Happy Moments Contest - Peluang Menangi RM5K

March 26, 2008

Hari ini saya akan berkongsi info peluang memperolehi ganjaran di internet. Mungkin ramai lagi yang tak sedar mengenai contest ini.

Contest ini dinamakan sebagai “Happy Moment Contest” dan ianya di anjurkan oleh lamanweb Happy

Tugas anda adalah mudah.

1. Pilih salah satu cara untuk memenangi hadiah ini.
a. Tulis post dalam blog anda
b. Ambil video dan upload ke YouTube

Untuk menghantar post, sila guna tajuk “Happy Moment”. Kemudian anda copy dan pastekan kod ini 
Happy - Happy Moments
(kod dia boleh dapat kat dalam laman web contest) di dalam post anda.

Anda ceritalah saat-saat gembira anda cth macam kenangan dapat cek dari adsense ke, dapat melancong ke, dapat anak kembar ke, dapat makan kat hotel 6 bintang ke.

Bila dah tulis, isi borang kat laman web Happy dan jangan lupa suruh kawan-kawan vote post anda!

Sebab saya dah kongsi maklumat ini dengan anda, dijemput vote saya juga ok! klik VOTE!

tarikh tutup pada 31hb 03, 2008. Sempat ke? hehehe

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Kenapa Saya Memilih Ebay Sebagai Salah Satu Sumber Pendapatan?

February 29, 2008

Mungkin rakan pembaca yang mempunyai perniagaan punya alasan tersendiri kenapa anda memilih perniagaan anda sebagai jalan sumber meraih pendapatan.

… dan saya juga mempunyai alasan kenapa saya memilih eBay sebagai platform meraih pendapatan lumayan setiap bulan.

Bagi mereka yang telah membeli panduan eBay di KuasaLelong.com pasti telah mendapat manfaat darinya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca sekelian, kenapa saya memilih eBay.

Jika anda membaca latar belakang saya, pasti anda ketahui saya masih lagi bekerja dengan seorang majikan. Dengan eBay, saya tidak terikat dengan waktu kerja kerana saya boleh melakukan dimana-mana sahaja.

Untuk melakukan pemantauan dan senaraian, ianya tidaklah mengambil masa yang lama. Saya cuma memperuntukan beberapa minit untuk mengetahui status produk-produk saya di eBay. “Kedai saya” sentiasa dibuka setiap hari 24/7. Tiada masalah!

Tidak kira sama ada saya berada dirumah atau pergi melancong sekalipun, perniagaan saya di eBay tetap dibuka dan sentiasa menerima pelawat setiap hari.

Dengan berniaga di eBay, saya tidak perlu menggajikan sesiapa. Sayalah kuli dan sayalah boss! Saya dapat kurangkan kos menggajikan pekerja kerana eBaylah ‘pekerja’ saya. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti setiap masa.

Saya bebas membuka kedai dan tidak memerlukan lot untuk disewa. Berniaga di eBay saya hanya dikenakan ‘fee’ yang amat-amat murah dan berbaloi. Malah jika menyenaraikan salah satu produk untuk pasaran Malaysia, saya boleh melakukannya secara percuma dan kemudian kaut keuntungan 100%.

Malah dengan eBay jugalah saya dapat membina jualan ulangan dan menarik pelanggan baru terus ke laman web saya. Jadi saya jimatkan kos promosi saya kerana saya tahu, eBay memiliki pelawat yang amat ramai. Kenapa tidak saya rebut peluang ini.

Tapi, semua ini tidak akan berlaku jika kita tidak belajar atau mengetahui panduan yang betul bagaimana ingin meraih pendapatan di eBay. Jangan jadi macam sesetengah orang yang tak reti sabar, nak cepat, gelojoh, tamak, degil, tak mahu dengar kata dan macam-macam tabiat buruk.

Jadi, kalau teringin nak belajar, kenalah bersedia menuntut ilmu. Yang mana terkurang, kita betulkan, yang mana dah ok, kita mantapkan.

Sekarang dah bersedia memilih eBay? Baca betul-betul kat sini

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Dibayar Menulis Artikel Untuk Orang Lain…

December 26, 2007

Adakah anda seorang penulis yang baik? Anda pernah memenangi pertandingan menulis karangan? Atau anda sememangnya mempunyai bakat menulis?

Ingin tambahkan pendapatan sampingan anda? Tahukah anda, terdapatnya blog-blog yang menerima artikel-artikel dari penulis jemputan mereka. Lihat blog JohnTp dan Alang SZAB, mereka ini menggunakan khidmat penulis-penulis jemputan untuk memberikan info-info terkini berterusan.

Pemilik-pemilik blog ada yang bekerja sepenuh masa makan gaji dengan majikan, ada yang masih belajar dan tidak punya masa untuk kemaskini blog. Jadi, pemilik-pemilik blog ini sanggup mengeluarkan bajet untuk membayar penulis-penulis jemputan ini bersesuaian dengan topik yang dikehendaki. Inilah peluang baik untuk anda mengasah bakat menulis, menimba pengalaman dan semestinya untuk tambah duit poket anda.

Bagaimana untuk menulis artikel di blog orang lain?

Jika anda dijemput atau ditawar menulis/menghantar artikel pastikan artikel-artikel tersebut ditulis sendiri oleh anda. Tidak kira samada anda merujuk mana-mana info, pastikan ianya hasil dari idea anda sendiri. Tinggalkan rujukan di dalam artikel untuk memudahkan pembaca mendapatkan info yang lebih jelas.

Saya syorkan kepada anda, jika anda mempunyai laman blog sendiri, sebaiknya tunjuk kemahiran menulis anda kepada orang lain terlebih dahulu. Beritahu tahu mereka servis yang ditawarkan oleh anda.

Bila mana anda sudah ditawarkan perkhidmatan, pastikan anda tidak gelojoh untuk membolot kerja-kerja yang diberikan. Ambil sedikit demi sedikit dan lakukan mengikut kemampuan anda sahaja. Ini kerana, ada pemilik blog menawarkan anda untuk menulis artikel yang panjang. Agihkan juga masa untuk anda menulis di blog sendiri. Potensi anda perlu juga dijaga.

Jadi, kalau dah tak larat sangat nak terima tawaran, tolaklah permintaan dengan cara yang baik.

Jumpa lagi

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Bloggers Asia, Sila Turunkan Iklan WidgetBucks Kalian

December 20, 2007

Berapa earning anda setakat ini di WidgetBuck.com? Adakah sudah mencapai minima $50.00 atau kurang 1 sen sahaja lagi?

Jika earning anda masih lagi kurang, saya rasa elok anda turunkan iklan-iklan dari Mpire atau widgetbucks kerana yang pasti, anda akan membuang masa sahaja. Jika sebulan impression anda adalah 0 dan tidak ada sebarang klik, bermakna kuburkan sahaja. Ini kerana, pengiklan-pengiklan di Widgetbucks tidak akan memberikan sebarang komisyen kepada anda.

Berikut dari antara petikan post dari blog WidgetBucks:

What are the non-paying countries or regions?

We are finding that advertisers are not willing to buy traffic from Philippines, Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam, China, Egypt, and Romania. Rates for other countries, such as Taiwan, parts of the Middle East, parts of S. America, and other regions earn under $0.10 CPM. It’s really important to mention this is an advertiser decision regarding the value of that traffic, NOT WidgetBucks’ decision. We repeat: this is an advertiser decision regarding the value of that traffic, NOT WidgetBucks’ decision. I emphasize this because publishers, for whatever reason, will undoubtedly and incorrectly draw the conclusion it is solely WidgetBucks’ decision.

