Fatwa Terkini Berkenaan Pelaburan Dalam ASB

February 4, 2008

Mungkin berita ini bakal melegakan keresahan umat islam di Malaysia pabila Majlis Fatwa Kebangsaan semalam telah memutuskan, ulang semula… telah memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya adalah harus.

Jika sebelum ini rakan pembaca ragu-ragu dengan status pelaburan ini, kali ini anda boleh buat keputusan dengan lebih tepat untuk melabur di dalam ASB dan ASN.

Jadi, selepas ini, kalau ada yang mengatakan skim pelaburan ini adalah haram, maka silalah guna atau rujuk kepada fatwa yang terkini (dulu saya pernah tulis post mengenai status ASB wajib zakat atau tidak)

So, lepas ini bolehlah anda simpan duit dalam ASB

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Angkara SwissCash, kesemua aset Amir Hassan, Albert dan Kelvin dibeku!

July 11, 2007

Mari kita baca laporan terkini dari sebuah akhbar hari ini  

KUALA LUMPUR 10 Julai – Suruhanjaya Sekuriti (SC) berjaya mendapatkan perintah injunksi antarabangsa untuk membekukan semua harta milik tiga orang penganjur skim cepat kaya Internet SwissCash di dalam dan di luar negara.

SC memperoleh injunksi antarabangsa mareva ke atas para pengendali skim tersebut hasil tindakan guaman sivil yang difailkan oleh suruhanjaya itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Jun lalu.

Injunksi itu melibatkan defendan-defendan Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe dan Amir Hassan yang menguruskan Swiss Mutual Fund (1948) S. A., SMF International Limited dan SMF (1948) International Limited.

SC dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, tindakan sivil itu merupakan susulan siasatannya ke atas skim SwissCash mengikut Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu tidak menyatakan sama ada semua defendan berkenaan sedang ditahan atau masih bebas.

Jumlah aset defendan-defendan berkenaan serta nilai pelaburan orang ramai yang dikutip oleh skim SwissCash di Malaysia juga tidak didedahkan.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, kegiatan SwissCash yang terbongkar 10 bulan lalu menjanjikan dividen 300 peratus selepas pelaburan selama 15 bulan.

Skim itu dikatakan telah menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.

Injunksi mareva yang diperoleh SC pada 21 Jun lalu memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menyekat dan menghalang defendan-defendan daripada menyasarkan, mempelawa dan mengambil dana daripada orang ramai bagi pelaburan dalam SwissCash atau mana-mana skim pelaburan Internet.

“Injunksi mareva yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi mengkehendaki defendan-defendan memberi maklumat kepada SC berkaitan aset-aset mereka di dalam dan luar Malaysia dan juga syarikat-syarikat yang mereka tubuhkan serta akaun bank yang digunakan untuk operasi mereka,” menurut kenyataan SC.

 ======================================
Komentar: Akhirnya tersungkurlah Amir Hassan ketua sendiket, rakan partner dan programmernya dan bakal didakwa di mahkamah. Nantikan lagi kesudahannya apabila banyak lagi akan dibongkar… 
======================================

Info: Pembongkaran dalang skim-skim cepat kaya lain disini

Popularity: 10% [?]

Sphere: Related Content

Kisah Pemandu Lori Peroleh Passive Income $2550

July 9, 2007

Semalam memang hari yang sibuk. Pagi-pagi lagi saya dan isteri menaiki kenderaan menuju ke sebuah destinasi yang pastinya akan membawa kehidupan yang lebih segar selepas ini. Minggu lalu, apabila saya mempelawa isteri saya untuk melalui  pengalaman itu, dia sedikit keberatan. Apa perlu dia ke sana? Dia beranggapan seperti tidak akan memberi sebarang kebaikan. Setelah dipujuk, akhirnya isteri saya ambil keputusan untuk ikut saya pada hari yang dinantikan.

Ya… hari semalam memang hari yang dilalui dengan penuh kenangan. Hujan lebat di tengahari sehingga air bah mula naik sehingga ke paras buku lali, akhirnya kami bertemu dengan apa yang kami impian. Bermulalah kisah seorang pemandu trak mencipta kekayaan dengan menggunakan kaedah Casf Flow

Kisah Pemandu Lori..

