Pilih Hanya Pemimpin Yang Bersih Sahaja…

February 25, 2008

Betul ke tajuk topik tu? ermm tak kesah lah…

Ingat lagikah, Perdana Menteri pernah keluarkan kenyataan bahawa calon yang bakal bertanding di pilihanraya umum ke 12 ini akan dipilih beliau, dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ‘tidak tahu’ langsung siapa calon-calon yang bakal bertanding.

Dan PM sendiri kata calon yang layak mestilah bersih. Mungkin PM juga perlu menyemak lebih mendalam latar belakang calon kerana apabila kes seperti DUN Kijang, Wan Ubaidah Omar menang FREE pasti membuka mata ramai pihak, bila mana Calon BN diistiharkan muflis kerana menjadi penjamin seseorang.

Mungkin PakLah dah kira lega kerana BN dah menang 9 kerusi tanpa bertanding, tetapi jangan mudah memandang enteng kerana parti pembangkang juga mempunyai pelbagai kempen yang tidak boleh diduga. Terleka sedikit buruk padahnya.

P.s: Jadi pengundi bijak.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Nenek Bertanding Sebagai Calon Bebas di Terengganu

February 24, 2008

Rehatkan minda anda sebentar dengan berkongsi kisah menarik hari ini.

Seorang nenek 89 tahun bertanding atas tiket calon bebas di Parlimen Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan Pas.

Maimun Yusuf akan bertanding menentang Datuk Razali Ismail (BN) dan Mohamad Sabu (Pas)

Ni, gambar nenek tu..

Amacam? Jangan lupa undi nenek ok!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

« Muka Sebelumnya