Perempuan, Gadis, Wanita dan Wang…
November 20, 2007
Bila kita cuba kaitkan gadis atau wanita dengan wang, ianya selalu akan memfokuskan kepada tabiat berbelanja mereka. Kata orang,
maintenance orang perempuan ini tinggi sket!
Betul ker?
Mereka akan berbelanja untuk barangan ‘peribadi’ mereka lebih dari membeli makanan. Ohhh… lelaki perempuan.
Saya berpendapat, golongan hawa ini perlu membina matlamat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan tidak semestinya bergantung kepada lelaki. hehehe.. (isteri saya pasti jeling-menjeling bila baca topik ni!). Daripada info yang saya perolehi, hakikatnya, jangka hayat wanita hari ini lebih panjang berbanding lelaki… Ohhh.. (merenung nasib sebagai seorang lelaki)
…dan lagi info didapati kebanyakkan wanita akan hidup dalam kesempitan kerana mereka kurang ‘bersedia’. Lazimnya wanita berpendapatan lebih rendah (betul ke statement nih) dan wanita juga kurang pendedahan untuk membuat pelaburan (yang nih saya sokong).
Jangan marah eh… walau apa pun hakikatnya, saya nak tekankan disini agar wanita juga perlu belajar mengawal cara berbelanja dan mereka perlu sedar bahawa mengurus kewangan adalah sama penting dengan mendapatkan wang. Tak gitu, isteriku? ohoho..
Jadi, mengapa pula wanita ini perlu mempunyai pengetahuan mengenai kewangan?
Sudah semestinya perlu, ianya perlu seperti mana mereka mempunyai pengetahuan dalam bab berbelanja… hehe.. sedar atau tidak kebanyakan wanita.. diulangi.. kebanyakan wanita berasa mereka tidak begitu memahami soal kewangan peribadi kerana mereka tidak begitu pandai matematik? Atau mereka sebenarnya takut untuk membuat keputusan dalam soal kewangan. Mungkin takut kena marah pasal peruntukan banyak diasingkan untuk berbelanja?
Atau, bila mereka ragu-ragu, kecenderungan adalah berdiam diri sahaja.
Apalah sangat, jika mereka mengetahui mengenai pengurusan kewangan, ianya dapat membantu mereka juga untuk cekap membuat keputusan. Langsir baru je tukar, so tak payah tukar lagi.. sofa baru je beli awal tahun, so tahun depan tak payah tukar baru.
wahhh dah cekap buat keputusan nampak?
Dan dengan pengetahuan ini juga, tidaklah mereka tertipu dengan mamat-mamat bangla jual karpet, (Jangan sengih lebih-lebih, nanti orang perempuan marah) ini kerana mereka dah tahu dan belajar membezakan antara keperluan dan kehendak.
Kesimpulan dan secara keseluruhannya, tidak kira anda berjantina apa sekali pun, dengan menjadi seorang yang celik kewangan, anda boleh memperbaiki kualiti hidup melalui amalan mengurus kewangan yang lebih kukuh, membuat keputusan yang cekap dan lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab.
Janganlah disebab pandai sangat mengurus wang, rumah tak terhias, makan dicatu dan gigi kuning tak bergosok. Itu namanya, kedekut!
Jumpa lagi esok!
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentCara Ringkas Menyimpan Duit Anda Setiap Bulan.
November 12, 2007

Saya diaju soalan oleh seorang pembaca mengenai cara termudah untuk membuat simpanan tetap bulanan. Ini kerana, pembaca berkenaan sering gagal untuk menyimpan wang walaupun sedikit oleh kerana nafsu yang membuak-buak bila melihat wang ditangan.
Oh.. saya tiada tips yang hebat untuk dikongsikan tetapi dengan kaedah yang bakal saya beritahu ini pasti sedikit sebanyak membantu pembaca berkenaan atau anda untuk mula praktikkannya.
Jika anda seorang pekerja kepada seorang majikan, pastinya anda mempunyai akaun untuk pembayaran gaji. Setiap bulan majikan anda akan memasukkan gaji ke dalam akaun dan anda perlu buat semakan setiap bulan untuk pastikan anda terima gaji tersebut.
Apa yang perlu disini, anda perlu memiliki satu lagi akaun untuk simpanan peribadi anda. Kaedah mudah yang boleh dipraktikkan, beritahu majikan anda supaya mereka membuat potongan gaji secara terus ke dalam akaun simpanan peribadi anda.