Kehidupan seorang pemandu lori ini, saya sangkakan ianya adalah sebuah kehidupan yang sederhana. Tidak kaya dan tidak pula miskin. Tetapi siapa sangka, dengan hanya memandu lori setiap bulan, akhirnya dia boleh menjadi seorang jutawan yang memiliki wang dan asset malah mampu keluar dari belanja tanggungan bulan dengan cepat dan positif. Semua ini mengambil masa tidak sampai 3 jam! Perghhhhh biar betul?? Cuba baca lagi…

Meh kita tengok rutin kehidupan seorang pemandu lori ini. Seorang pemandu lori memperolehi gaji sebanyak RM2,500.00 tetapi mempunyai perbelanjaan RM1620.00.  Bagaimana dia menggunakan duit simpanan beliau sebanyak RM880 itu untuk mencari peluang passive income? Sebagai permulaan, beliau mencari jalan untuk mengumpul modal. Apa yang dia nampak sekarang adalah, membeli hartanah kecil atau membuat pelaburan saham.

Sebagai permulaan, beliau membuat analisa produk stok saham di pasaran dengan melalui proses pengambilan gaji sebanyak tiga kali (andaikan 3 bulan gaji). Jika RM880 didarabkan dengan 3 bulan, beliau akan perolehi RM2640. Dengan simpanan sebanyak ini, dia mengambil keputusan untuk membeli stok pasaran saham dengan memilih harga terendah. Ini perlu kerana dengan harga rendah ini, ia boleh menjangkakan, andai harga naik dia boleh menjual stok-stok saham ini. Jadi, jalan yang diambil adalah dengan membeli stok dengan banyak.

Kini dia memilih stok berharga RM1 sesaham dan membelinya sebanyak 1000 share. Ini lah aset pertama pemandu lori tersebut. Walaupun sudah ada aset, dia masih lagi belum memiliki pendapatan passive income setiap bulan (Passive income bermaksud, dia memperolehi pendapatan bulanan walaupun dia tidak bekerja). Dengan melakukan sedikit kerja dia boleh memperolehi pendapatan berterusan setiap bulan tanpa terhenti.

Ini mungkin antara strateginya untuk membeli stok saham. Alasannya adalah untuk memperolehi modal bagi membeli asset yang lebih besar. Tidak lama kemudian setelah dia membaca dan melakukan analisa stok, harga pada waktu itu melambung tinggi sehingga RM10 sesaham. Lonjakan harga pasaran saham pada masa tersebut telah mendorong beliau untuk menjual kesemua stok-stok sahamnya. Kini telah memperolehi keuntungan 10 kali ganda melalui penjualan saham tersebut. Duit simpanannya kini sudah ada lebih dari RM10,000.00. Dia tahu, jika dia tidak melakukan ini pada masa akan datang dia tidak lagi akan dapat peluang seperti ini seperti mana sekarang.

Dengan simpanan yang ada, strategi seterusnya adalah dengan mencari hartanah untuk dibeli. Beliau memilih untuk membeli rumah 3 bilik 2 air. Tetapi apa yang menakjubkan dia dapat memiliki rumah berkos RM50,000 tanpa perlu mengeluarkan sebarang down pay pun. Hasilnya, dia dapat passive income yang pertama iaitu sebanyak RM750 dan dengan hasil dia dapat menambah savingnya seterusnya memberi peluang mencari hartanah yang lebih besar.. Di pendekkan cerita, hasil pembelian satu lagi hartanah, dia memperolehi passive income kedua yang membawa jumlah RM2550 setiap bulan melebih dari jumlah perbelanjaan bulanannya.

Inilah namanya keluar dari Ratt Race! Tapi betul ke cerita di atas? Pemandu Lori ini boleh jadi jutawan dalam masa satu hari sahaja?

Tidak-tidak!

Sebenarnya apa yang diceritakan diatas adalah watak permainan yang dimainkan oleh saya dalam bengkel CashFlow 101 anjuran BicaraJutawan.com semalam. Sebenarnya memang amat seronok apabila kita berjaya keluar dari Rat Race dan seterusnya dapat bermain Fast Track. :) hehehe

Alhamdulillah, saya dan isteri dapat belajar sesuatu yang bermanfaat bagaimana kita ingin mencipta cash flow dan passive income yang lebih besar. Cabaran-cabaran yang dilalui seperti kehilangan kerja dan Doodads memberikan kita sedikit tekanan apabila kita lihat wang simpanan dan cash flow kita semakin sedikit manakala perbelanjaan pula semakin bertambah. Sehinggakan isteri saya mengeluh untuk tidak meneruskan permainan apabila dia melihat rakan lain telah ke Fast Track! (tapi dia juga yang jadi pemenang akhirnya) ..

Secara keseluruhannya, Bengkel CashFlow ini amatlah menarik bagi anda yang ingin belajar bagaimana untuk meransang minda untuk mengawal nafsu (apabila ada wang dalam simpanan) dan bersedia mengambil peluang apabila ia datang. Cara yang saya lakukan semalam adalah, bayar hutang (expenses) untuk mengecilkan tanggungan dan membesarkan cash flow bulanan. Dengan duit simpanan yang lebih saya buat beli stok berharga rendah dan jual apabila harga tinggi. Dengan modal yang ada saya gunakan untuk membeli asset hartanah seperti rumah. (Rumah 3 bilik tidur 2 bilik air nih, nampak gayanya popular sekali dalam permainan CashFlow semalam). Bila modal dah banyak mulakan ambil Big Deal dan rebut passive income yang berpulangan tinggi. Semakin tinggi passive income anda, semakin besar peluang anda untuk keluar dari Rat Race.

Tahniah kepada penganjur bengkel (Pakdi dan Rosyied) kerana berjaya mengadakan bengkel dengan jayanya! Terima kasih juga kepada En Hafiz (sanggup travel dari Kulai Johor semata-mata nak main Cash Flow), En Ikram, En Azri, En Samsir dan tidak lupa kepada isteri saya (pegang watak Secretary dalam permainan ini) kerana sudi tawar menawar sebutharga dan akhirnya semua dapat keluar dari Rat Race sebelum pukul 5.00 petang!

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

6 Laman Web Pelaburan Haram di Sekat

June 13, 2007

Ini adalah sedutan rakaman laporan berita mengenai sebuah laman web pelaburan haram internet (Abfund) diserbu pihak polis semalam. Saya sempat merakamkan sedikit sedutan mengenai laporan itu. Untuk ketahui rahsia dalang skim cepat kaya dan pelaburan haram internet di bongkar, sila klik di sini

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Skim Cepat Kaya Akan Terus Wujud Jika…

June 8, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Kali ini sekali lagi saya akan cuba menulis mengenai topik skim cepat kaya yang mana saya berpendapat skim-skim ini akan terus wujud jika sebab-sebab yang akan dihuraikan ini tidak diambil berat oleh anda semua.

Janganlah anda menjadi seperti seorang makcik Mila (bukan nama sebenar) yang kini terpaksa menyara 9 orang anak (selepas bercerai) dengan menjual surat khabar lama. Kisah makcik Mila ini perlu didedahkan kepada anda semua, supaya dapat memberi pengajaran berguna bertapa buruknya jika kita mempunyai sikap tamak dan rakus untuk mengaut kekayaan. Asalnya, makcik Mila bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan (ketika itu belum ada pengumuman mengenai kenaikkan gaji kakitangan kerajaan).

Pada masa itu, makcik Mila mempunyai bebanan tanggungjawab untuk menguruskan suami dan anak-anak. Pendapatan isi rumah pula ketika itu sekadar cukup-cukup makan sahaja. Yalah, mana mungkin makcik Mila mampu hidup senang jika tinggal di bandar yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. 8 orang anak pula telah pun memasuki alam persekolahan dan pengajian. Setakat tinggal dirumah teres 3 bilik, membuatkan makcik Mila mengambil keputusan untuk mencari pendapatan tambahan.

