar-sabar nak mendaftar sebagai Affiliate, apakata gunakan link shortcut menu ini : http://www.freeiq.com/shortcut
Apalagi kelebihan yang saya boleh dapat jika mendaftar di FreeIQ?
Seperti anda yang baru berjinak dengan dunia perniagaan internet atau affiliate, kebanyakan masalah yang anda hadapi hampir serupa dengan para usahawan seluruh dunia. Mereka memerlukan hosting untuk menempatkan produk-produk mereka ini.
Penyelesaiannya, FreeIQ menyediakan hosting secara percuma. Jadi anda bolehlah upload produk anda seperti eBook di sana! Apa lagi, registerlah hari ini! ohohoho
Jangan tunggu lagi, ramai subsriber saya sudah mula daftarkan diri. Bertindak sekarang dan daftar secara percuma menggunakan URL berikut:
=> http://freeiq.com/directpage
Atau…
Klik sini untuk mendaftar terus:
=> http://freeiq.com/shortcut
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related Content