Ianya sama seperti mana majikan anda mengasingkan gaji kasar anda dengan menolak sejumlah wang dan dicarumkan di KWSP setiap bulan. Sebagai contoh, anda boleh buat pemotongan gaji sebanyak RM200 setiap bulan.
Saya berpendapat, kaedah ini berkesan kepada anda yang sukar menyimpan wang, maklumlah bila lihat jumlah masih banyak dalam akaun mula la tak sedar diri.
Untuk anda yang bekerja sendiri, anda boleh gunakan kaedah perbankan auto debit. Sama juga seperti di atas, anda telah menjimatkan tenaga dan masa anda. Tidak perlu memandu ke bank dan menghabiskan banyak masa dibank semata-mata untuk menyimpan sedikit wang untuk simpanan anda.
Kesimpulan: Lakukan auto-debit demi masa depan kewangan anda. ![]()
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentJika Saya Ada Masa…
October 30, 2007
Jika saya ada masa saya akan habiskan ebook yang melambak dan hampir ‘berhabuk’ dalam komputer ini… Itu kalau ada masa… Ohh.. masa saya tidak banyak lagi, saya perlu bangun awal pagi untuk bekerja… sarapan pagi.. hantar anak ke sekolah… buat kerja yang bertimbun-timbun dipejabat… makan tengahari… pergi mesyuarat… saya perlu bersukan untuk menjaga kesihatan.. saya juga perlukan makan malam dan menonton televisyen… kemudian masuk tidur kerana esok saya akan bekerja semula…
ohhhh… kalaulah saya ada masa..
Mungkin ini adalah antara keluhan mereka yang tidak punyai masa untuk mencari duit tambahan. Pada mereka, mereka tidak pandai dan biarlah mereka terus makan gaji yang sekadar cukup-cukup makan itu…
Jadi, saya timbulkan topik ini untuk anda memberi pandangan kenapa ramai orang tidak cukup masa untuk menjana pendapatan tambahan?
Komen ya… ![]()
Popularity: 14% [?]
Sphere: Related ContentBajet Hari Raya Dah Habis Keluar…
October 15, 2007
Owhh, Esok mula kerja! Petang tadi dalam perjalanan pulang, jalan raya kembali sesak dengan kenderaan berpusu-pusu ke arah Kuala Lumpur dan Selangor. Saya terpaksa menahan diri dari membuang air kecil dalam kereta selama 2 jam, gara-gara terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Bagi mereka yang makan gaji, lagi-lagi hari ini dah tengah bulan, ohhh.. peruntukan raya dah banyak yang keluar.
DUIT memang penting. Tanpa duit masakan kita dapat menikmati keseronokan dan kemeriahan pada Aidilfitri. Tetapi perlu diingatkan, ukur baju di badan sendiri. Sering kali ketika menjelang hari raya, banyak perkara terfikir di kepala, terutama ibu dan bapa yang perlu menyediakan kelengkapan pakaian, perhiasan rumah serta tidak lengkap tanpa juadah pada pagi raya.
Semua itu pasti menelan belanja yang banyak. Namun, bijak mengatur perbelanjaan sebelum musim perayaan sekali gus memberikan kesan positif kepada diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.
“Perbelanjaan berlebihan tidak baik untuk ekonomi keluarga. Ia perlu dilihat pada kemampuan masing-masing atau belanja ikut kemampuan. Untuk hari raya, kita masih boleh meraikannya dengan meriah walaupun tidak bergantung kepada kebendaan untuk nampak hebat.
“Oleh kerana kini harga barang runcit semakin mahal, kita perlu mengehadkan perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran dan terpaksa berhutang pada kemudian hari selain tidak mempunyai wang simpanan kecemasan selepas musim raya.
“Beli barang yang perlu saja dan jangan terpengaruh pada tawaran pasaran yang sering menonjolkan koleksi terbaru mengikut musim. Pembelian itu menguntungkan mereka, tetapi merugikan diri sendiri,”
Jika tahun lalu anda menyedari berlakunya pembaziran, tahun ini cuba kurangkan membeli ‘barang kehendak’. Contohnya, tahun lalu buat kuih atau biskut raya sebanyak 10 jenis, apa salahnya tahun ini hanya kurangkan kepada lima jenis.
“Apabila penjimatan berlaku ia secara tidak langsung mencorakkan keperibadian mulia dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai golongan yang mampu milik, janganlah terlalu berlebihan kerana anda mungkin dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.