Selagi anda tidak membawa traffik yang banyak dari negara seperti Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Brazil, India dan Canada, pengiklan-pengiklan ini akan memandang sepi kepada anda. Oohhh.. Untuk itu, jika anda masih bergantung harap untuk terima komisyen dari WidgetBucks, kenalah berfikir lebih kreatif dengan menulis isi kandungan blog yang niche untuk menarik traffik-traffik yang membawa pulangan kepada anda.

Jumpa lagi

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Satu Lagi Laporan Percuma Untuk Anda dan Terima Komisyen Dengannya!

December 4, 2007

Berjumpa lagi,

Baru sahaja sekejap tadi saya terima emel dari Internet Marketer terkemuka dunia, Mike Filsaime. Seperti biasa saya tidak akan menulis panjang lebar kerana saya ingin berkongsi dengan anda satu lagi peluang buat duit dengan hanya mengedarkan ebook percuma. Ini bukan kali pertama saya berkongsi peluang dengan anda dan saya tahu ramai juga yang telah berjaya mengaut beribu dollar hanya mengedarkan ebook percuma ini.. Apa yang penting, anda mesti ada akaun Paypal untuk membolehkan anda menerima pembayaran komisennya. Jika masih tak ada lagi, sila klik sini untuk mendaftar.

 

Baiklah, Mike Filsaime sekali lagi muncul dengan ebook laporannya The Death of Network Marketing. Ebook ini ditulis bersama Dr Ellie Drake yang merupakan pakar pemasaran network dan MLM.

Dapatkan laporan percuma ini yang menerangkan ancaman terhadap pemasaran rangkaian seperti MLM dan bagaimana anda boleh buat persediaan menghadapinya. Kepada anda yang menyertai perniagaan MLM atau bukan, wajar untuk membaca laporan ini. Penting untuk semua.

Laporan ini ringkas (45 mukasurat) dan menarik isinya. Jadi dapatkannya segera secara percuma dengan klik di sini: http://www.the-death-of-networkmarketing.com/?see-why=5440   

Bagaimana anda boleh mendapat keuntungan daripada ebook ini? Mudah sahaja.

Pertama sekali, klik pada link yang saya berikan ini dan daftarkan nama serta email anda. Anda akan diberi kod untuk memasuki laman web tersebut untuk mendaftar. Berikan segala butiran yang diminta dan ikuti segala arahan mudah yang diberikan.

Apabila selesai, anda akan diberikan kod affiliate. Sebarkan maklumat dan kod affiliate ini kepada seramai mungkin rakan dan kenalan anda. Bagi setiap laporan ebook ini yang di download, anda akan menerima komisen USD0.25 (lebih kurang 85 sen). Bukan itu sahaja, anda akan menerima tambahan USD0.25 (2nd tier) lagi bagi setiap download yang berjaya dihasilkan oleh rakan yang telah mendaftar di bawah anda!

Terpulang kepada anda untuk rebut peluang ini yang hanya terbuka sehingga 15 Januari 2008.

Klik di sini untuk menyertai program ini: http://www.clickaudit.com/goto/?85137

P.s: Saya dah berkongsi maklumat berguna dengan anda, jadi mari kita dapatkan ebook tersebut dengan klik pada link di atas. 

P.p.s: Ingat pesanan saya, walaupun anda berjaya memperolehi 85 sen dari setiap orang, ia lebih baik dari anda memperolehi RM1.00 dari hasil yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Topik Ini Tidak Sesuai Dengan Anda Sekiranya…

October 26, 2007

1. Anda tidak berminat langsung dengan perniagaan kad prepaid

2. Anda memang mengharapkan keajaiban untuk terus kaya dengan menyertai peluang perniagaan yang mudah.

3. Anda langsung tidak suka kepada teknologi komunikasi.

Tetapi jika anda beranggapan bahawa teknologi komunikasi itu adalah satu cabang peluang perniagaan yang mampu memberikan anda pendapatan, saya syorkan anda membaca topik ini… Selanjutnya

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »