Siapa Warren Buffet?
April 17, 2007
Kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai seorang billionair dunia iaitu rakan Donald Trump (Rancangan yang suka sebut Your Are Fired!) iaitu Warrent Buffet. Jika anda melihat karektor Warren Buffet ini, beliau nih adalah seorang yang mempunyai penampilan yang mengelirukan. Kalau lihat pada pakaiannya, dia nih biasa-biasa sahaja tidak kiralah pada hari bekerja ataupun pergi ke mesyuarat tahunan pemegang saham. Beliau suka sangat pakai sut yang berkedut (macam tak bergosok) dan cermin mata empat segi (kalau tgk memang kelakar).
Anda juga perlu tahu, Warren ini bukanlah berasal dari keluarga yang susah pada ketika dulu (seperti mana latar belakang Tan Sri Mukhtar Al-Bukhary) sebaliknya beliau datang dari keluarga yang kaya raya. Sebab itu beliau ingin sentiasa menjadi seorang kaya. Oleh sebab itulah beliau mula mengejar cita-cita pada usia 5 tahun lagi. Melihat dari sejarahnya, beliau mula mencari duit poket dengan menjual gula-gula lebih yang diberikan oleh bapanya.
Tetapi jangan pula anda terkejut kerana pada usia beliau 11 tahun, Buffet telah membeli tiga saham, pertama kali dalam hidupnya dengan harga $36 setiap satu (harga pada masa itu). Beliau jual semula saham dengan memperoleh keuntungan sebanyak $5. Ketika itulah buffet mula sedar maksud sabar di dalam pelaburan saham kerana harga saham itu kemudiannya telah meningkat ke $200.
Saya mengambil sebuah petikan dari Buffet mengenai risiko pasaran saham, beliau berkata, “Risiko datang apabila kita dari tidak mengetahui apa yang kita lakukan”. Kenyataan ini ada benarnya kerana Buffet tidak pernah melabur di dalam perniagaan yang tidak diketahui. Ketika orang ramai sibuk melabur dengan banyak di dalam internet, Buffet tidak membeli manapun satu saham. Keyakinan diri, gigih bekerja, etika yang kuat serta kebolehan meramal pasaran saham telah menjadikan beliau seorang pelabur yang bijak pada hari ini.
Mesti pun namanya sering tersiar di majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia, gaya hidupnya tidak menggambarkannya yang sedemikian. Hingga ke hari ini (ketika blog ini ditulis), beliau masih mendiami rumahnya yang dibeli dengan harga $31,000. Walaupun memiliki Berkshire Harthaway, iaitu sebuah syarikat tesktil, pakaiannya hanyalah sut yang berkedut.
Kisah kejayaan Warren Buffet membuktikan kebolehan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih tinggi. Apabila seseorang itu mengikuti naluri hatinya dengan penuh keyakinan, usaha, disiplin dan ketabahan, kejayaan akan pasti dicapainya. Dengan ini Warren Buffet adalah termasuk dalam senarai “Usahawan Berjaya Dunia” kali ini.
Jumpa lagi ![]()
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentMenabung dari Sekarang…
April 13, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sewaktu kecil dahulu, kita telah diajar apabila dapat wang saku, sedikit daripada itu kita masukkan ke dalam tabung. Waktu usia saya di bangku sekolah saya pernah mengumpul sejumlah wang yang banyak (RM200 masa tu kira banyak la) dan sehingga hari ini saya masih menabung (simpan duit dalam tin di rumah).
Sudahkah anda bersedia dengan kedudukan kewangan anda pada masa akan datang? Jika anda adalah seorang penuntut (semasa membaca blog ini) adakah anda juga sudah bersedia? Bagaimana pula jika anda kini dalam tempoh menuju persaraan?
Kini masa untuk kita belajar semula…
Â
Jika anda seorang yang bijak, semestinya anda tahu mempelbagaikan kedudukan kewangan anda. Adakah menyertai pelaburan sudah boleh menyatakan anda seorang yang bijak? Mungkin anda lain daripada yang lain dan merupakan sebahagian daripada kumpulan pelabur yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup, tidak tahu hak anda sebagai seorang pelabur, anda sering terdedah daripada skim penipuan.
Jika anda merancang untuk menghantar anak anda belajar hingga ke tahap tertinggi pada masa depan, pastikan anda memilih pelaburan yang betul dan konsisten dengan matlamat kewangan anda. Jangan sampai setiap bulan mengganggu kewangan yang telah dirangka awal. Fahami risiko pelaburan anda. Jika anda kurang arif, bertanya kepada pegawai-pegawai yang dilantik dengan mengaju soalan yang betul dan dapatkan sumber yang betul dan boleh dipercayai. Buatlah keputusan dengan tepat setelah anda memperolehi jawapan dan maklumat tersebut.
 Â
Jika anda mampu, buatlah pemantauan sendiri atau melantik mereka yang mahir sebaiknya secara lebih cekap dan berkesan. Dengan adanya peluang yang ditawarkan oleh sesebuah pelaburan, gunakan sebaik mungkin dan buatlah strategi pelaburan untuk mendapatkan pulangan semaksimum mungkin.
Didik keluarga anda menjadi pelabur bijak sejak dari usia awal lagi dan pastikan mereka ketahui apakah hak mereka dan laksanakan jika perlu. Jika anda mengetahui cara menguruskannya, anda mungkin dapat mengelak atau melindungi daripada skim penipuan.
Jumpa lagi…
P.s: Pelaburan hartanah adalah antara pelaburan yang paling ideal.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentUsia Pelaburan Anda… Berapa lama tempohnya??
February 16, 2007
Pembaca sekelian,
Hari ini kita ditawarkan atau didedahkan pelbagai program pelaburan sama ada di internet atau bukan internet, sama ada ianya sah atau tidak semuanya tumbuh umpama cendawan selepas hujan.
Kadang-kadang kita samar-samar dan tidak tahu sama ada anda adalah seorang pelabur jangka pendek? jangka sederhana? atau jangka panjang? Ada yang hanya mengejar profit semata-mata tanpa melihat jangka masa atau tempoh pelaburan tersebut. Adakah anda tahu dimanakah kedudukan anda hari ini di antara 3Â tempoh yang disebutkan?
Baiklah, biasanya tempoh-tempoh ini merujuk kepada jangka masa (penyertaan) pelaburan sebelum ianya dicairkan (dijual kepada tunai). Tempoh ini tidak tentu, ada yang satu minit sahaja atau memerlukan masa sehingga 50 tahun atau pun ia bergantung kepada berapa lama pelabur itu terus (berada dalam pelaburan - syer) bertahan.Â
Akan tetapi, adakah tempoh-tempoh ini boleh diikuti? Apakah tempoh masa yang boleh diterimapakai?
Pembaca sekelian,
Sebenarnya, tiada jangka masa yang “sesuai” atau “tidak” bagi pelaburan ini. Kesemuanya bergantung kepada matlamat dan objektif anda serta tahap anda memahami mengenai risiko, iaitu berapa banyak atau besar risiko yang boleh anda terima.
Memandangkan setiap pelabur boleh memberi pelbagai definasi tempoh sebenar pelaburannya dalam pelbagai kaedah dan cara, mari kita lihat definasi umum mengenai 3 jenis tempoh pelaburan ini.Â
Bagi tempoh pelaburan jangka masa pendek ia boleh mengambil masa 3 bulan hingga 3 tahun. Bagi pelaburan sederhana pula ianya boleh mengambil masa 3 hingga 5 tahun manakala jangka masa panjang ianya lebih dari 5 tahun.Â
Anda perlu mengetahui usia pelaburan anda supaya anda boleh merancang atau membantu dalam meletakkan matlamat peribadi dengan lebih jelas. Dengan mengenal pasti tempoh masa ini, anda boleh memilih produk pelaburan yang sesuai, memantau prestasi pelaburan (jika online lebih baik) dan paling penting dalam hal ini ialah bagaimana anda mengurus risiko pelaburan.
Anda perlu bijak mempelajari dan mengenalpastinya. Pelaburan hartanah contohnya, anda boleh lebih agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang. Kesemua ini berbeza dengan individu dengan disokong beberapa faktor.
Misalannya, seseorang yang berusia 21 tahun, beliau boleh menyertai pelaburan jangka masa panjang memandang beliau mempunyai banyak masa untuk membuat analisa atau pengubahsuaian mengenai pelaburan berisiko. Manakala bagi golongan berumur atau mencapai masa untuk bersara, anda boleh memilik produk yang kurang berisiko atau pun tempoh masa pendek kerana anda tidak mempunyai banyak masa untuk membuat penilaian dan pengubahsuaian. Syor ini bertujuan untuk mengelakkan pelaburannya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.
Apa-apapun, umur bukanlah faktor penentu tempoh masa pelaburan anda. Anda masih lagi boleh menyertai program pelaburan jangka masa pendek atau panjang. Pemahaman mengenai risiko itu adalah penting disamping objektif pelaburan (ingin bayar hutang, contohnya), jangkaan pulangan (pulangan 570hari) ataupun anda memilih satu tarikh untuk mencairkan pelaburan anda (apabila anda memerlukan wang, anda boleh keluarkannya)
Sebagai misalan, anda berumur 35 tahun dan merancang untuk membeli rumah ke dua dalam masa setahun. Disebabkan jangka masa yang pendek, anda perlu berhati-hati dan melabur secara lebih berwaspada kerana anda hanya ada sedikit masa untuk membuat penilaian mengenai pelaburan anda sekiranya berlaku kerugian.
Fahami usia pelaburan anda dan pelajari bagaimana menangani risko pelaburan dengan bijak.
Â
Jumpa lagi,
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentPersoalan ASB - Wajib Zakat atau Tidak?
January 22, 2007
Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;
* Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:
*.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.
*.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.
Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:
Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.
Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.
Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.
Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.
Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).
Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentApa yang anda faham dengan Risiko Pelaburan?
January 19, 2007
Malam tadi saya baru sahaja berjumpa dengan seorang senior yang berkecimpung dalam bidang pelaburan di Malaysia dan Luar Negara. Yang bagusnya adalah beliau amat senang untuk berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pelaburan mengenai saat mengalami untung dan rugi.
Jadi amatlah sesuai jika saya berkongsi ilmu ini dengan anda kerana secara asasnya masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana anda boleh mengurangkan risiko atau dalam bahasa mudah memahami risiko pelaburan.
Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?
Salah satu bentuk risiko dinamakan ‘risiko asas’ yang meliputi semua jenis pelaburan. Anda perlu ketahui bahawa risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan di Malaysia mahupun luar negara dan ia dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus persaingan pasaran.
Bagaimana cara terbaik? Ya! Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.
Contoh, jika anda membuat pelaburan jangka masa panjang seperti 450 hari untuk mendapatkan pulangan pelaburan, anda juga perlu mempelbagaikan dengan melihat kelas aset yang sama.
Seterusnya, jika kita ingin membuat pelaburan, kita mestilah memahami risiko teknikal atau turut dikenali sebagai risiko pasaran. Risiko ini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran pelaburan persisir pantai mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaan ekonomi negara atau luar negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.
Ada satu lagi risiko yang perlu anda hadapi iaitu risiko kadar faedah. Biasanya ramai mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lain faktor langsung. Yang perlu diingat kesan gerakan kadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon. Anda sebagai pelabur harus bijak dengan memilih kadar faedah tetapi dalam keadaan masa yang sama meminimakan jangka masa pelaburan.
Pembaca sekelian,
Risiko inflasi juga sebenarnya memberikan anda gambaran sebenar bagaimana anda boleh memperolehi keuntungan. Apa itu risiko inflasi? Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini bermaksud kuasa beli mestilah dapat menguasai kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Faktor-faktor yang mewujudkan inflasi juga harus diambil kira agar anda tidak tersilap langkah membuat pelaburan.
Satu lagi perkara penting yang selalu bermain dalam kotak fikiran pelabur, berapa lamakah saya boleh menukar aset pelaburan saya kepada nilai penuh wang tunai. Anda berhak memilih sama ada dengan pelaburan minima USD1,000 dalam masa 450 hari atau USD1,000 dalam masa 100hari atau RM1000 dalam masa 350hari? Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan persisir pantai pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda. Semua ini terpulang kepada anda.
Maklumat lanjut mengenai panduan pengurusan, sila email ke noorizam[at]zetro.com.my (gantikan [at] kepada @)
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentPerancangan Kewangan Anda bermula disini…
January 17, 2007
Selamat pagi semua,
Sejak beberapa kebelakangan ini, ramai pula yang menghantar email kepada saya meminta nasihat kewangan. Untuk pengetahuan anda, saya ini bukan la pakar profesional untuk memberikan nasihat kewangan.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini saya mampu mengawal kewangan saya dengan baik setelah saya mempraktikkan dari beberapa buku panduan disamping pengalaman. Terima kasih kepada semua yang menghantar email kepada saya, diharap anda semua berpuashati dengan isi maklumat yang saya balas kepada anda dan yakin lah jika anda rajin menuntut ilmu dan memahami kepentingan ilmu, insyaAllah rezeki anda ada dimana-mana.
Pembaca sekelian,Â
Saya ingin bertanya kepada anda, mengapa kita perlu membuat pelan kewangan individu? Jika anda pernah membaca tulisan saya dalam ebook motivasi “Gerak hati motivasi minda” .. anda akan terjumpa perkataan mengenai matlamat. Jika anda inginkan kejayaan anda mestilah berusaha. Tidak kira sama ada hendak pergi ke laut menangkap ikan atau ingin melangsungkan perkahwinan, semuanya mestilah memerlukan perancangan dengan sebaiknya. Begitu juga jika anda ingin membuat pelaburan.Â
Anda yang matang berfikir, bijak dan pandai selalu tahu bagaimana untuk membuat perancangan. Kita bukan merancang untuk gagal tetapi kenapa terlalu ramai dikalangan kita ini yang gagal untuk merancang. Jadi tidak hairanlah jika setiap bulan anda tidak cukup wang untuk menyara kehidupan anda. Walaupun bekerja 10 tahun, anda masih lagi kesempitan wang.Â
Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
Ada beberapa individu bertanya bagaimana saya boleh melabur? STOP!
Sebelum anda meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap hujung bulan.Â
Saya akan sambung lagi pada post yang akan datang.. rajin-rajin la menjenguk dan menghantar komen di sini ok… jumpa lagi…
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content