“Hal ini akan memberi kesan kepada orang sekeliling yang tidak mampu memilikinya, tetapi menyebabkan mereka terpengaruh dengan fenomena sekeliling. Maka, pembaziran itu berlaku kepada orang lain yang tidak mampu,”
Terpengaruh dengan promosi produk baru oleh peniaga menyebabkan berlakunya nafsu membeli yang tinggi. Bagaimanapun, sebagai Islam, kita perlu kawal nafsu berkenaan daripada berbelanja berlebihan.
“Penting bagi kita berfikir panjang. Daripada melakukan pembaziran, alangkah eloknya juga wang berkenaan digunakan untuk persekolahan anak pada tahun depan, musim majlis kenduri kahwin saudara mara, hal kecemasan pada masa depan dan juga simpanan pada hari tua,”
Banyak cara boleh dilakukan bagi mengelak daripada berbelanja berlebihan. Ia juga bergantung kepada individu untuk melaksanakannya mengikut cara tersendiri.
Sekiranya mahu meraikan hari raya dengan lebih meriah pada tahun depan, disiplinkan diri dengan menyimpan wang bermula bulan depan (selepas raya). Simpan setiap bulan kerana cara ini juga antara terbaik daripada berhutang.
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Ayah Mendidik Saya Mengenai Wang?
September 6, 2007

Dahulu saya meletakkan sasaran untuk mendirikan rumahtangga ketika umur saya hampir kepada angka 30 tahun. Ditakdirkan saya berkahwin ketika usia 27 tahun dan kini alam rumah tangga saya tempuhi hampir 5 bulan.
Teringat semasa saya mula ingin mengumpul duit kahwin awal tahun lalu. Bagaimana saya berusaha dan bekerja keras untuk mencapai sasaran matlamat kewangan saya. Dalam pada itu, terkenang kembali bagaimana susahnya mak dan ayah saya bekerja keras menyara kehidupan kami 5 adik beradik.
Ketika kecil saya pernah mengikuti mak saya menoreh getah, membantu ayah saya mengutip buah kelapa sawit, mengisi tanah merah ke dalam plastik hitam untuk menanam anak pokok getah, mencuci pakaian di parit waktu ketiadaan air, mengembala kambing, memakai pakaian lusuh ketika menyambut hari raya aidilfitri kerana tidak mampu membeli pakaian baru dan banyak lagi kenangan susah dan jerih perit ketika membesar.
Mungkin anda diluar sana dibesarkan dalam keadaan yang mungkin sedikit mewah, senang dan tidak melalui keperitan seperti ini, tetapi adakah anda pernah belajar menghargai syiling 10 sen dan syiling 5 sen? Inilah didikan pertama mengenai kewangan yang saya lalui ketika kecil dulu.
Ketika menggenggam syiling 50 sen saya berasakan nilai itu amatlah besar dan amat menyeronokkan bagi kanak-kanak berusia 9 tahun ketika itu. Jadi saya mengambil iktibar dengan pengalaman lalu dan hari ini saya mula tahu betapa pentingnya pengurusan kewangan.
Jika anda juga pernah melalui pengalaman seperti saya, apakah yang akan anda lakukan kepada anak-anak kelak mengenai kewangan? Selanjutnya
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentMemiliki Kad Kredit menyelesaikan masalah kewangan?
August 7, 2007

Saya tidak pernah memiliki kad kredit. Walaupun saya pernah ditawarkan oleh beberapa buah bank untuk memakai kad kredit, sehingga hari ini saya berasa ianya masih lagi belum penting. Cukup sahaja dengan memiliki kad debit. Lebih-lebih lagi saya ada kad ATM seperti Maybank dan CIMB. Mungkin akan datang, jika saya rasakan ianya perlu, barulah saya akan menggunakannya. So kawan-kawan yang kerja kat bank tu, tunggu je la saya isi borang yer..
Saya tahu, cara hidup moden zaman sekarang ini amat mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan. Apabila memiliki sekeping kad kredit, ia sudah melambangkan kepuasan untuk memiliki barang dan perkhidmatan yang mungkin diluar bajet bulanan. Ramai juga kawan-kawan saya berminat memiliki kad kredit setidak-tidaknya sekeping kad untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.
Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.
Jadi, anda tahulah kenapa sampai ke hari ini, saya masih lagi tidak menggunakan sebarang kad kredit.
Jika berlaku seperti perkara di atas, bagaimana? Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja? Selanjutnya
Popularity: 14% [?]
Sphere: Related Content