Seorang kenalan suami telah memperkenalkan peluang menjana pendapatan mudah dan boleh memberikan kesenangan kepada makcik Mila sekeluarga. Setelah diterangkan secara mendalam mengenai peluang ini, akhirnya makcik Mila mengambil keputusan mengeluarkan wang sebanyak RM30k untuk pelaburan jangka pendek. Malah dia mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja selepas berkira-kira pendapatan yang akan dia perolehi setiap bulan kelak.

Kononnya keputusan bijak beliau itu adalah yang terbaik setelah melihat kejayaan kenalan suaminya tetapi rupa-rupanya dia telah menjeratkan dirinya kepada kesusahan apabila tidak sampai seminggu fatwa dikeluarkan dan skim pelaburan yang konon akan memberi pulangan lumayan kepadanya terhenti operasi.

Alangkah sadisnya. Suami pula dicekup kerana kes rasuah dipejabat (bukan kes pelaburan haram) dan dipendekkan cerita, mereka berdua bercerai setelah pertengkaran dahsyat terjadi. Kini dengan menjual surat khabar, anda bayangkan betapa peritnya kehidupan makcik Mila ketika ini.

Mungkin kisah ini adalah antara coretan memori luka ramai diluar sana yang terpedaya dengan peluang menjana pendapatan di internet. Inilah yang berlaku apabila kita mengambil mudah dengan beranggap mencari duit itu adalah seperti mengopek kulit kacang dengan sebelah jari.

Pembaca sekelian,

Anda perlu sedar bahawa skim-skim cepat kaya atau pelaburan internet berasaskan epoint (yang di fatwa haram) akan terus wujud jika, anda sebagai pelawat, pengguna, pembaca, peserta dan apa juga “pe” terus memberi sokongan kewujudan mereka. Mereka akan terus wujud dan berkembang biak apabila adanya permintaan dan mereka yang degil terus memberi sokongan. Jangan sesekali kita memberi sokongan kepada program-program sebegini kalau boleh jangan beri peluang mereka bertapak di internet ini.

Saya bertambah terkilan dan kasihan apabila mula terasa memang telah banyak penipuan dilakukan dan kita yang tidak suka “menjaga tepi kain orang” hanya memandang kaku tanpa adanya tindakan yang sewajarnya.

“Biarlah diaorang nak kaya dengan cara diaorang sendiri”

Ayat seperti ini mungkin banyak maksud terjemahannya. Mungkin ada yang berkata itu dan ini tetapi realitinya program-program ini banyak keburukannya berbanding kebaikan.

Malah lebih memburukkan keadaan ada yang tidak faham apakah itu maksud PENIPUAN. “Sangkar harimau telah terbuka, harimau lapar menanti di dalam, kita pula sibuk nak masuk ke dalam sangkar” Ilmu yang cetek untuk memahami peluang menjana pendapatan membuatkan ramai yang masih tertipu. Bermacam-macam cara untuk ditipu. Sebabnya, mereka kurang ilmu tetapi memiliki ”wang besar” dan wang ini akan menjadi sasaran kepada si penipu. Bukalah mata kita, sudah berapa ramai yang telah diperdaya.

Jangan disebabkan skim-skim ini, peluang kita untuk memperolehi pendapatan sampingan atau menjalankan perniagaan di internet terjejas oleh persepsi masyarakat terhadap masa depan “make money” di internet.

Jadi sebagai langkah untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai, ebook “Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya & Pelaburan Haram Internet di Bongkar” telah diterbitkan. Jika anda pernah terlibat dengan program-program ini atau bakal menjadi mangsa, ketahuilah kisah pembongkaran ini demi panduan kewangan anda. Jangan kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. Menyesal kemudian tiada guna.

Panduan ini penting untuk diri anda serta individu yang anda rasa layak untuk mengetahuinya. Ketahui lebih lagi mengenainya di sini.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Adakah anda akan “memberi” sesudah anda peroleh?

June 7, 2007

“Kita tidak dapat melihat jauh ke masa silam kita, itulah sebabnya kita selalu menyalahkan situasi masa kini”

Jika anda lihat di luar sana terdapat ramai di antara kita yang mempunyai kedudukan tinggi dikalangan masyarakat. Akan tetapi seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka. Kenapa ya? Cuba anda renungi wajah-wajah mereka ini dengan teliti, tidak ramai daripada mereka yang kelihatan bahagia dengan kehidupan.

Disebaliknya, jikalau anda memerhatikan seseorang yang benar-benar bahagia dan berjaya, anda hampir pasti akan mendapati bahawa dia seorang yang berbudi bahasa, bertimbang rasa dan mengambil berat tentang orang lain selain dirinya sendiri. Contoh yang paling mudah, Tan Sri Mokthar Al-Bukhary dan yang terkini Dr. Irfan Khairi. Orang-orang seperti ini kita sifatkan sebagai pengkongsi secara semulajadi. Mereka bukan saya “menerima” tetapi juga “pemberi”.

Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama dengan anda. Kisahnya seperti berikut:

Ada seorang pakcik yang kelihatan bahagia air mukanya dan saya boleh anggarkan dia berumur dalam lingkungan 50an sedang menanam sebatang anak pokok rambutan.

Pemuda: Eh eh pakcik. Buat apa tu pakcik?
Pakcik: Ni, sedang tanam anak pokok rambutan.
Pemuda: Rajinnya pakcik ni. Pakcik rasa sempatkan pakcik merasa buah dari pokok yang pakcik tanam tu?

Pakcik yang berwajah bersih itu bersandar di batang penyodok sambil tersenyum.

Pakcik: Tak ada la nak, umur macam pakcik nih, pakcik tau tentulah tak sempat punya. Tapi, sepanjang hayat pakcik, pakcik memang suka benar makan rambutan, tapi tak pernah sekali pun merasa hasil dari pokok sendiri. Kalau tak harapkan orang lain yang tanam, macam yang pakcik buat ini, tak merasalah pakcik dulu. Sekarang ini pakcik saja nak balas balik budi baik orang lain yang tanam rambutan untuk pakcik dulu. :)

Itu kisah pakcik yang baik hati, pemurah dan mengenang jasa. Ini pula kisah dari buku yang bertajuk “You Were Born Rich” tulisan Bob Proctor.

Sebuah cerita pada tahun 1923, ada lapan orang daripada orang-orang yang terkaya di dunia telah bertemu di sebuah hotel di Chicago. Secara berkumpulan mereka memegang lebih banyak wang daripada mana-mana orang lain di dunia ketika itu (Masa ini Bill Gates belum kaya lagi ;) ). Mereka sepastinya kumpulan orang yang telah mengumpul lebih banyak kekayaan kewangan daripada orang lain.

Tetapi 25 tahun kemudian, inilah yang telah berlaku kepada mereka:

1. Charles Schwab, presiden syarikat besi waja bebas yang terbebas, telah mati sebagai seorang yang MUFLIS.

2. Richard Withny, presiden Bursa Saham New York, telah dimasukkan ke PENJARA SING SING.

3. Jesse Livermore, pemain saham “gaya pengecut” yang terhebat di Wall Street, telah MEMBUNUH DIRI.

4. Ivan Krueger, pengetua syarikat perniagaan moopoli terunggul di dunia, telah MEMBUNUH DIRI.

5. Howard Hopson, presiden syarikat gas terbesar di Amerika Utara, telah menjadi TIDAK SIUMAN.

6. Arthur Cutton, spekulator komoditi gandum yang terunggul, telah MATI DI LUAR NEGARA, DALAM KEADAAN TIDAK MAMPU MEMBAYAR HUTANG.

7. Leon Fraser, presiden Bank Penyelesaian Antarabangsa, telah mati dengan MEMBUNUH DIRI.

8. Albert Hall Fall, seorang ahli Kabinet Presiden, telah diberi pengampunan ketika menjalani hukuman penjara untuk membolehkan beliau MATI DI RUMAH.

Kesimpulan: Kesemua orang-orang ini sangatlah pandai mengumpul wang tetapi mereka semua banyak melakukan perkara yang salah di dalam hidup. Oleh itu, jadi lah seperti pakcik yang menanam anak pokok rambutan yang tahu menyalurkan semula apa yang telah dia perolehi. Jumpa lagi…

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »